Monthly Archives: March 2011

[Video] Sifat Solat Sempurna – Oleh Dr Abdul Basit

Video ini ada 10 bahagian semuanya.  Apabila habis ditonton video di atas, akan dipaparkan ‘NEXT’ untuk ke video seterusnya.  Atau kalian boleh juga ke Orekelatekito’s Channel untuk menyambung kuliah ke bahagian ke-2 dan seterusnya.

Mudah-mudahan dengan mendengarnya sehingga habis, dapat kita memperbaiki cara solat kita agar menepati sebagaimana yang telah dilakukan oleh Nabi kita, Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wasallam, amin…

Sebarkan!

www.muzir.wordpress.com

Advertisements

Skim Pencen Akhirat

Hari ini ramai orang yang bekerja keras siang dan malam supaya kehidupan hari kemudiannya lebih terjamin.  Usia pencen biasanya pada umur 55 tahun.  Maka, sejak mula bekerja hingga umur mencecah 55 tahun itu, dia bekerja dan bekerja.

Dikerahkan tenaga dan idea untuk majikannya.  Diletakkan kesetiaan dan 1001 sifat positif kepada majikannya.  Semua arahan dipatuhi dan semua larangan dihindari.  Dia tidak berani untuk melawan majikannya kerana dikhuatiri skim pencen yang bakal dinikmati pada usia pencennya nanti terjejas dan berkurangan dari yang sepatutnya.

Dia barangkali lupa bahawa skim pencen yang diharap-harapkan itu belum tentu dapat dinikmatinya.  Dia mungkin menemui ajal sebelum sempat menikmati skim pencen itu.  Jika umur panjang pun, apalah sangat yang boleh di’enjoy’ tatkala umur sudah melebihi 55 tahun.  Badan sudah tidak segar, penyakit sudah datang menyerang, lidah sudah rasa tawar dan mata mulai kelabu.

Walaupun ia skim yang baik dan wajar kita berusaha ke arahnya, namun tidak banyak sangat harapan boleh diletakkan kepada skim pencen ini!

Cuba lihat skim pencen ini pula… Continue reading


Ust Azhar Di Meru, Klang Pada 27 Mac 2011

Program Ceramah Ust Azhar, Anjuran Masjid Asy-Syarif, Meru

Saya jangkakan kehadiran ke program ini sangat ramai dan akan menyebabkan kesesakan lalulintas di persimpangan empat pekan Meru dan jalan-jalan berhadapan Masjid Asy-Syarif.  Jadi, kami sekeluarga akan bertolak awal untuk mengelakkan kesesakan itu.

Pernah kami sekeluarga ke Masjid Ar-Ridhuan Ulu Klang untuk menghadiri kuliah beliau, namun terpaksa pulang hampa kerana tempat letak kereta penuh sehingga bahu-bahu jalan pun penuh sejauh 500m.  Disebabkan saya datang sekeluarga, iaitu dengan anak-anak dan tidak mahu menyusahkan mereka, jadi terpaksalah pulang.  Kami pada masa tu sampai waktu azan Maghrib sedang berkumandang… Dahsyat sungguh penangan Ust Azhar ni 😉 Continue reading


Nasihat Ringkas Untuk Menghadapi Keputusan SPM

Saya dimaklumkan bahawa tidak lama lagi akan diumumkan keputusan SPM.

Tentu berdebar-debar rasanya.  Berbagai-bagai perasaan datang menyerbu masuk ke dalam hati kecil mereka.  ‘Makan tak lalu, tidur tak lena, mandi tak basah’, mungkin itu agaknya yang sedang mereka hadapi kini.  Saya dan rakan-rakan sudah melalui pengalaman itu dan saya tahu apa yang sedang dilanda oleh adik-adik kita tatkala ingin berhadapan dengan situasi sebegini.

Saya ditanya oleh seorang remaja melalui Facebook bagaimana untuk membuat persediaan untuk menghadapinya dan berikut adalah jawapan ringkas saya: Continue reading


Amanah Tatkala Menyebarkan Hasil Tulisan Orang Lain

Hari ini, 20 MAC 2011, artikel saya yang bertajuk Fenomena Bulan Kelihatan Besar, 19 MAC 2011 disinggahi satu komen dari saudari Amira seperti berikut:

 

Komen Saudari Amira

Saya tersenyum, alhamdulillah, ada juga orang yang sudi baca dan tampalkannya di blognya untuk menjadi tatapan pengunjung.  Saya ingin menjawab kepada cik Amira bahawa ia sebenarnya tulisan saya dan sebagai buktinya cuba tengok tarikh tulisan tersebut dan bandingkan.

Belum sempat saya nak jawab macam tu, alangkah terkejutnya saya bahawa tarikh yang tertera di laman blog yang diberi oleh saudari Amira ialah 17 MAC 2011, sedangkan tarikh di laman blog saya ialah 18 MAC 2011.  Entah macam mana boleh jadi macam tu.  Dalam kepala saya, mungkin dia edit tarikhnya atau mungkin sistem tarikh ada masalah.  Saya terpaksa membatalkan niat saya dan mengambil keputusan menulis sedikit tentang hal ini di blog.

Cuba perhatikan: Continue reading


[Video] 2 Kalimah Ringan Disebut, Tetapi Berat Timbangannya

Sabda Nabi sallAllahu `alaihi wasallam yang bermaksud:

“2 kalimah yang ringan di lidah,

berat di atas neraca timbangan

dan disukai oleh Tuhan Yang Maha Pengasih ialah:

SubhanAllahi wa bihamdih,

SubhanAllahil-`Azim

(Hadith Riwayat Bukhari & Muslim)

Maknanya: Continue reading


Fenomena Bulan Kelihatan Besar, 19 Mac 2011

 

Bulan penuh - sumber internet

Saya suka melihat bulan penuh.  Di dalam kepekatan gelap malam, tiba-tiba di tengah-tengahnya terpancar cahaya putih yang cantik dipantulkan oleh bulan yang bulat.  Maha Suci ALLAH yang menciptanya, ia sangat cantik.  Apabila saya terlihat bulan penuh, biasanya saya akan memanggil anak-anak saya, untuk berkongsi perasaan saya dengan mereka, sambil mengajak mereka sama-sama bertasbih, bertahmid dan bertakbir.

Orang-orang dulu selalu mengaitkan bulan mengambang penuh dengan kecantikan.  Tidak hairanlah mengapa ada bait-bait lagu yang memuji kecantikan kekasih mereka dengan mengaitkannnya dengan bulan.  Malah ada di dalam hadith, tatkala Jabir Samurah menatap wajah Rasulullah sallAllhu `alaihi wasallam di malam terang bulan, ia berkata: Continue reading


Bola Putih & Bola Hitam

 

Putih atau hitam?

Saya ingin berkongsi dengan anda semua akan satu perumpamaan yang mungkin boleh diambil manfaat daripadanya.

Cuba bayangkan kita sedang berdiri di hadapan dinding dan di tangan kita mempunyai dua biji bola getah.  Satu berwarna putih dan satu lagi berwarna hitam.  Lihatlah kepada dua biji bola getah tersebut.

Kita mempunyai pilihan samada untuk melontar bola getah yang berwarna putih ataupun yang berwarna hitam ke dinding.  Dan setiapnya akan memberikan tindakbalas yang sama.  Iaitu bola getah itu akan melantun ke arah kita semula setelah ia terkena dinding.  Jika kuat kita melontarnya, maka kuat jugalah pantulannya ke arah kita.  Jika perlahan lontarannya, perlahanlah pula ia memantul. Continue reading


Haram Kahwin Dengan Gadis Satu Kampung…?!

Pagi tu, Ustadz Faisal menyentuh perihal akhlak seorang Muslim dalam hal ikhtilat.  Selepas Ustadz Faisal menceritakan tentang adab pergaulan di antara lelaki dan perempuan, bab ‘couple’ dan bagaimana untuk menyucikan diri dari perkara-perkara yang lagha itu, di akhir kelas beliau berpesan kepada pelajar-pelajarnya sebelum beliau ingin keluar kelas…

“Saya tahu ada sebahagian awak yang ber’couple’ di dalam kelas ini.  Saya harap apa yang telah kita bincangkan tadi membuka mata dan hati awak semua, supaya awak semua dapat berubah menjadi seorang muslim yang lebih baik insyaALLAH.” pesan Ustadz Faisal.

“InsyaALLAH ustadz…” semua pelajar menjawab.

“Sebelum saya keluar kelas, ada sesiapa yang nak tanya apa-apa?” Ustadz Faisal mengajukan soalan.

“Saya Ustadz.  Saya nak tanya.  Ada seorang pelajar lelaki ni baru umur 18 tahun, tapi dah nak kahwin.  Takpe ke Ustadz?” tanya Azizi.

“Awak ke Azizi?” Tanya Ustadz Faisal sambil bergurau.

“Eh, bukan saya ustadz.  Bukan saya.  Saya tanya bagi pihak je…” Azizi segera menjawab.  Mukanya merah padam akibat malu. Continue reading


Lelaki Yang Baik Ibarat Petani Yang Baik

Lelaki ibarat petani.  Dan perempuan ibarat tanah.

Petani Baik, Tanah Pun Baik

Petani yang baik apabila bertemu dengan tanah yang subur tentunya akan melahirkan hasil tanaman yang bermutu tinggi.  Kerana benih yang ditanam oleh petani yang baik bukan sahaja dibiarkan ia tumbuh begitu sahaja, malah akan dijaga dan diteliti tumbesarannya dengan tekun sekali.

Dengan ketelitian dan kesungguhan si petani yang baik tadi, tanah yang subur juga tentunya tidak mahu mengecewakan si petani dengan sedaya upaya mengeluarkan hasil yang terbaik dari isi perut bumi untuk dituai si petani.  SubhanALLAH, akhirnya tumbuh melatalah rezeki kurniaan ALLAH di muka bumi ini dengan rezeki yang baik-baik. Continue reading


%d bloggers like this: