Ust Azhar Di Meru, Klang Pada 27 Mac 2011

Program Ceramah Ust Azhar, Anjuran Masjid Asy-Syarif, Meru

Saya jangkakan kehadiran ke program ini sangat ramai dan akan menyebabkan kesesakan lalulintas di persimpangan empat pekan Meru dan jalan-jalan berhadapan Masjid Asy-Syarif.  Jadi, kami sekeluarga akan bertolak awal untuk mengelakkan kesesakan itu.

Pernah kami sekeluarga ke Masjid Ar-Ridhuan Ulu Klang untuk menghadiri kuliah beliau, namun terpaksa pulang hampa kerana tempat letak kereta penuh sehingga bahu-bahu jalan pun penuh sejauh 500m.  Disebabkan saya datang sekeluarga, iaitu dengan anak-anak dan tidak mahu menyusahkan mereka, jadi terpaksalah pulang.  Kami pada masa tu sampai waktu azan Maghrib sedang berkumandang… Dahsyat sungguh penangan Ust Azhar ni 😉

Kuliah beliau jika didengari di youtube seperti juga kuliah-kuliah lain.  Kelebihan pada beliau ialah cara beliau menyampaikannya, sarat dengan jenaka dan jawapan-jawapan beliau mudah untuk difahami oleh orang awam, santai gitu.  Dan yang paling menarik perhatian ialah loghat Terengganunya.  Isteri saya orang Terenggau.  Sejak kami mula mengenali beliau sekitar 2009 melalui kuliah audio, isteri saya mula menaruh minat.  Katanya, bukan selalu boleh dengar kuliah agama orang Terengganu dengan slang pekat seperti itu.  Saya apatah lagi, hehe…

Walaupun ada sebahagian isi ceramah beliau tidak berapa saya setujui pendapatnya, namun keilmuan Ust Azhar dan hikmah beliau dalam cara menyampaikan kuliah sesuai dengan tahap pendegar, amat-amat saya kagumi.  Banyak ilmu yang boleh diperolehi daripada kuliah beliau.  Kalau tidak percaya, carilah di youtube.  Taip:  Ust Azhar.

Buat yang berkelapangan dan mahu hadir, berikut petanya:

Datang, jangan tak datang.  Datang awal tau…!

www.muzir.wordpress.com

Advertisements

6 responses to “Ust Azhar Di Meru, Klang Pada 27 Mac 2011

  • norazita

    Pendapat yang mana yang Tuan tak setuju?

    Like

    • shahmuzir

      Tak penting bagitau. Biasalah tu kalau berbeza pandangan, apatah lagi kalau hanya dalam bab khilafiah.

      Yang lebih penting ialah bagaimana kita berakhlaq sesama kita, walau berbeza pandangan. Bertolak ansur dan berlapang dada…

      Belajar dari ramai ilmuan dapat membuka minda kita dan menjauhkan kita dari sifat jumud dengan hanya satu2 pandangan sahaja.
      Ust Azhar adalah salah seorang my favourite ustadz 🙂

      Like

  • abuaqil al-kalanji

    syukran atas makluman.
    masjid asy-syarif ni dekatlah jugak dgn rumah ana…

    Like

  • Ridzuan Zukifly

    “Walaupun ada sebahagian isi ceramah beliau tidak berapa saya setujui pendapatnya, namun keilmuan Ust Azhar dan hikmah beliau dalam cara menyampaikan kuliah sesuai dengan tahap pendegar, amat-amat saya kagumi”

    …hampir2 dapat mengungkapkan apa yang saya rasakan selama ni. Terima kasih tuan, semoha Allah memelihara anda sentiasa.

    Like

  • papa fakir

    kita org yg fakir wajar2 sahaja ada pendapat yang berbeza2,,sy sendiri punya pandangan yg tersendiri,,utz tu kata hukum tu boleh ,,utz ni kat hukum yg ni x boleh,,,bagi saya perbezaan pendapat tu baik asalkan jgn sampai islam berpecah,,,yg penting terus mendokong al quran dan sunnah rasu,dan mendidik diri berakhlak yg termulia sebaik mungkin…dakwah bi hal…wajib diterjemahkan dalam diri sesaorang insyallah

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: