Monthly Archives: May 2011

Pengajaran Dari Filem ‘Sang Pencerah’

Alhamdulillah, saya baru selesai menonton filem Sang Pencerah.  Filem ini mengisahkan ringkasan kisah hidup Kiyai Haji Ahmad Dahlan (semoga ALLAH merahmati beliau) yang merupakan pengasas sebuah organisasi yang diberi nama Muhammadiyyah.

Filem ini sarat dengan mesej untuk diambil pengajaran oleh kita semua, khususnya buat para pendakwah yang memperjuangkan usaha tajdid, iaitu suatu usaha untuk mengembalikan masyarakat agar kembali kepada ajaran ISLAM yang sebenar, sebagaimana yang telah dibawa oleh Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wasallam.

InsyaALLAH, saya akan berkongsi dengan kalian beberapa pengajaran yang telah saya kutip hasil dari menonton filem yang sangat bagus ini.  Kerana pada saya, walaupun jalan cerita atau kisah hidup seseorang tokoh itu memang sangat bagus untuk diketahui dan didekati, namun pengajaran-pengajaranlah yang lebih utama untuk kita fokuskan.

Peranan akal

Akal adalah kurniaan ALLAH Jalla wa A`la yang sangat besar manfaatnya kepada manusia.  Dengan akal, manusia boleh berfikir.  KH Ahmad Dahlan diceritakan sebagai seorang yang kritis semasa zaman remajanya.  Continue reading

Advertisements

Sumpah & Qadzaf – Dr Wahbah az-Zuhaily

Sambungan dari:  https://muzir.wordpress.com/2011/05/16/hakikat-ujian-kepada-orang-yang-beriman-dr-wahbah-az-zuhaily/

Selepas Sheikh Dr Wahbah az-Zuhaily menyampaikan tentang hakikat fitnah dan ujian serta peranan iman dan ilmu untuk berhadapan dengannya di dalam muqaddimah syarahan, beliau seterusnya memberikan tiga contoh peristiwa untuk menerangkan perihal tajuk yang diberi, iaitu:

  1. Tuduhan zina yang dilemparkan kepada saidatina `A’isyah radhiAllahu `anha oleh kepala munafiqin, `Abdullah bin Ubay bin Salul.
  2. Tuduhan zina oleh seorang suami kepada isterinya.
  3. Mubahalah antara orang Kristian Najran dengan Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wasallam.

Tuduhan Zina

Di dalam peristiwa pertama iaitu tuduhan zina terhadap saidatina `A’isyah radhiAllahu `anha oleh `Abdullah bin Ubay bin Salul, Sheikh menerangkan bahawa ALLAH telah menjelaskan terdapat sebelas ayat di dalam al-Quran, menetapkan bahawa mana-mana tuduhan zina terhadap orang lain yang terpelihara kehormatannya mestilah dikemukakan dengan empat saksi.

Jika pihak yang menuduh tidak dapat mengemukakan empat saksi, maka pihak yang menuduh ini dikira sebagai pendusta atau munafiq di sisi ALLAH Subhanahu wa Ta`ala.  Nas secara qat`i telah mensyaratkan perlunya empat saksi dalam hal penuduhan zina seperti ini.  Ia mesti dipatuhi. Continue reading


Hakikat Ujian Kepada Orang Yang Beriman – Dr Wahbah az-Zuhaily

Sheikh Dr Wahbah az-Zuhaily

Alhamdulillah, pada 14/5/2011 Sheikh Dr Wahbah az-Zuhaily telah sudi untuk menyampaikan syarahan di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Selangor.  Syarahan yang bertajuk “Sumpah & Qazaf” itu telah bermula tepat jam 2.30 petang dan berakhir pada jam 4.00 petang.  Tuan Guru Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri telah dijemput sama pada majlis tersebut sebagai penterjemah syarahan.

Sebelum Sheikh Dr Wahbah az-Zuhaily memulakan syarahannya, beliau memohon kepada ALLAH Ta`ala agar kita semua diberikan kefahaman dalam agama, ditambahkan ilmu agama, diberi keberkatan dan dijauhi dari segala kejahatan.

Beliau mengingatkan para hadirin bahawa kehidupan di dunia ini penuh dengan bermacam-macam ujian.  Ujian-ujian itu mungkin datang samada disebabkan oleh diri sendiri atau boleh juga disebabkan oleh perbuatan orang lain. Continue reading


Pesanan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat

Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat

Dah lama saya berhajat untuk berjumpa secara empat mata dengan Tuan Guru Nik Aziz.  Selama ini hanya berkesempatan melihat melalui kaca TV atau dari jauh sahaja.  Mengenangkan keadaan beliau yang semakin berusia, jadi hajat itu mesti segera ditunaikan.  Saya risau jika ‘tidak sempat’.

Dua kali perancangan saya hendak ke Kelantan bertemu beliau gagal disebabkan oleh beberapa faktor yang tidak dapat dielakkan.  Namun, alhamdulillah, beberapa minggu selepas itu, tiba-tiba saya mendapat SMS dari seorang sahabat dari Masjid Asy-Syarif, Meru, Klang bahawa Tuan Guru Nik Aziz akan memberi tadzkirah ringkas di masjid tersebut. 

Sungguh tidak disangka.  Rupa-rupanya kedatangan TGNA ke masjid tersebut memang tidak dijadualkan pada awalnya.  Pihak masjid hanya confirm program tersebut pada tengaharinya.  Dan saya mendapat SMS tentang hal itu hanya pada sebelah petangnya.  Jadi, memang tak ramai yang tahu. Continue reading


Benarkah Kenderaan Anda Memerlukan Ron97?

Kenaikan demi kenaikan telah berlaku ke atas harga bahanapi RON97.  Terkini iaitu 5/5/2011 harganya dinaikkan lagi RM0.20, menjadi RM2.90 seliter.  Ramailah yang mengeluh atas situasi ini.  Memang mahal!

Saya sejak dahulu lagi menggunakan RON95 untuk kereta dan motorsikal saya.  Setakat ini tiada masalah dengan enjin dan saya berpada dengannya.  Ini bermakna, saya akan terkecuali dari terpalit kesan secara langsung kenaikan harga bahanapi RON97 ini.  Namun, tentunya kesan secara tidak langsung tetap ada.

Dalam hati, saya tertanya-tanya ramaikah yang terkena kesan secara langsung hasil dari kenaikan ini?  Ramaikah yang menggunakan RON97?  Saya bertanya di ruangan Facebook saya akan beberapa soalan tentang hal ini.  Dan alhamdulillah, banyak maklumat-maklumat menarik telah saya perolehi dari sahabat-sahabat Facebook.  Berikut perbincangan ringkas tersebut: Continue reading


Masjid Tersalah Arah Qiblat!

Minggu lepas, saya bersolat Zohor di sebuah masjid di Kota Damansara.  Mu`azzin ketika itu sedang melaungkan azan, jadi saya pun tunggulah sehingga beliau selesai.  Dalam hati, saya tertanya-tanya kerana pelik melihat garis-garis putih yang ditampal melintangi ruang solat masjid tersebut.

Ruang solat utama masjid

Selepas solat sunnat ba`diah, saya menghampiri salah seorang ahli jemaah masjid.  Menurut beliau, rupa-rupnya arah qiblat masjid tersebut tidak menepati arah yang betul.  Jadi, garisan-garisan itu adalah tindakan pembetulan yang dilakukan oleh pihak jawatankuasa masjid untuk memberitahu ahli jemaah masjid tentang arah qiblat yang sebenar. Continue reading


Kematian Osama: Apa Respon TGNA Dan DS Najib?

Kematian Usaamah Ibn Ladin atau lebih dikenali di media antarabangsa sebagai Osama ben Laden telah digembar-gemburkan secara meluas.  Terpapar wajah kegembiraan di dada-dada akhbar terutama dari kalangan rakyat Amerika Syarikat.  Bagi mereka, mimpi ngeri yang dimomokkan kepada mereka selama ini bakal ternyah dari kehidupan seharian mereka.

Apapun, bagi saya berita ini tidaklah memeranjatkan saya.  Kerana Amerika Syarikat terkenal sejak dahulu lagi sebagai PENIPU BESAR DUNIA.  Jadi, berita ini tidak mudah untuk saya telan begitu sahaja.  Apatah lagi, kewujudan Osama ben Laden yang selalu dicanang sebagai ‘mastermind’ keganasan dunia masih lagi menjadi misteri sehingga hari ini.  Macam-macam teori telah saya dengar.  Kemusykilan ini semakin nyata dengan tersebarnya gambar yang didakwa sebagai wajah Osama ben Laden yang dikatakan mati akibat tembakan di kepala.  Apabila dilihat gambar yang dimaksudkan, seakan semakin terserlah sifat PENIPU BESAR DUNIA itu.

Gambar ini tersebar luas di internet

Apa respon pemimpin-pemimpin di negara kita?  Saya berminat untuk meletakkan dua respon pemimpin untuk dijadikan renungan buat kita semua.  Dari kedua-dua respon ini, kita dapat lihat dasar dan sudut pandang jauh seseorang pemimpin tersebut.  Nah, sila baca dan nilaikan: Continue reading


%d bloggers like this: