Monthly Archives: February 2011

Apakah Hukum ‘Couple’ Kerana ALLAH?

Soalan:

Saya mengenali seorang wanita yang menyebabkan saya lebih dekat dengan ALLAH.  Dia terlalu baik dan mempunyai cirri-ciri wanita solehah.  Kami selalu berjumpa untuk membincangkan hal-hal agama dan meningkatkan kecintaan kepada ALLAH.

Dia selalu menggalakkan saya supaya menghafal al-Quran, menunaikan solat malam, menasihati saya supaya lebih dekat dengan ALLAH.  Saya keliru dengan perhubungan ini.  Adakah perhubungan ini dibenarkan kerana kami berkawan kerana ingin mencari redha ALLAH?

Jawapan:

Ramai pemuda Islam melakukan kesilapan dalam hal ini.  Mereka telah terperangkap dalam mainan syaitan yang sentiasa menggesa ummat Islam melakukan kejahatan.

Berhati-hatilah dengan tipu daya syaitan yang membuatkan kejahatan dipandang sebagai kebaikan.  Syaitan sentiasa mengetuk pintu dan menyelewengkan hidayah ALLAH daripada kamu. Continue reading

Advertisements

Anakku, Mintalah Dengan ALLAH…

Di dalam kereta dalam perjalanan ke sekolah… 12.15 tengahari.

“Cukup tak 2 ringgit?” Saya bertanya kepada Nabilah dan Husna tentang duit belanja sekolah.

“Cukup, Abah” Jawab mereka berdua.

“Kalau nak lebih bagus, jangan habiskan duit tu.  Simpan sikit tau, masuk tabung” Saya mencadangkan kepada anak-anak saya.

“Kalau tak cukup, mintalah dengan ALLAH.  Jangan minta dengan Abah lagi, minta dengan ALLAH dulu.” Saya menyambung lagi.

“Macam mana pulak minta dengan ALLAH?  Takkan ALLAH nak bagi duit jatuh dari langit?” Husna bertanya kehairanan. Continue reading


Rasulullah SAW Ketika Di Makkah – Bahagian 2

Bersambung dari:  https://muzir.wordpress.com/2011/02/13/rasulullah-saw-ketika-di-makkah-bahagian-1/

Penghijrahan Beberapa Orang Islam Ke Habsyah

Peta Habsyah (credit to: sirahnabawiyyah.blogspot)

Penindasan oleh musyrikin Makkah semakin dahsyat pada pertengahan tahun ke-5 kenabian.  Orang-orang Islam mula berasa tidak selamat tinggal di Makkah.  Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam sangat memahami keadaan ini.  Pada saat itu, turunlah surah al-Kahfi yang menceritakan tentang 3 hal, iaitu tentang Ashabul-Kahfi, kisah antara Nabi Musa dengan Nabi Khidir dan kisah Zulkarnain.  Ketiga-tiga kisah ini memberikan jawapan kepada Baginda dalam berhadapan dengan situasi yang semakin sempit itu.

Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam telah mengetahui tentang kisah seorang raja Habsyi yang adil bernama Ashamah al-Najashi.  Tidak ada seorang pun yang dizalimi olehnya.  Lalu Baginda sallAllahu `alaihi wasallam telah menyuruh sebahagian ummat Islam agar melarikan diri ke Habsyah untuk menyelamatkan diri.  Peristiwa ini berlaku pada bulan Rejab tahun ke-5 kenabian.  Kumpulan ini terdiri daripada 12 orang lelaki dan 4 orang wanita.  Mereka diketuai oleh `Uthman bin `Affan.  Ruqayyah, puteri Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam turut bersama di dalam kumpulan ini.  Di Habsyah, mereka mendapat tempat kediaman yang lebih baik.

Penindasan yang semakin berat oleh musyrikin Makkah telah membuat Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam mencadangkan agar sebahagian ummat Islam berhijrah ke Habsyah seperti kumpulan pertama.  Hijrah kali ini lebih sukar kerana musyrikin Makkah telah bersiap sedia lebih awal untuk menggagalkannya.  Namun, dengan izin ALLAH Ta’ala, mereka dapat juga meloloskan diri berhijrah ke Habsyah.  Kumpulan ke-2 ini lebih ramai, iaitu seramai 83 orang lelaki dan 28 orang wanita. Continue reading


Rasulullah SAW Ketika Di Makkah – Bahagian 1

Sambungan dari:  https://muzir.wordpress.com/2010/02/18/ringkasan-kisah-muhammad-sebelum-jadi-nabi/

Wahyu Pertama & Kedua

Jabal Nur

Nabi Muhammad sallAllahu ‘alaihi wasallam telah mengasingkan diri dari kejahilan dan amalan syirik masyarakat dengan beruzlah di Gua Hira’ di atas Jabal Nur yang terletak kira-kira 2 batu dari Kota Makkah.  Pada bulan Ramadhan tahun ketiga beruzlah di sana, turunlah wahyu pertama daripada ALLAH Subhanahu wa Ta`ala melalui Malaikat Jibril.  Wahyu yang pertama ialah ayat 1-3 dari surah Al-`Alaq.

Menurut pengiraan, peristiwa ini berlaku pada hari Isnin, 21 Ramadhan di waktu malam, bersamaan 10 Ogos 610M.  Ketika itu umur Baginda sallAllahu `alaihi wasallam adalah 40 tahun qamariyyah (perkiraan bulan), 6 bulan dan 12 hari.  Iaitu kira-kira 39 tahun shamsiyyah (perkiraan matahari), 3 bulan dan 12 hari. Continue reading


Kenapa Tak Letak Iklan Di Blog? Boleh Buat Duit Tu…

Ada kawan saya tanya, “Kau ada blog.  Blog kau boleh tahan juga ramai yang datang.  Kenapa tak letak iklan macam Adsense atau Nuffnang tu?  Boleh dapat duit tau.  Sikit pun jadilah…”

Hmm…menarik kalau diletak iklan-iklan sebegitu.  Kawan saya beritahu ada yang dapat ribuan ringgit hasil pendapatan iklan sebegini.  Jumlah yang banyak sebegitu kebiasaannya diperolehi melalui blog atau laman web yang sangat tinggi bilangan kunjungannya.   Wow, sampai begitu sekali!

Sudah tentu laman blog saya tak mungkin menghasilkan pendapatan sebegitu.  Kerana bilangan yang datang menjenguk ke blog saya terlalu sedikit berbanding blogger-blogger lain.  Mungkin hanya dapat 10 sen atau 20 sen sahaja sebulan.  Entah-entah, tidak sesen pun…

Tetapi bukan itu faktor utama kenapa saya tidak meletakkan iklan.  Saya memilih untuk tidak meletakkan iklan di blog saya kerana inti kandungan iklan itu tidak boleh saya kawal.  Continue reading


Cahaya Misteri Mirip UFO Di Atas Kubah Batu: Betul atau Palsu?

Cahaya misteri berbentuk bujur yang dirakam (?)

Saya mendapat kiriman berkenaan video yang merakamkan cahaya misteri di atas Kubah Batu yang juga dikenali juga sebagai Qubbatu-sSakhra atau Dome of Rock, berdekatan dengan Masjid al-Aqsa, Palestin.  Peristiwa ini dikatakan berlaku pada 28/1/11.

Video itu merakamkan cahaya berbentuk seakan bulat/bujur terapung di langit dan turun perlahan-lahan,  kemudian berhenti terapung betul-betul di atas Kubah Batu tersebut.  Beberapa saat kemudian, cahaya misteri tersebut memecut terbang ke langit dalam halaju yang sangat tinggi.  Video-video ini dikatakan dirakam oleh penduduk tempatan menggunakan telefon bimbit.

Berikut adalah videonya (video 1): Continue reading


Zikir Selepas Solat Menurut Sunnah

Berikut adalah poster Zikir Selepas Solat Dari Sunnah Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam: (klik untuk dibesarkan saiznya)

Diharap kita semua dapat mempelajarinya dan mengamalkannya, insyaALLAH.  Sebarlah kepada semua orang, supaya pahala orang yang menyebarkannya digandakan ALLAH Ta’ala, amin…

www.muzir.wordpress.com


“Kalau Orang Lain Boleh, Kenapa Abang Tak Boleh?!”

Ketika membelek-belek album lama ketika di zaman persekolahan dan universiti, saya terkenang akan almarhum ayah saya yang tidak dapat melihat saya menjejakkan kaki saya ke menara gading.  Ayah saya meninggal dunia ketika saya masih di Tingkatan 1.

Namun, di sebalik kejayaan saya menempuh susah payah itu, sebenarnya almarhum ayah saya sentiasa menemani memberi sokongan.  Almarhum ayah seorang ayah yang baik, tetapi garang.  Namun, dalam kegarangan itu, ada sahaja kata-kata hikmah yang melekat di dalam minda ini.

“Kalau orang lain boleh, kenapa Abang tak boleh?!”  Kata-kata ini diungkapkan oleh almarhum ayah saya ketika saya berdarjah 5.  Kata-kata inilah yang selalu terngiang di dalam kotak fikiran tatkala berhadapan dengan cabaran di hadapan.  Continue reading


%d bloggers like this: