Kenapa Tak Letak Iklan Di Blog? Boleh Buat Duit Tu…

Ada kawan saya tanya, “Kau ada blog.  Blog kau boleh tahan juga ramai yang datang.  Kenapa tak letak iklan macam Adsense atau Nuffnang tu?  Boleh dapat duit tau.  Sikit pun jadilah…”

Hmm…menarik kalau diletak iklan-iklan sebegitu.  Kawan saya beritahu ada yang dapat ribuan ringgit hasil pendapatan iklan sebegini.  Jumlah yang banyak sebegitu kebiasaannya diperolehi melalui blog atau laman web yang sangat tinggi bilangan kunjungannya.   Wow, sampai begitu sekali!

Sudah tentu laman blog saya tak mungkin menghasilkan pendapatan sebegitu.  Kerana bilangan yang datang menjenguk ke blog saya terlalu sedikit berbanding blogger-blogger lain.  Mungkin hanya dapat 10 sen atau 20 sen sahaja sebulan.  Entah-entah, tidak sesen pun…

Tetapi bukan itu faktor utama kenapa saya tidak meletakkan iklan.  Saya memilih untuk tidak meletakkan iklan di blog saya kerana inti kandungan iklan itu tidak boleh saya kawal.  Jika saya boleh pilih dan kawal iklan mana yang boleh diletakkan, tentu saya akan pertimbangkan semula.  Kerana saya risau jika iklan yang dipaparkan itu bercanggah dengan hukum syara’ seperti mendedahkan aurat, gambar wanita seksi, iklan barangan haram/syubhah dan lain-lain lagi.

Ini kerana saya risau nanti kita akan dipertanggungjawabkan kelak.  Apatah lagi Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam pernah berpesan seperti berikut:

“…dan barangsiapa yang mengajak kepada kesesatan maka ia mendapat dosa seperti dosa-dosa orang yang mengerjakannya dengan tidak mengurangi dosa-dosa si pelaku dosa itu.”  (HR Muslim)

Malah ALLAH Subhanahu wa Ta’ala, dalam surah al-Maidah, ayat 5 ada melarang agar jangan menolong atau mempromosi benda-benda yang mungkar:

وَلا تَعَاوَنُوا عَلَى الإثْمِ وَالْعُدْوَانِ وَاتَّقُوا اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ

bermaksud:  “…dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran.  Dan bertakwalah kamu kepada ALLAH, sesungguhnya ALLAH amat berat siksa-NYA.”

Lebih baik berhati-hati dalam hal ini…

Saya sudah menulis di internet sejak 2006 lagi.  Pada masa itu, saya menggunakan Yahoo! 360.  Kemudian, saya buka pula akaun Multiply.  Dan saya juga turut mempunyai laman web di Tripod suatu ketika dahulu.  Ketiga-tiga wadah ini semuanya percuma, tetapi malangnya mereka memaparkan iklan-iklan yang tidak boleh saya kawal.  Kadang-kadang iklannya biasa-biasa sahaja.  Tetapi kadang-kadang ada juga iklannya yang memaparkan wanita seksi sedang baring mempromosikan barangan tertentu, aduh astaghfirullah.  Sangat tidak Islami.  Laman web saya mungkin memaparkan tentang tadzkirah agama, barangkali ajak orang taqwa, barangkali cerita agar orang jauhkan kejahatan, tetapi di atas pula iklan wanita seksi dan lain-lain yang bercanggah syara’.  Sungguh kontra!

Sebab itu, setelah saya jumpa WordPress ini, alhamdulillah, apa yang saya risaukan sebelum ini telah diubati dengan bebasnya iklan-iklan yang saya sebutkan di atas walaupun ia percuma.  Saya selesa dengan keadaan yang sekarang.

Jadi, sebab itulah saya tidak meletakkan iklan-iklan sepertimana orang lain meletak iklan di blog atau laman web mereka.  Walaupun begitu, saya ada juga meletak iklan di sebelah kanan blog ini, iaitu iklan laman web Takafulonline.net milik saya dan laman soal-jawab Al-Ahkam.net.  Silalah klik ye 🙂

www.muzir.wordpress.com

 

Advertisements

7 responses to “Kenapa Tak Letak Iklan Di Blog? Boleh Buat Duit Tu…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: