VIDEO – Pembohongan Sistem Perbankan & Mata Wang

Subjek ini sudah lama saya ikuti secara permukaan sahaja.  Dan saya rasa persembahan berikut adalah antara yang paling menarik dan ringkas untuk difahami (Unsur kartun dan sedikit jenaka).  Ia menerangkan bagaimana bohongnya sistem perbankan yang wujud kini.  Sila ikuti video ini (saya cuma setuju dengan mesejnya sahaja.  Adapun imej, bahasa dan lain-lain yang bertentangan dengan nilai agama tidak saya setujui):

Apa nak buat?  Sebagai orang awam, memang kita tidak mampu hendak buat apa-apa.  Tetapi, dengan kesedaran ini, mungkin kita boleh lebih berhati-hati agar jangan terlibat sangat dengan sistem perbankan.  Jika mampu, jauhinya.  Saya setakat ni masih belum mampu menjauhinya 100% 😦 .

Di luar sana ada seruan untuk mengajak manusia agar tidak lagi mengharapkan sistem perbankan dan beralih kepada sistem wang berasaskan emas.  Memang pada asalnya wang kertas dijana berasaskan emas.  Tetapi, ia telah menjadi korup dan situasi itu telah diterangkan di dalam video di atas.  Keseluruhan sistem perbankan telah dimanipulasi dan dieksploitasi oleh ‘sesetengah pihak yang sangat kebal secara global’.

Saya secara peribadi sangat berminat dengan perkembangan ini.  Dan di Indonesia, kelihatan kesedarannya semakin memuncak di kalangan masyarakat Muslimnya untuk kembali berurusniaga menggunakan emas keping, atau secara khususnya Dinar Emas.  Cuba tonton video ini:

Di Malaysia, Kelantan telah menerajui perkembangan ini dengan baik sekali.  Bukan setakat memperkenalkan Dinar Emas Kelantan untuk dimiliki, malah dijadikan mata wang alternatif bagi premis-premis yang mengambil bahagian.  Dan malah, gaji sebahagian kakitangan kerajaan negeri Kelantan dibayar dengan Dinar Emas Kelantan sebahagiannya.

Mudah-mudahan kesedaran ini semakin meningkat, insyaALLAH.  WAllahu Ta’ala A’lam.

www.muzir.wordpress.com


2 responses to “VIDEO – Pembohongan Sistem Perbankan & Mata Wang

  • zane

    Pertamanya tahniah kepada saudara Munzir kerana telah mendapat ketukan minda hasil perbincangan dalam post perbankan Islam tempoh hari. Sekarang, nampakkah anda mengapa Sheikh imran Hoesin mengatakan wang kertas fiat itu haram?

    Kalau sampai ke tahap ini manusia ditipu dan diperhambakan tetapi masih ada lagi ustaz yang mengatakan wang kertas fiat itu halal maka hanya satu saja penjelasannya. Ustaz2 itu telah terminum air dingin yang sebenarnya api yang disuakan Dajal sekian lamanya ke perut boroi mereka!

    Enough said!

    Like

  • MF Mohamad

    DrUZAR menyatakan dalam blog beliau bahawa antara masalah besar kewangan dunia adalah kerana matawang telah menjadi komoditi yang dijual beli seperti barangan dan perkhidmatan.

    Jika emas dan perak dijual beli seperti komoditi, ia tetap tidak akan dapat memenuhi fungsinya sebagai matawang. Manakala, wang kertas boleh memenuhi fungsi sebagai matawang sekiranya ia tidak diniagakan seperti komoditi dan perkhidmatan.

    Saiz pasaran bagi barangan dan perkhidmatan sebenar, jauh lebih rendah dari nilai yang diniagakan setiap hari – kurang dari 10%. 90% adalah perniagaan matawang.

    Allahu’alam.

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: