Saya Kecewa Dengan WordPress

Saya terima komen dari salah seorang tetamu yang datang ke blog saya seperti berikut:

Mohd Faridz
April 22nd, 2011 at 9:12 pm

salam,

rasanya poppressed.com tu, link kt bawah tu sgt tak sesuai utk dipaparkan dlm blog ni…

Pada mulanya saya tidak faham dengan komen beliau.  Puas saya belek-belek blog saya apakah yang dimaksudkan beliau.  Rupa-rupanya ada link poppressed.com di dalam setiap mukasurat di blog saya.  Saya hanya perasan apabila saya logout.  Paparan yang dimaksudkan tidak kelihatan apabila saya login sebagai admin.

Saya sangat kecewa, sedih dan marah akibat dari hal ini.  Terima kasih buat saudara Mohd Faridz yang sudi menegur.  Saya sangat menghargai teguran beliau itu kerana disebabkan itulah saya sedar akan hal tersebut.  Inilah persaudaraan dalam ISLAM.  Mudah-mudahan komen beliau dikira hasanah di sisi ALLAH, amin.

Saya bertanya di Facebook tentang hal ini.  Tiada sesiapa pun yang tahu.  Saya ingatkan ianya virus atau kenakalan pemilik blog yang ingin menumpang beriklan di sini tanpa kebenaran.  Rupa-rupanya ia adalah polisi baru WordPress.com.  Jawapan ini saya perolehi setelah saya menghantar mesej ke WordPress.com dan berikut jawapan mereka:

PopPressed is one of our properties and we have inserted ads for it into our normal ad rotation: http://support.wordpress.com/advertising/


Ryan M.
WordPress.com

Apabila saya mencari jawapan di forum WordPress.com, ternyata rupa-rupanya telah ramai yang buat aduan tentang hal ini.  Anda boleh baca di sini:  http://en.forums.wordpress.com/search.php?q=poppressed

Aduhai, inilah di antara kelemahan berblog secara percuma.  Memang pada mulanya WordPress.com menawarkan blogging percuma tanpa diganggu iklan.  Inilah sebab mengapa saya memilih WordPress.com pada asalnya.  Saya telah tulis hal ini di sini:  https://muzir.wordpress.com/2011/02/08/kenapa-tak-letak-iklan-di-blog-boleh-buat-duit-tu/

InsyaALLAH, saya akan cuba menulis dan terus menulis di blog ini selagi ia tidak terlalu mengganggu.  Tujuan saya menulis di sini telah saya tulis pada tulisan pertama di blog ini.  Dan ia masih menjadi matlamat saya.  Baca di sini:  https://muzir.wordpress.com/2008/06/14/pengenalan/ .   Jika terpaksa mula membayar untuk mendapatkan blog yang bebas-iklan dan pautan asing, saya akan pertimbangkannya.

Saya harap tuan/puan yang hadir ke blog ini, tidak perlulah menekan pautan-pautan yang tidak berkaitan di dalam blog ini, seperti poppressed di bawah ini.  Dan jika tuan/puan nampak apa-apa yang pelik, diharap tegurlah saya seperti yang telah dilakukan oleh Saudara Faridz di atas.

WAllahu Ta`ala A`lam.

www.muzir.wordpress.com


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: