Perkara Asas Tentang Zakat Yang Mesti Kita Tahu

Ramai di kalangan ahli masyarakat yang saya temui masih kabur tentang zakat.  Sedangkan zakat merupakan:

>> salah satu rukun Islam yang menjadi tunggak asas agama kepada insan yang bergelar Muslim.  Mengabaikannya boleh menjerumuskan kita kepada dosa besar, dan malah keIslaman seseorang boleh dipertikaikan, na`udzu billahi min dzalik.

Berikut adalah beberapa perkara asas tentang Zakat yang perlu diketahui oleh setiap Muslim:

Pengertian Zakat

  • Dari Segi Bahasa
    • Zakat dari segi bahasa bererti “BERSIH”, “SUCI”, “SUBUR”, “BERKAT” dan “BERKEMBANG”.  Pengertian “BERSIH” dan “SUCI” dalam istilah zakat ialah membersihkan harta dan membersihkan diri orang kaya daripada bersifat kedekut dan bakhil. Dalam erti yang lain ialah membersihkan diri daripada sifat dengki dan dendam terhadap orang kaya.
  • Dari Segi Syara`
    • Zakat dari segi syarak pula ialah mengeluarkan sebahagian harta tertentu diberikan kepada asnaf-asnaf yang berhak menerimanya setelah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh syarak

Siapa Yang Wajib Bayar Zakat?

  • Beragama Islam
  • Merdeka
  • Sempurna Milik
    • Harta yang hendak dizakat hendaklah dimiliki dan dikawal sepenuhnya oleh orang Islam yang merdeka. Bagi harta yang berkongsi antara orang Islam dengan orang bukan Islam, hanya bahagian orang Islam sahaja yang diambil kira di dalam pengiraan zakat.
  • Harta Usaha Yang Baik Sebagai Sumber Zakat
    • Para Fuqaha’ merangkumi semua pendapatan dan penggajian sebagai “Mal Mustafad” iaitu perolehan baru yang termasuk dalam taksiran sumber harta yang dikenakan zakat.
  • Cukup Nisab
    • Nisab adalah paras minimum yang menentukan sesuatu harta itu wajib dikeluarkan atau tidak. Nisab menggunakan nilai emas harga semasa iaitu 20 misqal emas bersamaan 85 gram emas atau 196 gram perak.
  • Cukup Haul
    • Bermaksud genap setahun iaitu selama 354 hari mengikut tahun Hijrah atau 365 hari mengikut tahun Masihi. Dalam zakat pendapatan, jangkamasa setahun merupakan jangkamasa mempersatukan hasil-hasil pendapatan untuk pengiraan zakat pendapatan.

Harta Yang Wajib Dizakatkan

Ada 2 jenis, iaitu:

  • Zakat Fitrah
    • Zakat Fitrah ialah zakat diri yang difardhukan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang ditetapkan.
  • Zakat Harta
    • Zakat Pendapatan
    • Zakat Perniagaan
    • Zakat Binatang Ternakan
    • Zakat Pertanian
    • Zakat Wang Simpanan
    • Zakat Emas dan Perak
    • Zakat Saham
    • Zakat Ma’adin, Kunuz dan Rikaz *
      • Ma’adin ialah segala galian yang diperolehi dari perut bumi sama ada beku atau cair di darat atau di laut.
      • Kunuz ialah harta yang tersimpan di dalam bumi (harta karun).
      • Rikaz ialah harta benda yang tersimpan di dalam bumi dan terdapat tanda-tanda yang menunjukkan ia tersimpan sebelum kedatangan Islam. (Jumhur ulama mengatakan semua jenis simpanan jahiliah)

Siapa Yang Layak Menerima Zakat

Terdapat 8 golongan (asnaf) yang layak menerima zakat sebagaimana diberitahu ALLAH `Azza wa Jalla di dalam Surah At-Taubah, ayat ke 60, iaitu:

  • Asnaf Fakir
    • Fakir ialah orang Islam yang tidak mempunyai harta hasil usaha (pekerjaan) yang halal dan layak dengannya untuk memenuhi keperluan dirinya dan tanggungannya termasuklah makanan, pakaian, tempat tinggal dan keperluan-keperluan lain.
  • Asnaf Miskin
    • Miskin ialah orang Islam yang mempunyai harta dan hasil usaha (pekerjaan) yang halal dan layak dengannya tetapi masih tidak mencukupi untuk menanggung keperluan dirinya dan tanggungannya.
  • Asnaf Amil
    • Orang yang dilantik / ditauliahkan oleh Sultan atau Naibnya untuk penyelenggaraan hal-hal zakat.
  • Asnaf Muallaf
    • Orang yang baru memeluk Islam iaitu “orang yang dijinakkan hatinya” dengan diberi bantuan supaya mereka teguh mencintai Islam.
  • Asnaf Riqab
    • Iaitu hamba mukatab yang ingin memerdekakan dirinya.
  • Asnaf Gharimin
    • Orang Islam yang berhutang untuk memenuhi keperluan asasi bagi permasalahan diri atau keluarga tanggungannya atau orang yang berhutang untuk menyelesaikan masalah masyarakat dan memerlukan:
      • Orang yang berhutang itu tidak mampu menjelaskan hutangnya.
      • Hutang itu hendaklah dalam perkara taat yang diharuskan syarak.
      • Hutang telah sampai tempoh untuk dijelaskan.
  • Asnaf Fisabilillah
    • Fisabililah ialah tiap-tiap perbuatan / perkara yang menjurus kepada keperluan dan masalah untuk menegakkan syiar Islam.
  • Asnaf Ibnu Sabil
    • Orang Islam yang kehabisan perbelanjaan dalam perjalanan atau orang yang hendak memulakan perjalanan sedangkan ia tidak mempunyai belanja dengan syarat:
      • Ia mengembara dari negeri tempat tinggalnya
      • Pengembaraan diharuskan oleh syarak.

 

Hikmah Disyariatkan Zakat

Zakat adalah salah satu daripada rukun Islam yang kelima. Antara hikmah dan tujuan ALLAH SWT mensyariatkan zakat ialah:

  • Mengagihkan sebahagian kecil kekayaan daripada golongan yang berada kepada golongan yang kurang berada.
  • Membersihkan diri pembayar zakat.
  • Membersihkan dan menyuburkan harta pembayar zakat.
  • Mewujudkan sifat bersyukur terhadap nikmat yang dikurniakan oleh ALLAH SWT di kalangan golongan yang berada.
  • Mengurangkan perasaan irihati di kalangan yang kurang bernasib baik.
  • Mewujudkan perhubungan antara hamba dengan ALLAH SWT di samping perhubungan antara manusia dengan manusia.
  • Memberi peluang kepada golongan hartawan untuk beribadat dalam bentuk mengeluarkan zakat daripada harta mereka.
  • Mewujudkan kesatuan di kalangan masyarakat Islam dalam urusan ekonomi dan kewangan.
  • Memberi masyarakat satu cara mengurus ekonomi dan kewangan yang diredhai oleh ALLAH SWT.
  • Melahirkan rasa tenang dan tenteram dalam hati dan jiwa pembayar zakat.

 

Maklumat di atas telah saya susun berdasarkan maklumat dari laman web rasmi Lembaga Zakat Selangor.  Banyak lagi maklumat berguna yang boleh didapati dari laman web tersebut bagi menambah lagi kefahaman kita berkaitan zakat dan hukum-hakam bersangkutan dengannya.  Tuan/puan boleh melawat laman web Lembaga Zakat Selangor di http://www.e-zakat.com.my/.

Semoga maklumat di atas memberi manfaat buat Tuan/Puan.  Dan semoga ALLAH `Azza wa Jalla memelihara kita semua dengan hidayah dan taufiqNYA, amin.

www.muzir.wordpress.com


3 responses to “Perkara Asas Tentang Zakat Yang Mesti Kita Tahu

  • shah ibrahim

    Alhamdulillah. Kita doakan semoga infomasi spt ini diadakan senantiasa sebagai tazkirah kepada semua orang Islam. Selamat berjuang.

    Like

  • mohamed idris

    Assalamualaikum. sah /tidak cucu beri zakat diri n keluarganya kepada neneknya yang termasuk asnaf zakat

    Like

    • Shahmuzir

      wa`alaikumussalam warahmatullah. Seorang cucu tidak boleh membayar zakat kepada neneknya walaupun nenek tersebut termasuk asnaf zakat. Zakat tidak boleh diberikan kepada ahli keluarga yang menegak ke atas (contohnya bapa, ibu, datuk, nenek) dan menegak ke bawah (contohnya anak, cucu, cicit). Zakat tersebut tidak sah. Allahu A`lam.

      Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: