Bolehkah Cukai Pendapatan Menggantikan Zakat Pendapatan?

Soalan:

Saya telah menjelaskan cukai pendapatan saban tahun. Adakah ia sudah memadai dan saya tidak perlu lagi menunaikan zakat, khususnya zakat pendapatan?

Jawapan:

Terima kasih di atas pertanyaan tersebut. Untuk makluman, cukai dan zakat adalah dua perkara yang amat berbeza di dalam Islam.

Jika ditinjau kepada polisi Islam, Rasulullah SAW tidak pernah mengenakan sebarang jenis cukai kepada umat Islam. Bahkan baginda menegah cukai dilaksanakan. Atas dasar itulah, fuqahak seperti Syaikh Rabi’ bin Hadi al-Madkhali, Syaikh al-Albani dan ramai lagi menegaskan bahawa cukai tidak boleh dikenakan ke atas orang Islam.

Hal ini bersandarkan kepada banyak dalil daripada hadis Nabi Muhammad SAW, misalnya hadis daripada Fatimah binti Qais, bahwa dia mendengar Rasulullah SAW bersabda:

“Tidak ada kewajiban dalam harta kecuali zakat,” dan hadis ini diriwayatkan oleh Ibnu Majah, nombor 1779.

Pada zaman dahulu, cukai di dalam Negara Islam hanyalah dikenakan kepada non-muslim sahaja dan kadarnya tidaklah melebihi 10 peratus. Di antara cukai yang diperkenalkan kepada non-Muslim di dalam Negara Islam ialah jizyah atau cukai individu, kharaj atau cukai tanah dan usyur atau cukai perdagangan.

Dalam Islam, pemerintah hanya diizinkan mengutip dharibah, yang hanya dikenakan kepada orang-orang Islam yang kaya, pada saat Baitul Mal sudah kekeringan sedangkan pada saat itu negara amat memerlukan dana demi maslahah ummah dan negara (misalnya membeli kelengkapan perang).

Berbalik kepada persoalan di atas, oleh kerana pihak Negara sudah mengenakan cukai, maka sebagai warganegara kita masih perlu menunaikannya. Walau bagaimanapun, cukai itu sama sekali tidak boleh menghapuskan kewajipan zakat yang menjadi rukun kepada setiap muslim.

Apa yang perlu, tunaikan zakat terlebih dahulu dan selaraskan dengan cukai yang telah dikenakan. Umat Islam di Malaysia bertuah, kerana setiap sen yang dizakatkan boleh direbatkan ke atas cukai. Ini boleh mengurangkan tekanan kewangan ke atas umat Islam, kerana wajib membayar kedua-duanya dalam satu masa.

Kesimpulannya, cukai sama sekali tidak menghapuskan kewajipan berzakat seseorang, apabila telah cukup segala syarat wajib zakat ke atas mereka. Wallahua’lam.

SUMBER:  http://blog.e-zakat.com.my/?p=797

Advertisements

5 responses to “Bolehkah Cukai Pendapatan Menggantikan Zakat Pendapatan?

  • zaidi

    Salam, sekiranya ada kemahuan berzakatn bolehlah hubungi saya selaku amil zakat LZS di 0132602006. Terima kasih

    Like

  • roszaina ahmad

    salam,boleh saya tahu perbezaan dan persamaan antara zakat dan cukai mengikut islam

    Like

    • shahmuzir

      wa`alaikumussalam.

      Soalan Puan sebahagiannya sudah dijawab di dalam artikel di atas secara dasarnya.

      Jika boleh saya tambah lagi, secara ringkasnya perbezaan antara cukai dan zakat ialah:
      1. Zakat wajib ditunaikan menurut syara` dan ia adalah rukun Islam. Tak bayar zakat adalah dosa besar. Sedangkan cukai adalah peraturan negara yang wajib ditunai oleh rakyat menurut peraturan dan undang2 negara.
      2. Hasil kutipan zakat diberikan kepada 8 golongan asnaf. Manakala hasil kutipan cukai digunakan untuk perbelanjaan negara.
      3. Zakat dikenakan ke atas beberapa jenis harta yang ditentukan syara`. Manakala cukai dikenakan ke atas beberapa jenis harta/pendapatan dll yang ditentukan oleh undang2 negara, negeri atau majlis perbandaran masing2.
      4. Zakat ialah ibadah khusus kepada ALLAH. Manakala cukai adalah tanggungjawab rakyat terhadap pemerintahnya.

      Apapun, kita sebagai mukmin hendaklah menunaikan zakat sebagaimana tuntutan syara`. Ia tanggungjawab asas seorag muslim.

      Dan sebagai rakyat yang baik juga, hendaklah kita menunaikan cukai kepada pihak yang berautoroti. Di Malaysia, zakat pendapatan boleh mendapat rebat cukai pendapatan. Ia merupakan satu kelebihan yang diberi kepada rakyat yang beragama Islam untuk tidak mengabaikan zakat pendapatan. Ia merupakan sebahagian tanda sokongan kerajaan terhadap tanggungjawab kita menunaikan zakat.

      Like

  • hashim.ab

    Saya membuat kiraan zakat yang dikeluarkan seperti berikut: (Pendapatan kasar tahunan – Jumlah ansuran cukai pendapatan dibayar (yakni PCB/Potongan CP38) – KWSP Pekerja) x 2.5%. Apakah ini betul pada pandangan tuan?
    Zakat KWSP dibayar pada setiap pengeluaran.

    Like

    • Shahmuzir

      Pada pandangan saya, jumlah POTONGAN CUKAI BERJADUAL (PCB) tidak patut ditolak untuk pengiraan zakat pendapatan.

      Sepatutnya Tuan jumlahkan pendapatan kasar dan tolak beberapa elemen yang dibenarkan. Kemudian darab hasil tolak itu dengan 2.5% untuk dapat jumlah zakat pendapatan yang perlu dibayar.

      Untuk mudah, PPZ WP ada menyediakan kalkulator online untuk mengira zakat pendapatan:
      http://zakat.com.my/kalkulator-zakat-pendapatan

      Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: