Kisah Pemuda, Takaful, Taubat & Ajalnya

Jumaat yang lalu, saya berjumpa dengan pelanggan Takaful saya untuk menyerahkan polisi Takaful beliau.  Sebelum saya sempat menerangkan secara ringkas isi kandungan polisi Takaful beliau, saya diberitahu bahawa adik lelaki beliau baru sahaja meninggal dunia minggu lepas.  Inna lillahi wa inna ilaihi raji`uun.

Muda lagi adik beliau ini.  Baru berumur 20an.  Malangnya, pemuda ini meninggal dunia akibat kemalangan motorsikal di kawasan perumahan beliau sendiri.  Saya yang mendengar kisah ini berasa sangat terharu dan simpati atas kehilangan yang berlaku kepada pelanggan saya ini dan keluarga beliau.

Takaful

Menurut pelanggan saya ini, sebulan sebelum adik beliau meninggal dunia, pemuda ini sempat menguruskan pembelian sebuah rumah teres berharga lebih RM100,000.  Seperti biasa, bagi melindungi risiko kematian dan hilang upaya kekal menyeluruh, pemuda ini telah mengambil pelan MRTT (Mortgage Reducing Term Takaful) untuk rumah yang dibeli itu.  Tambahan dari itu, beliau juga telah menandatangani untuk menyertai pelan Takaful simpanan untuk diri sendiri.

Tanpa disangka, perbuatan beliau itu telah meninggalkan manfaat yang besar kepada ibu dan bapa beliau.  Disebabkan oleh beliau masih belum berumahtangga, maka keseluruhan manfaat Takaful yang diperolehi akibat kematian itu akan diserahkan kepada ibubapa almarhum.  Betapa terharunya ibubapa almarhum atas peristiwa ini.  Rumah itu bakal diselesaikan pembiayaannya oleh pihak Takaful, bermakna rumah itu akan menjadi hak milik waris pemuda tersebut.  Tambahan RM70,000 akan diserahkan kepada waris pemuda disebabkan pemuda itu ada mengambil pelan Takaful simpanan.

Pelanggan saya yang menceritakan kisah ini berasakan betapa besarnya kesan yang adiknya tinggalkan kepada keluarga.  Rumah yang ditinggalkan akan dimanfaatkan oleh warisnya, terutama ibubapanya dan sebahagian wang yang diterima itu akan digunakan untuk menghantar ibubapanya yang masih belum mengerjakan ibadah haji, subhanALLAH…

Ini bermakna pemergian si pemuda tadi ke alam barzakh tidak sedikit pun menyusahkan dan membebankan kepada waris yang ditinggalkan, malah besar pula sumbangannya kepada keluarganya.  Saya merenung sebentar ke dalam diri saya, aduh… Aku nanti bagaimana???

Insaf & Taubat Saat Akhir

Kisah di atas sudah cukup menyentuh hati saya betapa qadha dan qadar ALLAH di luar jangkauan manusia untuk memikirnya.  Pemuda ini sempat berbuat sesuatu yang penting dan besar dalam kehidupan beliau dan kesannya sangat memberi manfaat kepada keluarganya.

Yang paling menyentuh hati saya ialah bagaimana perbuatan beliau sebelum ajalnya.  Kerana menurut pelanggan saya yang menceritakan kisah ini yang merupakan abang sulung pemuda ini, pemuda ini semasa hayatnya memang agak nakal.  Solat dan lain-lain amalan memang ketinggalan.  Asyik dengan alam remajanya.

Walaupun dalam kenakalan dan kelekaan dek keremajaan beliau, beliau tidak pernah melawan ibubapanya.  Memang beliau selalu dimarahi dan ditegur oleh ibubapanya malah oleh abang-abangnya disebabkan perangai beliau yang dilihat seperti ‘tiada harapan dalam kehidupan’.  Tetapi tidak pula dibalas marah dan tegur itu dengan perbuatan atau kata-kata yang kasar.  Beliau diam sahaja dan sabar.  Orang kata macam buat deeekkk aje…

Pelanggan saya terus menyambung dengan kisah yang lebih menggetar jiwa.  Beliau menceritakan bahawa ketika kemalangan itu berlaku, bersama pemuda tersebut ialah buku ‘Cara-cara Solat Untuk Lelaki’.  Beliau berasa sangat lega apabila melihat buku tersebut.  Itu mungkin menandakan di akhir-akhir fasa kehidupan pemuda tersebut, pemuda tersebut sedang dalam perjalanan membaiki diri.  Walaupun mungkin masa remajanya nakal, selalu leka dan tidak banyak amalan, namun beliau sempat muhasabah dan ingin mencari jalan pulang bertemu dengan Tuhannya.

Saya mendengar dengan penuh khusyuk.  Kerana kisah berkaitan kematian ini memang selalu menyentuh hati saya.  Kisah-kisah seperti ini selalu membangkitkan saya dari kelekaan hidup yang kononnya indah berwarna-warni ini.  Hati saya seperti disirami air.  Hati rasa segar, selepas berhari-hari ia tandus mahu mati… Sedang mendengar pelanggan saya bercerita, saya merenung ke dalam diri saya.  Takut jika ALLAH matikan saya dalam keadaan sedang berdosa.  Betapa beruntungnya jika diri saya dimatikan ALLAH dalam keadaan DIA redhokan saya, oh… Tebing mata tak dapat lagi menahan airnya, melimpah jua…

Di akhir perbualan saya mengatakan kepada pelanggan saya itu:

“Itulah rahmat ALLAH, Tuan.  Mungkin nyawa adik Tuan diambil dalam keadaan dirinya bersih kerana sepanjang sebulan atau hari-hari akhirnya telah diisi dengan taubat kepada ALLAH.  Walaupun mungkin masa remajanya begitu, tetapi taubat di akhir hayat itulah sesuatu yang sangat mahal harganya.

Kita, saya cakap diri saya sendirilah, yang mungkin hari-hari buat itu dan ini, ajak itu dan ini, amal itu dan ini, nampak seperti baik, tetapi belum tentu mati kita dalam keadaan baik.  Sebab itu kita selalu doa agar ALLAH mematikan dalam keadaan baik dan bukan dalam keadaan tidak baik:

اللهم اختم لنا بحسن الخاتمة, ولا تختم علينا بسوء الخاتمة

Terima kasih kerana menceritakan kisah ini kepada saya.  Saya benar-benar terusik dengan kisah ini.  Sama-samalah kita minta belas ehsan ALLAH agar kita semua dipelihara sepanjang kehidupan kita dengan hidayah dan taufiqNYA dan dimatikan kita semua dalam keadaan DIA redhokan kita, amin.  Dan semoga adik Tuan itu dirahmati ALLAH hendaknya.”

Saya harap ada manfaatnya kisah ini ditulis di sini.  Bab kepentingan Takaful adalah sebahagian kecil dari ibrah yang boleh diambil dari kisah ini.  Tetapi yang lebih utama ialah bagaimana pemuda ini pergi meninggalkan dunia ini dalam keadaan beliau sedang ingin kembali kepada ALLAH, subhanALLAH.  Inilah ibrah yang sangat utama.

Justeru, marilah sama-sama kita memperbaiki diri kita sepanjang masa.  Kita pernah buat salah, pernah buat silap, pernah terlanjur bermaksiat, pernah lupa, pernah leka, pernah lawan mak ayah, pernah tinggalkan ibadah wajib, pernah itu dan pernah ini… Namun, kasih sayang ALLAH melebihi murkaNYA.  Kita semua masih ada peluang untuk kembali kepadaNYA dalam keadaan DIA redhokan kita.  Dengan syarat, taubat itu mestilah sebelum kita mati.  Dan mati pula kita tak tahu bila.  Justeru, taubatlah sekarang, bukan karang!

Baca ini untuk mengetahui apa kalam ALLAH dan RasulNYA berkenaan peluang untuk kembali / taubat:

https://muzir.wordpress.com/2009/09/07/jangan-berputus-asa-kembalilah-kepada-tuhanmu/

WAllahu Ta`ala A`lam…

www.muzir.wordpress.com

Advertisements

3 responses to “Kisah Pemuda, Takaful, Taubat & Ajalnya

  • zamri

    Kisah yang menyentuh hati saya… terfikir bagaimana pengakhiran hayat saya nanti. Berdoa agar pengakhiran hayat dalam keadaan baik dan tenang..

    Like

    • Anonymous

      salam
      shahmuzir, kak sguh tharu bc crita tu dan ia mjdi tazkirah dan ibrah kpd kt. mg shahmuzir dan keluarga drhmati dan dbrkati. salam kak utk k.pah(pgil mak or ibu). rindu kak pd mak kenangkan sejarah n memories d smakl,ALHMDLLAH berkat doa ibu shahmuzir mnjd anak yg soleh. drpd kak nasriah abg ahmad mahir nawawi

      Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: