Benarkah Kenderaan Anda Memerlukan Ron97?

Kenaikan demi kenaikan telah berlaku ke atas harga bahanapi RON97.  Terkini iaitu 5/5/2011 harganya dinaikkan lagi RM0.20, menjadi RM2.90 seliter.  Ramailah yang mengeluh atas situasi ini.  Memang mahal!

Saya sejak dahulu lagi menggunakan RON95 untuk kereta dan motorsikal saya.  Setakat ini tiada masalah dengan enjin dan saya berpada dengannya.  Ini bermakna, saya akan terkecuali dari terpalit kesan secara langsung kenaikan harga bahanapi RON97 ini.  Namun, tentunya kesan secara tidak langsung tetap ada.

Dalam hati, saya tertanya-tanya ramaikah yang terkena kesan secara langsung hasil dari kenaikan ini?  Ramaikah yang menggunakan RON97?  Saya bertanya di ruangan Facebook saya akan beberapa soalan tentang hal ini.  Dan alhamdulillah, banyak maklumat-maklumat menarik telah saya perolehi dari sahabat-sahabat Facebook.  Berikut perbincangan ringkas tersebut:

Sumbangan maklumat dan pengalaman dari sahabat2 FB

Berdasarkan cadangan rakan-rakan, maka saya rujuk ke buku manual untuk mendapatkan kepastian.  Berikut adalah dari buku manual kenderaan saya:

Jenis bahanapi yang dicadangkan untuk kenderaan saya

 Jelas dinyatakan bahawa bahanapi yang dicadangkan ialah yang jenis TANPA PLUMBUM.  Dicadangkan untuk menggunakan RON95.  Paling rendah yang boleh digunakan ialah RON91 (sudah tiada dalam pasaran Malaysia), tetapi pengguna akan mengalami prestasi kenderaan yang rendah sekiranya menggunakannya.  Yang lebih baik, tentulah menggunakan bahanapi yang premium.

Bagi saya, cukuplah sekadar menggunakan RON95.  Saya pun hanya menggunakan kenderaan itu untuk mengambil anak, bekerja dan bersiar-siar sahaja.  Jika saya seorang yang mementingkan prestasi tinggi dan pemecutan yang efektif, barulah saya akan pertimbangkan yang lebih tinggi kualitinya.  Buat masa ini, ‘poket tidak berisi’.

Lain kenderaan, maka lainlah jenis bahanapi minima yang dicadangkan.  Tiada peraturan umum yang boleh digunakan untuk menentukan samada sesuatu kenderaan itu sesuai menggunakan RON95 atau RON97.  Hendak atau tidak hendak, mesti rujuk kepada manual kenderaan masing-masing.

Hasil carian maklumat untuk memahami hal ini, saya telah terjumpa satu jadual di internet, yang barangkali boleh dijadikan rujukan awal kepada umum untuk mengetahui jenis bahanapi yang sesuai dengan kenderaan masing-masing.  Berikut jadualnya yang menyatakan jenis bahanapi mengikut jenis dan model kenderaan.

(sila klik untuk besarkan)

Apapun, sekali lagi saya sarankan semua agar merujuk kepada buku manual masing-masing untuk mengetahui cadangan bahanapi yang minima.  Maklumat di dalam buku manual kenderaan tuan/puan bakal memberikan maklumat yang lebih tepat berdasarkan jenis dan model kenderaan.

Samada mahu menggunakan RON95 atau RON97, ia terpulang kepada anda.  Anda mesti membuat semakan dan kajian.  Rujuklah buku manual kenderaan tuan/puan.  Tentulah menggunakan bahanapi bernilai tinggi lebih bagus.  Tetapi, memandangkan harga RON97 semakin naik dan baik, maka perlu juga ditanya:

“Benarkah kenderaan anda memerlukan RON97?”

Tepuk perlahan-lahan dada, dan tanya poket anda.

Sebarang perkongsian maklumat dan pengalaman sangat dialu-alukan.  Sila beri komen di bahagian komen.  WAllahu Ta`ala A`lam.

www.muzir.wordpress.com

Advertisements

7 responses to “Benarkah Kenderaan Anda Memerlukan Ron97?

  • Anonymous

    Terima kasih atas info yang berfaedah ini.

    Like

  • adi

    Bidas sikit….di arab saudi jarang org pakai kereta sampai 10 tahun macam kat malaysia ni. Ini pun kerana cukai melampau utk kenderaan2 di Malaysia memaksa rakyat berhutang utk jangka masa yg panjang utk membeli sebiji kereta. Saya percaya kesan penggunaan ron95 akan dapat dirasai dlm jangka panjang oleh itu yg kerugian adalah rakyat yang memang tak berkemampuan utk tukar kereta setiap 5 tahun dan dalam masa yg sama terpaksa menggunakan ron97 ini.
    Kalau tak ada kesan/beza antara ron97 dan ron95, buat apa harganya berbeza begitu sekali?

    Like

  • sepul

    Buku manual mmg tertulis jenis minyak yg sesuai.. tapi sedar tak kita dengan perkataan “at least”? ini menandakan minimum requirement…. kalau kita ikut spec sesuatu barang menggunakan minimum spec.. alamatnya mmg pakai sekejap je la… kita kalau buat kerja cukup2 mkn je… ade harapan ke jadi pekerja cemerlang.. silap-silap contact tak sambung.. org gomen tak tau la plak… sekadar bercerita mitos..tq

    Like

    • Shahmuzir

      Terima kasih atas komen saudara.

      Tulisan ini ditulis lantaran banyak timbul komen dan rungutan kenalan2 saya akibat kenaikan RON97. Jadi, saya cuba menyelidik benarkah kita semua terikat dengan RON97 dan tidak boleh lari darinya. Ternyata tidak begitu, itu hanyalah anggapan sahaja. Ternyata di dalam manual kenderaan dan jadual yg saya berikan di dalam artikel di atas menunjukkan bahawa banyak kenderaan boleh menggunakan RON95, hatta RON91 sekalipun.

      Tentulah menggunakan RON97 terbaik. Tapi, ada sesetengah manusia di kalangan kita tidak dapat menikmati yang terbaik, cukup dengan hanya mengambil yang sederhana baik atau baik sahaja, asal sahaja tidak jatuh yang kurang baik. Dengan hasil selidikan ini, saya yang memang menggunakan RON95 semakin yakin untuk terus menggunakan RON95.

      Terima kasih kerana sudi memberi komen.

      Like

  • Arbojeng

    Salam, setuju dgn pendapat anda Muzir.. Sbg individu, kita patut cari jln utk berjimat cermat. Kalau rasa RON97 membebankan, kita beralih kpd RON 95. Kalau rasa bayaran bulanan kereta terlalu tinggi, mungkin x perlu beli kereta import, atau beli saja kereta tempatan terpakai. Dalam masa yg sama, kita patut terus berusaha tambah punca rezeki. Merungut takkan membantu kita mengharungi hidup yg kian sukar ini.

    Like

    • Shahmuzir

      wa`alaikumussalam. Itulah keadaan kita sebagai rakyat marhain. Nak buat macam mana. Hidup mesti diteruskan. Terpaksalah adjust sana-sini. Merungut pun, buat sakit kepala je.

      Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: