Hukum Orang Yang Enggan Mengeluarkan Zakat

Terdapat 2 jenis hukum terhadap orang yang enggan mengeluarkan zakat.

1.  Hukum orang yang enggan mengeluarkan zakat kerana mengingkarinya.

Zakat adalah salah satu rukun ISLAM.  Ia merupakan rukun ketiga selepas 2 kalimah syahadah dan solat fardhu.  Oleh itu, para ulama bersepakat bahawa sesiapa yang mengingkari kefardhuan Zakat, dia telah kufur dan keluar dari ISLAM.  Darahnya halal sekiranya tidak bertaubat.  Ini disebabkan zakat adalah di antara perkara yang diketahui kefardhuannya secara mudah.  Ia diketahui oleh orang awam dan khas (semua orang ISLAM) dan tidak perlu kepada hujah dan dalil untuk menjelaskannya.

Imam an-Nawawi rahimahullah memetik daripada al-Khattabi:

“Sesiapa yang mengingkari kefardhuan zakat pada zaman ini maka dia telah kafir dengan ijmak orang-orang ISLAM”, katanya lagi:  “Pengetahuan tentang kewajiban zakat telah tersebar secar meluas di kalangan orang ISLAM, hinggakan ia diketahui oleh orang awam dan khusus, dikongsi oleh orang alim dan jahil.  Oleh itu tidak ada alasan bagi sesiapa pun untuk membuat sebarang pentakwilan untuk mengingkarinya.  Begitu juga dengan orang yang mengingkari perkara-perkara agama yang telah disepakati oleh umat apabila pengetahuan tentangnya telah tersebar, seperti solat fardhu 5 waktu, puasa bulan Ramadhan, mandi junub, pengharaman zina dan berkahwin dengan mahram dan juga hukum-hukum yang seumpamanya.”  (Syarah Muslim; 1/205)

Ibnu Hajar al-Asqalani rahimahullah berkata:

“Adapun mengenai dalil kefardhuan zakat, maka sesiapa yang mengingkarinya adalah kufur.”  (Fathul Bari; 3/262)

2.  Hukum orang yang enggan mengeluarkan zakat disebabkan bakhil dan kedekut.

Orang yang enggan mengeluarkan zakat sedangkan dia beriktikad kewajibannya dan mengakui kefardhuannya, maka dia telah fasiq dan berdosa, di samping dia akan dikenakan azab seksa yang pedih di akhirat.

a)  Anggota badan akan diseterika dengan emas dan perak yang dipanaskan di neraka jahannam.

Firman ALLAH Subhanahu wa Ta`ala yang bermaksud:

Orang-orang yang menyimpan emas dan perak dan tidak menafkahkannya di jalan ALLAH, berilah khabar gembira akan mendapat siksa yang pedih.  Yakni di saat emas dan perak itu dipanaskan di neraka jahannam, kemudian diseterikakan ke kening, pinggang dan punggung mereka.  Inilah harta yang kamu simpan-simpan buat dirimu itu.  Nah, rasailah hasil simpananmu!”  (Surah At-Taubah, ayat 34-35)

b)  Harta itu akan mencelakakan dirinya pada hari Akhirat.  Dan dikalungkan harta mereka yang panas membara ke leher mereka.

ALLAH Ta`ala berfirman yang bermaksud:

Jangan kamu mengira sekali-kali, bahawa orang-orang yang kikir mengeluarkan kurnia yang diberikan ALLAH padanya, hartanya itu akan membawa manfaat, sebaliknya akan mencelakakan mereka!  Pada Hari Kiamat, harta-harta yang tengah panas membara dan tidak hendak mereka keluarkan itu, akan dikalungkan ke leher mereka!”  (Surah Ali `Imran, ayat 180)

c)  Hartanya akan membentuk menjadi seekor ular yang dahsyat yang melilitnya dan menggigitnya pada Hari Akhirat kelak.

Dari Abu Hurairah radhiAllahu `anhu, bahawa Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda yang maksudnya:

“Barangsiapa yang ALLAH kurniakan harta, kemudian dia tidak mengeluarkan zakatnya, akan didatangkan kepadanya pada Hari Kiamat seekor as-Shuja’ al-Aqra’ (ular yang tidak ada rambut disebabkan mempunyai terlalu banyak racun bisa dan umurnya yang panjang) yang memiliki dua taring yang keluar daripada mulutnya (ataupun dua tanda hitam di atas matanya yang melambangkan ia adalah ular yang paling ganas dan buruk) ia akan melilitnya pada Hari Kiamat, kemudian akan menggigit kedua rahangnya sambil berkata:  “Akulah harta kamu, akulah simpanan kamu.”  Kemudian Baginda sallAllahu `alaihi wasallam membaca firman ALLAH…… (dari surah Ali `Imran, ayat 180 seperti disebut di atas)”  (HR al-Bukhari 1338)

Di dunia, zakat akan diambil daripadanya secara paksa.  Kalau dia enggan dan menentang orang yang mengambilnya, maka pemerintah ISLAM yang menjalankan syariat ALLAH dan menjaga amanah hendaklah memeranginya.

Tulisan di atas telah saya salin dan sunting sebahagiannya dari kitab Feqh as-Sunnah & kitab Feqh al-Manhaji dari bab Zakat.  Semoga dengan mengetahuinya, timbul rasa gerun di dalam hati kita tentang betapa dahsyatnya ancaman ALLAH Ta`ala terhadap orang yang enggan mengeluarkan zakat.

Semoga kita semua dijauhi ALLAH dari murkaNYA, amin…

www.muzir.wordpress.com


2 responses to “Hukum Orang Yang Enggan Mengeluarkan Zakat

  • Ms.Berry

    salam, muzir.

    berkenaan zakat ni,
    1) zakat emas yg kita pakai,or simpan – camne kira2 nya tu
    2) zakat duit simpanan/saving – berapa saving yg dikenakan zakat
    3) adakah zakat pendapatan ,bayar bulanan or tahunan, n kena bayar tu, kira mcm mane..

    terima kasih

    Like

    • shahmuzir

      wa`alaikumussalam…

      1. Zakat emas dikenakan kepada emas yang disimpan dan dipakai. Apabila cukup nisabnya, maka 2.5% daripada nilainya mesti dizakatkan.
      a) Nisab emas disimpan: 85gram.
      b) Nisab emas dipakai: Ikut `uruf setempat. Contohnya di Selangor, nisabnya=800gram. Di Wilayah Persekutuan, nisabnya=150gram. Di Melaka, nisabnya=RM5,000.

      2. Zakat simpanan pun sama jugak nisabnya. Nisabnya adalah bersamaan 85gram emas. Jika emas harga segram ialah RM150, maka nisab zakat ialah RM12,750. Jadi, jika jumlah simpanan melebihi RM12,750, maka 2.5% daripadanya hendaklah dikenakan zakat. Ambil jumlah terendah yang melebihi nilai nisab itu. Utk penjelasan lanjut, mungkin boleh pergi ke Pusat Zakat utk mereka kirakan.

      3. Zakat pendapatan dibayar apabila cukup haul, iaitu setahun. Jadi yang sepatutnya, zakat dibayar setahun sekali. Skrg ni ada skim potongan gaji sebulan sekali kan? Itu cuma nak memudahkan kita je. Sebenarnya, setahun sekali baru bayar, itupun jika melebihi nisab. Menurut Pusat Zakat Selangor, ada 3 kaedah boleh digunakan. InsyaALLAH, nanti saya akan tulis di blog ini pasal itu ye…

      Sementara tu, mungkin Ms.Berry boleh lawat laman ni. Ada pengiraan mudah di sini:
      http://www.e-zakat.com.my/kalkulator-zakat/zakat-pendapatan/

      WAllahu Ta`ala A`lam.

      Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: