Monthly Archives: April 2011

Elak Dari Memalukan ‘Organisasi’ Sendiri

Sedang saya makan di sebuah restoran milik bumiputera, tiba-tiba terdengar suara ‘perdebatan’ di antara majikan restoran dan si pembancuh air.  Saya tidak dengar suara majikan tersebut, tetapi kedengaran jelas suara si pembancuh air itu dari meja tempat saya duduk.  Sambil menjamah nasi dan lauk tengahari, terpaksalah juga telinga mendengar drama siaran langsung yang menyakitkan telinga.  Malu saya mendengarnya.

Disebabkan suara si pembancuh air itu kuat, jadi dapatlah saya dengar inti ‘perbualan’ mereka.  Si majikan cuba menegur sikap si pembancuh air yang marahkan pekerja baru yang tulis order tak jelas.  Dengan sikap defensive si pembancuh air tersebut, diluahkan macam-macam kepada si majikan.

Aduhai, bukankah perkara seperti ini boleh diselesaikan di sebalik tabir?  Kenapa perlu dizahirkan suara itu dengan kuat sehingga boleh didengari pelanggan?  Tidak malukah dengan pelanggan dan orang lain yang mendengarnya?

Situasi Sama Dalam Lain-lain Organisasi

Situasi di atas bukan sahaja berlaku di restoran berkenaan sahaja.  Malah ia berlaku dalam mana-mana organisasi, tidak kiralah samada di restoran, di pejabat, di sekolah, di ejensi-ejensi swasta atau kerajaan, di dalam persatuan dan di dalam rumahtangga pun perkara ini juga berlaku. Continue reading

Advertisements

[Video] Seminar Berpegang Kepada Al-Quran dan As-Sunnah

Alhamdulillah, berikut adalah beberapa video yang telah dirakam dari seminar ‘Berpegang Kepada Al-Quran dan As-Sunnah’ yang telah diadakan di Hotel Royale Chulan, KL.  Semoga ALLAH Ta`ala memberkati usaha TVSunnah kerana sudi berkongsikan video ini dengan kita semua di youtube.

Terdapat 11 pembentangan kertas kerja pada 23/4/2011.  Dan 6 kertas dan 1 sesi khas soal-jawab pada hari berikutnya.  Tontonlah video-video berikut, supaya kita sama-sama dapat memahami perkara yang penting ini, iaitu tentang sumber utama agama Islam, Al-Quran dan As-Sunnah:  Continue reading


Saya Kecewa Dengan WordPress

Saya terima komen dari salah seorang tetamu yang datang ke blog saya seperti berikut:

Mohd Faridz
April 22nd, 2011 at 9:12 pm

salam,

rasanya poppressed.com tu, link kt bawah tu sgt tak sesuai utk dipaparkan dlm blog ni…

Pada mulanya saya tidak faham dengan komen beliau.  Puas saya belek-belek blog saya apakah yang dimaksudkan beliau.  Rupa-rupanya ada link poppressed.com di dalam setiap mukasurat di blog saya.  Saya hanya perasan apabila saya logout.  Paparan yang dimaksudkan tidak kelihatan apabila saya login sebagai admin.

Saya sangat kecewa, sedih dan marah akibat dari hal ini.  Continue reading


Isi Khutbah Sheikh as-Sudais & Fenomena Menyedihkan

Alhamdulillah, tengahari tadi saya sempat sampai ke Masjid Wilayah Persekutuan jam 12.30 tengahari.  Masuk di masjid, rupa-rupanya sudah penuh 5 saf di hadapan.  Tentu mereka semua menantikan kehadiran Sheikh as-Sudais yang dijadualkan akan memberi khutbah dan mengimami solat fardhu Jumaat di masjid tersebut.  Saya terus ke saf paling kanan, meletakkan beg di tepi dinding, solat tahiyyatul masjid dan membaca al-Quran.

Disebabkan oleh masa masih awal, maka pihak masjid telah menjemput seorang qari untuk membaca al-Quran.  Kuat sungguh bacaannya sehingga agak menggangu saya untuk membaca al-Quran.  Tentu orang lain yang sedang melakukan solat sunnat dan lain-lain ibadah sunnat pun terganggu juga agaknya, aduhai… 😦

Sheikh as-Sudais sampai sekitar jam 1.15 tengahari.  Saat itu ramai kelihatan berdiri dan yang datang lewat pun sibuk hendak ke depan.  Sedangkan adab seorang yang lewat masuk ke masjid hendaklah dia duduk di belakang dengan tenang tanpa berpusu-pusu melangkah peha dan bahu orang lain untuk ke depan.  Kerana ini akan menyakitkan hati saudara muslimnya yang lain.  Malah ada yang melalui di hadapan orang yang sedang solat, astaghfirullah.  Terasa sedih melihat fenomena ini.  Ternyata, sebahagian ahli masyarakat masih samar dengan adab di dalam masjid.

Inti Khutbah Sheikh as-Sudais

Sheikh as-Sudais telah menyampaikan khutbah beliau di dalam bahasa Arab dan apabila beliau memulakan khutbahnya, tiba-tiba saya terkenang nostalgia ketika berpeluang mengerjakan umrah dan mendengar khutbah di BaituLLAH al-Haram.  Sangat menyentuh perasaan ketika di sana.

Antara mesej utama yang disentuh beliau di dalam khutbah di Masjid Wilayah Persekutuan ialah: Continue reading


Masa Depan Tamadun ISLAM – oleh Sheikh as-Sudais

Satu syarahan umum yang disampaikan oleh Sheikh Dr `Abdur Rahman Ibn `Abdul Aziz as-Sudais telah diadakan pada 20/4/2011.  Ia telah dianjurkan oleh International Insititute of Advanced Islamic Studies (IAIS) Malaysia dan diadakan di dewan IAIS.

Syarahan umum tersebut telah bermula pada jam 12.30 tengahari dengan disampaikan oleh Sheikh as-Sudais dalam bahasa Arab, dan diterjemahkan oleh Profesor Ibrahim Zein sebagai moderator majlis tersebut.  Tajuk syarahan yang diberi oleh pihak penganjur ialah:  “The Future of Islamic Civilisation (al-Hadarah al-Islamiyyah) in the 21st Century”. 

Ciri-ciri Tamadun Islami

Dalam menghuraikan tajuk yang diberi, Sheikh as-Sudais telah menyenaraikan dan menghuraikan beberapa ciri yang mesti dipenuhi untuk memastikan masa depan Tamadun Islami berjaya.  Berikut adalah beberapa mesej yang sempat saya salin dari ucapan beliau: Continue reading


Sheikh as-Sudais di Malaysia

Sheikh Dr `Abdur-Rahman ibn `Abdul Aziz as-Sudais

Suara Sheikh `Abdur-Rahman bin `Abdul Aziz as-Sudais memang tidak asing bagi mereka yang gemar mendengar bacaan ayat-ayat suci al-Quran.  Malah, suara beliau selalu dirindui oleh ramai muslim yang pernah mengerjakan ibadah haji, kerana suara beliau selalu berkumandang mengimamkan solat fardhu di Masjidil Haram.

Beliau kini berada di Malaysia.  Beliau berada selama beberapa hari di sini dan akan menghadiri beberapa program khas yang telah diatur, insyaALLAH.

Berikut adalah jadual beliau yang sempat saya kutip dari pelbagai sumber: Continue reading


Kisah Pemuda, Takaful, Taubat & Ajalnya

Jumaat yang lalu, saya berjumpa dengan pelanggan Takaful saya untuk menyerahkan polisi Takaful beliau.  Sebelum saya sempat menerangkan secara ringkas isi kandungan polisi Takaful beliau, saya diberitahu bahawa adik lelaki beliau baru sahaja meninggal dunia minggu lepas.  Inna lillahi wa inna ilaihi raji`uun.

Muda lagi adik beliau ini.  Baru berumur 20an.  Malangnya, pemuda ini meninggal dunia akibat kemalangan motorsikal di kawasan perumahan beliau sendiri.  Saya yang mendengar kisah ini berasa sangat terharu dan simpati atas kehilangan yang berlaku kepada pelanggan saya ini dan keluarga beliau.

Takaful

Menurut pelanggan saya ini, sebulan sebelum adik beliau meninggal dunia, pemuda ini sempat menguruskan pembelian sebuah rumah teres berharga lebih RM100,000.   Continue reading


Benarkah Mati Menyembunyikan Cinta = Mati Syahid?

Saya ditanya tentang status kata-kata ini yang dikatakan ia sebagai hadith, iaitu:

Sesiapa yang jatuh cinta, kemudian dia menyembunyikannya dan dia mati, maka matinya itu adalah syahid.” 

Tidak pula saya pernah berjumpa dengan ‘hadith’ ini.  Benarkah ia hadith???  Sekali lihat macam diragui kerana ganjaran mati syahid adalah antara ganjaran tertinggi di sisi ALLAH.  Tidak berpadan dengan usaha yang kecil itu, iaitu sekadar menahan dari diluah rasa cinta.

Walaupun ia mempunyai maksud yang baik, iaitu supaya insan menahan diri dari mengikut hawa nafsu perasaan cinta, TETAPI sebagai Muslim, kita mestilah sentiasa awas tatkala menyebut sesuatu kata-kata yang disandarkan kepada Rasul yang mulia, Muhammad sallAllahu `alaihi wasallam.  Ini kerana baginda telah memberi amaran: Continue reading


Borak-borak Dengan Remaja

Semalam, 15/4/2011 saya bersama dengan lebih 200 remaja di sebuah sekolah menengah agama di Klang.  Kebiasaannya, sesi ini saya sampaikan ceramah menggunakan bantuan multimedia.  Tetapi disebabkan oleh ada masalah teknikal di pihak pengurusan surau, maka terpaksa dibatalkan program tersebut.  Saya buat keputusan, bahan multimedia itu digunakan pada sesi yang lain, insyaALLAH.

Memandangkan saya tidak bawa kitab Riyadhussolihin susunan Imam an-Nawawi, iaitu kitab yang menjadi bahan bacaan untuk sesi mingguan dengan mereka, jadi saya tak dapat menggunakan kitab tersebut untuk dibaca dan dijadikan bahan tadzkirah.

Sampai di surau, saya bertanya dengan mereka, tajuk apa nak sentuh?  Pihak AJK surau telah memberikan beberapa perkara untuk disentuh oleh saya, antaranya: Continue reading


Sifat Solat Malam Nabi SAW

Diriwayatkan dari Abu `Abdullah Hudzaifah bin Al-Yaman radhiAllahu `anhuma (beliau dikenali sebagai pemegang rahsia Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam), beliau berkata:

“Suatu malam aku solat bersama Nabi sallAllahu `alaihi wasallam.  Sesudah membaca Al-Fatihah, Baginda membaca surah Al-Baqarah, di dalam hati saya berkata, “Mungkin Baginda akan rukuk setelah membaca seratus ayat”.  Tetapi sesudah seratus ayat, Baginda tetap membacanya.  Dalam hati saya berkata lagi, “Mungkin Baginda akan membaca satu surah Al-Baqarah dalam satu rakaat”.  Tetapi setelah selesai membaca satu surah, beliau membaca lagi surah An-Nisa’ sampai selesai.  Setelah itu beliau mulai lagi membaca surah Ali Imran sampai selesai.  Baginda membacanya secara tartil.  Jika bertemu dengan ayat yang mengandungi perintah memohon, maka Baginda memohon.  Dan jika Baginda bertemu dengan ayat yang menyuruh untuk berlindung diri, maka Baginda berlindung diri, iaitu dengan membaca ta`awudz.  Sesudah itu, Baginda rukuk dan membaca, “Subhana Rabbiyal `Azim” (Maha Suci Tuhanku yang Maha Agung).  Lamanya hampir sama dengan berdiri.  Kemudian Baginda bangkit dari rukuk seraya mengucapkan, “Sami`Allahu liman hamidah, Rabbana lakal hamdu” (ALLAH mendengar orang yang memujiNYA.  Wahai Tuhan kami, hanya bagiMU lah segala pujian), dan berdiri lama, hampir sama lamanya dengan rukuk.  Kemudian beliau sujud dan membaca, “Subhana Rabbiyal A`la” (Maha Suci Tuhan Yang Maha Tinggi), lamanya hampir sama dengan berdiri.”  (HR Muslim) Continue reading


%d bloggers like this: