Masjid Tersalah Arah Qiblat!

Minggu lepas, saya bersolat Zohor di sebuah masjid di Kota Damansara.  Mu`azzin ketika itu sedang melaungkan azan, jadi saya pun tunggulah sehingga beliau selesai.  Dalam hati, saya tertanya-tanya kerana pelik melihat garis-garis putih yang ditampal melintangi ruang solat masjid tersebut.

Ruang solat utama masjid

Selepas solat sunnat ba`diah, saya menghampiri salah seorang ahli jemaah masjid.  Menurut beliau, rupa-rupnya arah qiblat masjid tersebut tidak menepati arah yang betul.  Jadi, garisan-garisan itu adalah tindakan pembetulan yang dilakukan oleh pihak jawatankuasa masjid untuk memberitahu ahli jemaah masjid tentang arah qiblat yang sebenar.

Masjid tersebut adalah sebuah surau pada asalnya, tetapi telah dinaiktarafkan sebagai masjid dan diadakan solat Jumaat di dalamnya.  Masjid ini telah memberi sumbangan yang besar kepada penduduk sekitar Kota Damansara sejak awal kewujudannya.  Apabila ke Kota Damansara, masjid inilah selalu saya singgah.  Penyampaian khutbahnya sangat menyentuh rohani dan program-program keagamaan seperti ceramah, kuliah agama dan lain-lain aktiviti kemasyarakatan sangat aktif diadakan.  Sejak tahun 2002 lagi saya sudah biasa bersolat di masjid tersebut, paling kurang sebulan sekali.

Selepas masjid agak reda dengan ahli jemaah yang selesai solat sunnat ba`diah Zohor, saya ke hadapan masjid dan melihat ada sijil perakuan penyemakan arah qiblat sebagai memperakui bahawa semakan arah qiblat telah dilakukan oleh JAIS baru-baru ini.

Sijil Pengesahan Arah Qiblat Oleh JAIS

Alhamdulillah, walaupun penyemakan ini dilakukan terlalu lambat, saya tetap mengucapkan tahniah buat mereka yang melakukan tugas dan amanah ini.

Mudah-mudahan dengan catitan ini, lain-lain surau dan masjid bolehlah memulakan inisiatif untuk memeriksa dan menyemak semula arah qiblat surau dan masjid masing-masing.  Bolehlah dihubungi pihak yang berotoriti dalam hal ini mengikut negeri masing-masing.

Di dalam catitan yang lepas, saya ada juga menulis secara ringkas tentang bagaimana untuk menyemak arah qiblat.  Berikut tajuknya:

WAllahu Ta`ala A`lam.
Advertisements

3 responses to “Masjid Tersalah Arah Qiblat!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: