Sifat Solat Malam Nabi SAW

Diriwayatkan dari Abu `Abdullah Hudzaifah bin Al-Yaman radhiAllahu `anhuma (beliau dikenali sebagai pemegang rahsia Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam), beliau berkata:

“Suatu malam aku solat bersama Nabi sallAllahu `alaihi wasallam.  Sesudah membaca Al-Fatihah, Baginda membaca surah Al-Baqarah, di dalam hati saya berkata, “Mungkin Baginda akan rukuk setelah membaca seratus ayat”.  Tetapi sesudah seratus ayat, Baginda tetap membacanya.  Dalam hati saya berkata lagi, “Mungkin Baginda akan membaca satu surah Al-Baqarah dalam satu rakaat”.  Tetapi setelah selesai membaca satu surah, beliau membaca lagi surah An-Nisa’ sampai selesai.  Setelah itu beliau mulai lagi membaca surah Ali Imran sampai selesai.  Baginda membacanya secara tartil.  Jika bertemu dengan ayat yang mengandungi perintah memohon, maka Baginda memohon.  Dan jika Baginda bertemu dengan ayat yang menyuruh untuk berlindung diri, maka Baginda berlindung diri, iaitu dengan membaca ta`awudz.  Sesudah itu, Baginda rukuk dan membaca, “Subhana Rabbiyal `Azim” (Maha Suci Tuhanku yang Maha Agung).  Lamanya hampir sama dengan berdiri.  Kemudian Baginda bangkit dari rukuk seraya mengucapkan, “Sami`Allahu liman hamidah, Rabbana lakal hamdu” (ALLAH mendengar orang yang memujiNYA.  Wahai Tuhan kami, hanya bagiMU lah segala pujian), dan berdiri lama, hampir sama lamanya dengan rukuk.  Kemudian beliau sujud dan membaca, “Subhana Rabbiyal A`la” (Maha Suci Tuhan Yang Maha Tinggi), lamanya hampir sama dengan berdiri.”  (HR Muslim)

Jika diamati benar-benar hadith di atas, dapat kita membayangkan betapa khusyuknya Nabi sallAllahu `alaihi wasallam bersolat tatkala bersendirian pada malam hari.  Lama berdirinya, lama rukuknya, lama i`tidalnya, lama sujudnya, disebut dengan penuh hati yang khusyuk tatkala membaca ayat-ayat al-Quran sewaktu berdiri, diamati sungguh-sungguh kalam ALLAH yang mulia satu per satu.

Betapa mendalamnya rasa cinta dan syukur Baginda sallAllahu `alaihi wasallam kepada ALLAH `Azza wa Jalla.  Betapa tingginya kualiti cara ibadah yang Baginda sallAllahu `alaihi wasallam lakukan.  Betapa khusyuknya hati Baginda sallAllahu `alaihi wasallam tatkala bersendirian pada malam hari dengan Tuhannya.

Ibarat hujung langit dengan bumi jika dibanding dengan cara kita bersolat.  Kita:  Culas, leka, lalai, laju, malas dan … argh!!!

Oh Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam, padamu contoh terbaik untuk kami ikuti…

Semoga dengan membaca hadith ini, kita dapat memperbaiki dan meningkatkan mutu solat sunnat kita.  Walaupun hadith ini menceritakan sifat solat Nabi sallAllahu `alaihi wasallam ketika bersolat sunnat sendirian, dan hanya boleh dipraktikkan ketika bersolat bersendirian, namun kita boleh mempelajari bahawa Nabi sallAllahu `alaihi wasallam ketika bersolat,penuh dengan penghayatan dan kerendahan hati sebagai hamba.

Mempelajari sifat solat Nabi, bukan setakat mengetahui cara Baginda angkat tangan untuk bertakbir, bukan setakat mencontohi bagaimana Nabi meletakkan tangannya ketika berdiri, bagaimana Nabi rukuk, i`tidal, turun sujud, sujud dan seterusnya.  Tetapi juga hendaklah kita mengambil contoh bagaimana khusyuknya Nabi bersolat.  Betapa hidupnya solat Nabi.

Dan sebagai peringatan, janganlah pula diaplikasi keadaan ini jika anda menjadi Imam solat fardhu.  Jika anda sebagai Imam ringan-ringankanlah supaya makmum di belakang tidak rasa berat.  Nabi sallAllahu `alaihi wasallam pun meringankan solat apabila Baginda menjadi Imam solat fardhu.  Betapa fahamnya Nabi.  Betapa Nabi raikan orang-orang yang berada di belakang yang mungkin terdiri dari kanak-kanak, orang tua atau orang-orang yang mungkin sibuk dengan komitmen dan urusan hidup selepas itu.  Jika solat sunnat sendirian, jika nak solat lama-lama, nah silakan…

www.muzir.wordpress.com

Advertisements

One response to “Sifat Solat Malam Nabi SAW

  • pelajar

    Allahu akbar. Subhanallah. Moga2 kita dpt mengamalkan sunnah Nabi saw di zaman kerosakan ummat ini agar kita m’peroleh pahala seumpama 1000org mati shahid. Moga2 juga kita dpt m’amalkan sunnah Nabi semata-mata krn Allah & untuk m’cari redhaNya. InsyaAllah juga mereka yg m’amalkan sunnah Nabi m’peroleh syafaat di Hari Perhitungan kelak. Amin 🙂

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: