Amanah Tatkala Menyebarkan Hasil Tulisan Orang Lain

Hari ini, 20 MAC 2011, artikel saya yang bertajuk Fenomena Bulan Kelihatan Besar, 19 MAC 2011 disinggahi satu komen dari saudari Amira seperti berikut:

 

Komen Saudari Amira

Saya tersenyum, alhamdulillah, ada juga orang yang sudi baca dan tampalkannya di blognya untuk menjadi tatapan pengunjung.  Saya ingin menjawab kepada cik Amira bahawa ia sebenarnya tulisan saya dan sebagai buktinya cuba tengok tarikh tulisan tersebut dan bandingkan.

Belum sempat saya nak jawab macam tu, alangkah terkejutnya saya bahawa tarikh yang tertera di laman blog yang diberi oleh saudari Amira ialah 17 MAC 2011, sedangkan tarikh di laman blog saya ialah 18 MAC 2011.  Entah macam mana boleh jadi macam tu.  Dalam kepala saya, mungkin dia edit tarikhnya atau mungkin sistem tarikh ada masalah.  Saya terpaksa membatalkan niat saya dan mengambil keputusan menulis sedikit tentang hal ini di blog.

Cuba perhatikan:

Lihat pula di bahagian akhir artikel, tidak pula dikreditkan kepada penulis asal, iaitu saya:

Saya pasrah.  La haula wa la quwwata illa biLLAH…

Untuk apa saya pertahankannya sebagai tulisan saya.  Kerana tatkala saya menulisnya di blog, memang saya mahu ia dibaca umum dan disebarkan kepada umum sekiranya ia bagus.  Pahala di sisi ALLAH (sekiranya ada) sudah cukup menjadi ganjaran buat saya, amin.  Pentingkah untuk ia dipertahankan.  Tak penting langsung.  Kerana ALLAH Maha Tahu.

Cuma, saya agak rasa ralat apabila seseorang memberi komen seolah-olah sayalah yang tidak beretika, mengambil artikel orang lain lantas mengaku artikel orang lain itu sebagai artikel saya.  Aduh, berat rasanya lemparan kata-kata itu.  Saya tidak biasa menerima kata-kata seperti ini.  Mungkin itulah sebabnya perasaan saya agak terusik.

Saya Tidak Kisah

Seperti yang telah saya maklumkan di atas, saya tidak kisah apabila orang menyebarkan artikel saya dan tidak meletakkan kredit ke atas saya.  Sungguh, saya tidak kisah.  Saya sudah biasa dengan senario ini.  Telah banyak tulisan saya beredar di internet dan diambil manfaat oleh orang lain, alhamdulillah.

Bukan setakat itu sahaja, malah ada juga yang meletakkan di bawah artikel itu nama dia, seolah-olah dia pula yang tulis.

Sungguh saya tidak kisah.  Saya sudah masak dan saya redho.  Buku catitan seseorang anak Adam sudah ditulis oleh Malaikat walaupun ia tidak terzahir di mata manusia.  Dan itulah harapan dan cita-cita seorang mukmin.

Tetapi apabila dikatakan saya meniru dan saya tidak beretika, ini memang saya tidak redho.  Saya terpaksa menulis tentang hal ini supaya ia menjadi pengajaran buat semua.

Letaklah Sumber Ambilan Artikel Yang Anda Ambil

Saya menyeru agar sesiapa pun yang menyebarkan mana-mana tulisan yang bukan hasilannya agar letaklah sumber ambilan sebagai kredit kepada penulis asalnya.  Beberapa faedah boleh diperolehi apabila kita meletakkan sumber ambilan kita, antaranya:

  1. Ia melambangkan keperibadian yang tinggi seseorang itu yang menghargai idea dan keintelektualan orang lain.
  2. Ia menunjukkan rasa merendah diri orang yang menyebarkan artikel itu, bahawa ia bukan hasil tulisannya, dia hanyalah berkongsi artikel tersebut sahaja.
  3. Apabila berlaku salah faham akibat dari tulisan itu, pembaca dapat merujuk kepada penulis asal dan bertanya tentangnya.
  4. Apabila berlaku salah faham, tanggungjawab membela idea di dalam tulisan itu bukanlah 100% terletak kepada si penyebar kerana dia hanyalah menyebarkannya untuk dikongsi.  Terletak tanggungjawab itu kepada si penulis asal.  Penulis asal lah yang mesti menjawabnya.
  5. Dan banyak lagi jika mahu difikirkan…

Saya puji sebahagian kita yang mahu menyebarkan tulisan-tulisan dan artikel-artikel dan meletakkannya di blog masing-masing.  Silakan.  Banyak pahala yang kalian akan perolehi jika niatnya baik dan caranya baik juga.  Banyak hadith yang menggalakkan tindakan itu.  Antaranya:

Dari Abu Hurairah radhiAllahu `anhu, Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda: “Barang siapa yang mengajak kepada petunjuk (kebenaran), maka ia mendapat pahala seperti pahala orang yang mengerjakannya dengan tidak mengurangi pahala mereka sedikit pun. Dan barang siapa yang mengajak kepada kesesatan maka ia mendapat dosa seperti dosa orang yang mengerjakannya dengan tidak mengurangi dosa mereka sedikit pun.” (HR Muslim)

Namun, untuk mengelakkan fitnah, sebaik-baiknya letaklah sumber ambilan.  Jika tidak, kelak berlakulah apa yang diutarakan oleh saudari Amira seperti di atas.  Sudah tentu tidak syok, kan…

Semoga ALLAH `Azza wa Jalla memelihara hati kita dan dijauhkan kita semua dari sifat negatif seperti riak, sum`ah, ujub dan besar diri.  Dan semoga DIA mengganjari kita semua dengan pahala yang banyak dari sisiNYA, amin…

www.muzir.wordpress.com

 


12 responses to “Amanah Tatkala Menyebarkan Hasil Tulisan Orang Lain

  • ishaqnya samhsb

    sabar sahajalah ustaz..blogger pada zaman nie nak comment jerw…tak ikhlas buat tulisan.sebab tu saya kurang berminat nak nak follow…..follow yang baikx2 jer cam santai and rilex

    Like

  • syafiah

    masyaallah..ustaz sabar ye..
    mungkin ade hikmah..saye pon selalu juge meyebarkan entry2 yg ustaz tulis2 kpd sahabat2..semuga usaha ustaz dibalas dgn kebaikan dari ALLAH..insyaallah..syukran ustaz

    Like

    • shahmuzir

      Eh Syafiah, saya OK je kalau sesiapa nak ambik dan sebarkan mana2 artikel & tulisan di dlm blog ni. I like 🙂
      Teruskan ye…takde halangan…

      Dan terima kasih atas doa tu,amin…

      Like

  • hanif

    السلام عليكم,

    الحمد لله, kerana comment tersebut lahirlah satu lagi penulisan yang baik ini. Terima kasih.

    ما شاء الله.

    p/s: bila mau turun putrajaya lagi?

    Like

    • shahmuzir

      wa`alaikumussalam warahmatullah…

      Tulah Hanif. Setiap yg berlaku samada baik atau buruk, pasti terlindung di sebaliknya akan hikmah, subhanALLAH 🙂

      InsyaALLAH, kita jumpa lagi kalau ada kelapangan…

      Like

  • Zulaiha

    Xpe ustaz,sekurg-kurghnye ramai lg yg boleh manfaatkn tulisan ustaz…..InsyaAllah

    Like

  • khadijahismail

    Saya minta maaf ustaz,sebab telah menyalin artikel ini tanpa meletakkan penulis asalnya. Niat saya hanya untuk menyebarkan apatah lagi setelah diizinkan berbuat demikian. Tentang tarikh tu saya tak pasti, mungkin setting pd komp yg tak betul. Apa pun saya minta maaf sekali lagi.

    Like

    • shahmuzir

      Puan Khadijah,
      Saya OK je. Memang saya izinkan semua di dalam blog ini untuk disebarkan…

      Tulisan di atas hanyalah saranan sahaja. Ia lebih baik jika diletakkan sumber ambilan. Jika tidak dibuat begitu, jadilah insiden seperti yg saudari Amira tujukan kepada saya tu. Tak pasal2 kan…

      Semoga ALLAH mengurniakan kebaikan buat saya, buat Puan Khadijah dan semua yang mahu membuat kebaikan dan menyebarkannya, amin 🙂

      Like

  • zharifalimin

    kadang-kadang saya terlupa letak sumber dari mana :P.

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: