Haram Kahwin Dengan Gadis Satu Kampung…?!

Pagi tu, Ustadz Faisal menyentuh perihal akhlak seorang Muslim dalam hal ikhtilat.  Selepas Ustadz Faisal menceritakan tentang adab pergaulan di antara lelaki dan perempuan, bab ‘couple’ dan bagaimana untuk menyucikan diri dari perkara-perkara yang lagha itu, di akhir kelas beliau berpesan kepada pelajar-pelajarnya sebelum beliau ingin keluar kelas…

“Saya tahu ada sebahagian awak yang ber’couple’ di dalam kelas ini.  Saya harap apa yang telah kita bincangkan tadi membuka mata dan hati awak semua, supaya awak semua dapat berubah menjadi seorang muslim yang lebih baik insyaALLAH.” pesan Ustadz Faisal.

“InsyaALLAH ustadz…” semua pelajar menjawab.

“Sebelum saya keluar kelas, ada sesiapa yang nak tanya apa-apa?” Ustadz Faisal mengajukan soalan.

“Saya Ustadz.  Saya nak tanya.  Ada seorang pelajar lelaki ni baru umur 18 tahun, tapi dah nak kahwin.  Takpe ke Ustadz?” tanya Azizi.

“Awak ke Azizi?” Tanya Ustadz Faisal sambil bergurau.

“Eh, bukan saya ustadz.  Bukan saya.  Saya tanya bagi pihak je…” Azizi segera menjawab.  Mukanya merah padam akibat malu.

“Kalau dah bersedia semuanya, mampu, keluarga kedua-dua belah pihak sudah bersetuju, dan dah bincang panjang-panjang, silakan… Itulah yang sebaik-baiknya untuk menjaga agama.  Tapi, dia nak kahwin dengan siapa?” Jawapan Ustadz Faisal disusuli dengan pertanyaan.

“Ada lah ustadz.  Dengan gadis satu kampung dia, ustadz…” jawab Azizi ringkas.

“Oh, kalau macam tu tak boleh Azizi.  Haram hukumnya…” Ustadz Faisal memberikan respon beliau terhadap jawapan ringkas Azizi.

“Hah!!!” Azizi tercengang dengan jawapan Ustadz Faisal.  Bergegar kerusi dan mejanya akibat terkejut.

Tiba-tiba suasana kelas menjadi riuh.  Biji-biji mata pelajar-pelajar di dalam kelas tersebut menjadi bulat seakan  mahu keluar dari tempatnya.  Mereka semua terkejut!

Beberapa pelajar lelaki dan perempuan di dalam kelas itu menjeling sesama mereka.  Jantung mereka seakan berhenti sebentar kerana tergambar bahawa harapan mereka hampir berkecai untuk mendirikan rumahtangga sesama mereka kelak, ceh konon… Ini kerana kebanyakan mereka tinggal di kawasan perumahan yang sama atau berdekatan.  Couple-lah tuuu…hmm.

“Ustadz, betul ke ni ustadz?  Ini kali pertama saya dengar macam ni?” Azizul bingkas bangun sambil mengangkat tangan, terus bertanya.

“A’ah…ustadz, betul ke ni?”  respon Azizi dan ramai yang lain, menguatkan lagi persoalan yang diutarakan oleh Azizul.

“Betul…” jawab Ustadz Faisal ringkas, tersenyum.

“….” Masing-masing terdiam, kelu, masih trauma dengan jawapan misteri Ustadz Faisal itu.

“Maaf Ustadz, boleh Ustadz terangkan?  Apa sebabnya ye Ustadz?” Azizah bertanya dengan penuh sopan untuk meminta penjelasan.

“Begini, dalam ISLAM, seseorang lelaki hanya dibenarkan untuk berkahwin maksimum empat orang sahaja.  Itu pun kalau ada kemampuan.  Tak boleh lebih dari itu dalam satu-satu masa.  Jadi, kalau dia nak berkahwin dengan satu kampung, mana boleh.  Mana boleh kahwin sekaligus ramai macam tu…” Ustadz Faisal memberikan penjelasan lantas tertawa hingga ternampak giginya.

“Adussss…. lawak rupanya!”  Azizi, Azizul, Azizah dan semua pelajar menyambut penjelasan Ustadz faisal dengan gelak ketawa.  Rupa-rupanya Ustadz Faisal membuat lawak.  Loyar buruk juga Ustadz Faisal ni!

“Maaf ye, saya gurau sahaja…hehehe” ustadz Faisal ketawa lagi.

Selepas Ustadz Faisal memastikan bahawa semua pelajar-pelajarnya faham jenakanya dan faham maksudnya, barulah beliau beredar dari kelas.  Kelas menjadi riuh akibat ketawa mereka semua.  Pelajar-pelajar yang terlibat dengan ‘couple’ mengurut dada masing-masing… Yang bengkek pun ada…

Sekadar bergurau…

www.muzir.wordpress.com


2 responses to “Haram Kahwin Dengan Gadis Satu Kampung…?!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: