“Kalau Orang Lain Boleh, Kenapa Abang Tak Boleh?!”

Ketika membelek-belek album lama ketika di zaman persekolahan dan universiti, saya terkenang akan almarhum ayah saya yang tidak dapat melihat saya menjejakkan kaki saya ke menara gading.  Ayah saya meninggal dunia ketika saya masih di Tingkatan 1.

Namun, di sebalik kejayaan saya menempuh susah payah itu, sebenarnya almarhum ayah saya sentiasa menemani memberi sokongan.  Almarhum ayah seorang ayah yang baik, tetapi garang.  Namun, dalam kegarangan itu, ada sahaja kata-kata hikmah yang melekat di dalam minda ini.

“Kalau orang lain boleh, kenapa Abang tak boleh?!”  Kata-kata ini diungkapkan oleh almarhum ayah saya ketika saya berdarjah 5.  Kata-kata inilah yang selalu terngiang di dalam kotak fikiran tatkala berhadapan dengan cabaran di hadapan. 

 
 

Gambar ketika Darjah 5 (1988)

 

Sebagai seorang anak yatim yang kematian ayah pada umur remaja 13 tahun, kadang-kadang perasaan rendah diri dan tidak yakin menerkam diri.  Namun, berbekalkan kata-kata di ataslah, maka saya dapat memujuk diri dan berjaya menempuh beberapa ujian dengan lebih bersemangat.  Sungguh, saya sangat berterima kasih kepada almarhum ayah saya kerana memberikan kata-kata yang penuh makna, walaupun beliau tidak lagi dapat memberi sokongan kepada saya selepas itu.

Ketika berhadapan SRP, SPM, Ujian Matrikulasi & Universiti, kata-kata inilah yang membuat saya kuat dan teguh.  Semoga almarhum ayah sentiasa dirahmati ALLAH, amin…

Sebenarnya ada sebab yang sangat kuat kenapa saya ingat kata-kata ini.  Saya ingat kata-kata ini tatkala berlaku saat yang sangat cemas dan dalam ketakutan.  Apabila almarhum ayah mengungkap kata-kata ini, seakan datang kekuatan luar biasa dan saya yakin sepenuh hati.  Nak tahu masa bila ayah saya ucapkan kata-kata ini?  Haa….Cuba teka 🙂

www.muzir.wordpress.com

 


9 responses to ““Kalau Orang Lain Boleh, Kenapa Abang Tak Boleh?!”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: