Kematian Osama: Apa Respon TGNA Dan DS Najib?

Kematian Usaamah Ibn Ladin atau lebih dikenali di media antarabangsa sebagai Osama ben Laden telah digembar-gemburkan secara meluas.  Terpapar wajah kegembiraan di dada-dada akhbar terutama dari kalangan rakyat Amerika Syarikat.  Bagi mereka, mimpi ngeri yang dimomokkan kepada mereka selama ini bakal ternyah dari kehidupan seharian mereka.

Apapun, bagi saya berita ini tidaklah memeranjatkan saya.  Kerana Amerika Syarikat terkenal sejak dahulu lagi sebagai PENIPU BESAR DUNIA.  Jadi, berita ini tidak mudah untuk saya telan begitu sahaja.  Apatah lagi, kewujudan Osama ben Laden yang selalu dicanang sebagai ‘mastermind’ keganasan dunia masih lagi menjadi misteri sehingga hari ini.  Macam-macam teori telah saya dengar.  Kemusykilan ini semakin nyata dengan tersebarnya gambar yang didakwa sebagai wajah Osama ben Laden yang dikatakan mati akibat tembakan di kepala.  Apabila dilihat gambar yang dimaksudkan, seakan semakin terserlah sifat PENIPU BESAR DUNIA itu.

Gambar ini tersebar luas di internet

Apa respon pemimpin-pemimpin di negara kita?  Saya berminat untuk meletakkan dua respon pemimpin untuk dijadikan renungan buat kita semua.  Dari kedua-dua respon ini, kita dapat lihat dasar dan sudut pandang jauh seseorang pemimpin tersebut.  Nah, sila baca dan nilaikan:

TG Nik Aziz

1.  Respon Tuan Guru Nik Abdul Aziz bin Nik Mat, Mursyidul Am Parti Islam SeMalaysia:  (Sumber)

  1. Jika benarlah Osama bin Laden benar-benar telah dibunuh oleh tentera Amerika Syarikat seperti yang diumumkan oleh Presiden Barrack Obama semalam, maka saya sebagai seorang Islam mendoakan rahmat dan keampunan Allah SWT untuk Osama bin Laden yang merupakan saudara saya di dalam Islam. Inilah yang dituntut oleh Islam sewaktu menerima berita kematian saudara seagamanya. Sebesar manapun kesalahan seorang muslim, jika ia mati dalam keadaan agamanya Islam, keampunan terhadapnya harus dipohon oleh saudara muslim yang lain.
  2. Adapun keterlibatan Osama bin Laden dengan keganasan, saya serahkan kepada Allah SWT kerana ia masih belum terbukti melainkan melalui propaganda yang dipelopori oleh Amerika Syarikat. Jika benar beliau terlibat dengan kegananasan, sudah tentu saya tidak menyokong keganasan tersebut. Bagaimanapun keterlibatan Osama dengan keganasan masih lagi merupakan berita samar yang tidak dapat disahkan, namun keterlibatan Amerika Syarikat sendiri dalam keganasan sudah terbukti.
  3. Ini jelas dengan serangan terhadap Afghanistan dan Iraq yang menghancurkan kedua-dua negara ini dengan tujuan mencari senjata pemusnah yang tidak dapat dijumpai sehingga ke hari ini. Apa pula tindakan Amerika Syarikat terhadap Israel yang terang-terang melakukan keganasan di bumi Palestin ? Bukan sahaja tidak bertindak, bahkan Amerikalah yang kuat menyokong Israel. Justeru, jika Osama dianggap sebagai pengganas, maka Israel lebih patut disebut sebagai ganas dan penyokongnya Amerika Syarikat juga tidak boleh lari dari digelar sebagai ganas.
  4. Inilah yang saya tegaskan kepada Duta Besar Amerika Syarikat yang datang ke pejabat saya pada 28 April 2011 yang lepas, bahawa sepasang selipar pun tidak boleh dirampas dari tuannya yang berhak, apatah lagi sebuah negeri yang berdaulat seperti Palestin, lebih-lebih lagi tidak berhak untuk dirampas oleh Israel.
  5. Adapun mereka yang berkata bahawa dunia lebih selamat dengan kematian Osama, saya anggap kenyataan tersebut sebagai tidak cermat dan hanya bertujuan menampakkan diri sebagai penyokong Amerika. Jika dunia lebih selamat dengan kematian Osama, adakah dunia juga lebih selamat dengan kewujudan Amerika?

Sekian, wassalam.

TUAN GURU DATO’ BENTARA SETIA NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT,

Menteri Besar Kelantan.

Bertarikh : 30 Jamadil Awal 1432H bersamaan 3 Mei 2011M

DS Najib Tun Razak

2.  Respon Dato’ Seri Mohd Najib bin Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia, Presiden BN dan UMNO: (Sumber)

Dunia Lebih Selamat Dengan Kematian Osama – Najib

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak berkata dunia akan lebih selamat dan aman berikutan kematian pemimpin pengganas Al-Qaeda, Osman bin Laden, dalam satu operasi oleh pihak keselamatan Amerika Syarikat bersama Pakistan di luar Islamabad pada Isnin.

Perdana Menteri berkata kematian Osama adalah juga satu pengajaran bahawa keganasan tidak membuahkan sesuatu kebaikan sebaliknya membawa kemudaratan kepada semua pihak.

“Saya berharap bahawa pada masa akan datang, dunia akan lebih sedar bahawa keganasan bukanlah satu pendekatan yang patut dilakukan untuk mencapai apa juga tujuan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Rumah Terbuka Hari Vaisakhi 1Malaysia di Dataran Merdeka, di sini.

Najib berkata kerajaan Malaysia telah mengambil sikap menentang sebarang bentuk keganasan dan kefahaman yang keterlaluan ataupun ekstrem.

“Ini adalah selaras dengan prinsip agama Islam di mana perbuatan membunuh orang awam adalah dilarang dan ditegah dengan kerasnya oleh agama Islam,” katanya.

Najib berkata Osama telah menggunakan Islam dalam perjuangannya dan telah memberi imej yang cukup negatif dan buruk terhadap Islam. “Sebab itulah, sebagai negara di mana majoritinya umat Islam, kita mesti juga menunjukkan pendirian kita yang mana dalam kita memartabatkan Islam, dalam kita memperjuangkan ketidakadilan dan sebagainya, kita mesti berpegang pada prinsip yang dibenarkan atau selaras dengan kehendak Islam.” katanya.

Perdana Menteri berkata serangan 9/11 di bangunan Pusat Dagangan Dunia New York pada 2001 yang dirancang oleh Osama tidak boleh diterima oleh sesiapa yang mempunyai nilai ketamadunan dan juga tidak boleh diterima di sisi agama Islam.

Katanya ketidakadilan tidak boleh diperjuangkan menerusi penggunaan kekerasan atau melalui perbuatan membunuh orang awam yang tidak berdosa.

Katanya rakyat negara ini perlu menolak sebarang bentuk keganasan kerana kebijaksanaan berdasarkan pendekatan Wassatiah atau kesederhanaan dapat mencapai sesuatu yang diperjuangkan.

Mengulas tindakan pihak Amerika Syarikat itu, Najib berkata walaupun mengambil masa 10 tahun, pihak yang menjadi mangsa akan tetap tuntut pembalasan terhadap keganasan yang dilakukan ke atas orang awam yang menjadi mangsa pembunuhan.

Menyentuh tindakan rangkaian Al-Qaeda ke atas ancaman keselamatan negara, Najib berkata pada masa ini, tiada ada tanda-tanda yang anggota kumpulan itu berada di dalam negara.

Bagaimanapun, katanya polis akan berada dalam keadaan berjaga-jaga bagi mengesan mana-mana kumpulan yang mahu mengancam keselamatan negara kerana simpati dengan kematian pengasas kumpulan A-Qaeda itu.

“Ini satu tamparan yang hebat kepada Al-Qaeda, ini bukan bererti mereka akan terkubur sama sekali, kita tidak boleh anggap bahawa segala-galanya sudah pun tamat.

“Tetapi jelas bahawa kumpulan itu hilang kekuatan dengan kehilangan Osama bin Laden yang merupakan sumber inspirasi kepada pergerakan itu,” katanya. -BERNAMA

Komen yang mana satu lebih dekat dengan hati anda?  Itu pilihan anda.

Apapun, kita serahkan hal yang kelabu ini kepada ALLAH `Azza wa Jalla.  Samada Osama ben Ladin mati syahid atau tidak?  Benarkah dia dibunuh atau tidak?  Wujudkah individu ini atau tidak?  Benarkah perjuangannya atau tidak?  Saya tidak tahu.  Hanya ALLAH Yang Maha Mengetahuinya.

www.muzir.wordpress.com


12 responses to “Kematian Osama: Apa Respon TGNA Dan DS Najib?

  • Anonymous

    i prefer from tuan guru….Najib macam takut akan Amerika jer…

    Like

  • penduduk sekolah

    1. kematian terlalu mengejut…x bite perangx2 pun..tibax2 die mati lak

    2 Takkan la najib nak rosakan hubungan ngan amerika plak..nahas kite

    saya rasa die masih hidup… persamaan
    1. kematian hitler (tengkorak pempuan)

    saya pilih nik aziz..

    Like

  • Zulkifli Salleh

    Atas dasar apa Najib mengatakan dunia lebih selamat tanpa Osama? Secara simboliknya Najib melabelkan Obama adalah ´Hero´ di matanya kerana telah dapat membunuh Osama. Malaysia sedikit demi sedikit menjadi sebuah negara yg Pro-Amerika, hubungan 2 hala bermotifkan peningkatan ekonomi juga semakin erat dijalinkan oleh Malaysia dan Amerika. Perdana Menteri Sepanyol, Luis Rodriguez Zapatero pada 2004 apabila dia mengambilalih pemerintahan di Sepanyol telah menarik balik semua askar2 Sepanyol yg menjadi sekutu Amerika pada waktu itu yg berada di kawasan bergolak di timur tengah dan akhirnya berkesudahan hubungan 2 hala ekonomi Sepanyol dan Amerika menjadi renggang. Tetapi sekurang2nya, dia mempunyai prinsip tidak menyokong peperangan dan tidak takut untuk membantah tindakan Amerika. Perdana Menteri kita, menganggap saudara seagamanya sebagai musuh dan berkawan dan menyokong org lain….

    Like

  • Iskandar

    Hidup atau tidak, kena tunggu kenyataan rasmi kumpulan Al Qaeda. Al- Jazeera selalu keluarkan video diorang ni, jadi tunggu aje la respond orang kanan yg masih hidup.

    Apa pun, mana2 kumpulan, samada pakai serban atau pun pakai salib, kalau letupkan keretapi, hotel, rumah ibadat dan kapal terbang, dah sah menyusahkan orang lain.

    Samada Al-Qaeda atau Mossad atau CIA yg terlibat dgn kerja bom tempat awam sana sini, moga Allah turunkan laknat pada mereka.

    Mana satu kenyataan yg dekat dgn saya? Dua2 tak dekat. Sebab dua2 orang politik yg kadangkala keluar kenyataan manis, kadangkala keluar kenyataan mengarut.

    Like

    • Shahmuzir

      Menarik komen bro Iskandar ni. Perenggan terakhir tu paling best, menyengat, hehe…

      Like

      • NIK

        Nabi Muhammad pun orang politik. Ketua Negara lagi tuu. Kita kena sokong ulama. Mcm mana nak tahu antara DSN dan TGNA tu pejuang Islam… tgok lah solatnya, bacaan Al-qurannye. Ibadatnya,akhlaknya. Tiap2 hari TGNA menjadi iman solat subuh di masjid. Memberi kuliah dan ceramah agama. Membaca Al-quran. Allah tdk akan bagi kemanisan beribadat kepada org2 yg tdk ikhlas.

        Sudah terang lagi bersuluh, perjuangan Islam merangkumi semuanya termasuk politik. Rasulullah adalah contoh terbaik. Kalau isteri sendiri pun tak berani nak tegur agar tutup aurat, mcm mana nak jadi pemimpin Islam.

        Like

  • Rahim

    Saudara Iskandar di akhirat nanti hanya ada dua tempat iaitu syurga dan neraka, kita kena pilih salah satu darinya, tiada tempat tengah-tengah antaranya.

    Like

  • nami

    al-qaeda xwujud..al-jazera pon xwujud..osama pon xwujud…yg ada taliban ja…penipu besarrr..akal nk serang ja..

    Like

  • hana

    erm yang penting kite kne pndai menilai mne yg baik dan mne yg buruk..jgn main tuduh kalau kite sendiri xtwu ape..ade hikmah disebalik sesuatu perkare yang terjadi..

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: