Borak-borak Dengan Remaja

Semalam, 15/4/2011 saya bersama dengan lebih 200 remaja di sebuah sekolah menengah agama di Klang.  Kebiasaannya, sesi ini saya sampaikan ceramah menggunakan bantuan multimedia.  Tetapi disebabkan oleh ada masalah teknikal di pihak pengurusan surau, maka terpaksa dibatalkan program tersebut.  Saya buat keputusan, bahan multimedia itu digunakan pada sesi yang lain, insyaALLAH.

Memandangkan saya tidak bawa kitab Riyadhussolihin susunan Imam an-Nawawi, iaitu kitab yang menjadi bahan bacaan untuk sesi mingguan dengan mereka, jadi saya tak dapat menggunakan kitab tersebut untuk dibaca dan dijadikan bahan tadzkirah.

Sampai di surau, saya bertanya dengan mereka, tajuk apa nak sentuh?  Pihak AJK surau telah memberikan beberapa perkara untuk disentuh oleh saya, antaranya:

  • Adab dengan orang tua
  • Kepentingan sifat amanah terhadap tugas dan jawatan
  • Pergaulan antara lelaki dan perempuan
  • Nilai kebersihan di sisi agama

Disebabkan mereka telah beri tajuk itu secara spontan, jadi ceramah pun terpaksalah juga secara spontan.  Takde persiapan dan rujukan terlebih dahulu.  Namun, saya telah cuba sebaik mungkin setakat yang saya mampu.

Sebelum saya menyentuh tajuk adab dengan orang tua, saya telah memulakan ceramah tersebut dengan 6 adab untuk menuntut ilmu.  Sengaja saya mulakan dengan perkara ini, supaya mereka semua dapat memaksimakan faedah dari program seperti ini.  6 adab itu ada saya catit di sini:

https://muzir.wordpress.com/2009/08/04/6-adab-menuntut-ilmu/

Dan sebelum saya sentuh bab adab dengan orang tua, saya telah menyentuh dahulu serba ringkas tentang adab dengan ALLAH, diikuti adab dengan Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam, kemudian terhadap ibubapa dan kemudian terhadap guru.  Sekali lalu sahaja.  Ini supaya mereka nampak hirarki dan keutamaannya.

Adapun adab terhadap orang tua saya telah kupas adab sebagai muslim dengan muslim yang umum, namun mengambil juga beberapa senarai adab terhadap ibubapa dan guru.  Disebabkan oleh tiada persediaan, maka saya telah buat sesi malam itu sebagai sesi interaktif, iaitu saya minta mereka semua ambil bahagian berkongsi point2 yang sepatutnya.  Dan sayalah yang akan huraikannya.

Selesai tajuk adab terhadap orang tua, sampai pula tajuk amanah.  Tajuk ini saya selang-selikan dengan pengalaman saya sebagai pelajar dahulu.  Disebabkan saya dahulu banyak menjawat jawatan, maka saya sekadar berkongsi perihal pentingnya amanah.  Biasalah zaman remaja ni kadang-kadang kita agak berasa bangga dengan jawatan dan gelaran.  Jadi, perlu saya tekankan bahawa jawatan bukan untuk dibangga, tetapi untuk ia dilunaskan tanggungjawabnya.  Kerana seseorang yang tidak menjalankan amanah, tidaklah amanah orang itu.  Dan jika tidak amanah, maka tidak sempurnalah Iman seseorang itu.

Soal pergaulan lelaki dan perempuan, tidak saya sentuh banyak sangat, sebab minggu lepas saya dah sentuh berkenaannya, malah banyak persoalan yang diajukan oleh mereka telah saya jawab.  Jadi, saya sekadar mengingatkan beberapa asas yang mereka mesti faham sahaja.  Tahun lepas pun saya dah kupas tajuk ini dengan komprehensif bersama mereka:

https://muzir.wordpress.com/2010/08/07/borak-borak-dengan-remaja-tentang-adab-pergaulan-isu-couple/

Akhir sekali ialah tentang kebersihan.  Hmm… kebersihan ni memang ummat ISLAM selalu failed.  Lihat sahajalah realiti ummat ISLAM hari ini.  Saya rasa tentu ramai setuju bahawa kebersihan ini adalah satu aspek yang ramai ummat ISLAM terlepas pandang.  Sedangkan kebersihan adalah salah satu elemen keimanan.  Saya mengajak mereka merenung persekitaran sekolah mereka, kantin mereka, asrama mereka, tandas mereka dan pakaian mereka sendiri.

Dan saya menceritakan beberapa sifat pembersih dan kemasnya Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam berdasarkan apa yang saya ingat dari kitab Syamail Muhammadiah susunan Imam at-Tirmizi.  Saya pun tak ingat banyak.

Cukuplah apa yang sedikit itu dikongsikan dengan mereka dengan sedikit huraian.  Betapa kita jauh benar dengan sifat Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam.  Disebabkan kejauhan inilah, maka nilai masyarakat ummat Islam hari ini semakin rendah, semakin rendah.  Nak naik balik, kena ikut sunnah Nabi sallAllahu `alaihi wasallam.

Selepas itu ada sesi soal jawab.  Ceramah yang dimulakan jam 9 malam itu telah tamat jam 10.45 malam.  Mereka nak sambung lagi, tetapi disebabkan oleh loceng dewan makan telah dibunyikan beberapa kali, maka terpaksalah saya tangguhkan dahulu.

InsyaALLAH, sesi akan datang pasal adab dengan ALLAH, bermultimedia.  Saya suka tajuk ni.  Kerana adab dengan ALLAH ni sangat penting dan sebagai muslim kita mesti betul2 beradab dengan ALLAH, kerana DIAlah Tuhan kita, DIAlah Raja kita, DIAlah Pencipta kita, DIAlah Penjaga kita, DIAlah tempat kita mengadu, DIAlah segala-galanya…DIA…DIA…DIA…

Mudah-mudahan catitan ini ada manfaatnya ditulis di sini.

WAllahu Ta`ala A`lam.

www.muzir.wordpress.com

This slideshow requires JavaScript.


8 responses to “Borak-borak Dengan Remaja

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: