Monthly Archives: June 2011

Cara Pengebumian Muslim Boleh Jadi Pintu Hidayah Masuk ISLAM

Pemandangan yang menginsafkan

“Enta tahu tak, orang cina yang mati kalau nak kebumikan mayat diorang kena standby lebih kurang RM20 ribu tau!”  seorang sahabat saya membuka perbualan ketika kami sedang berjalan ke arah liang lahad untuk mengebumikan seorang jenazah yang baru sahaja meninggal dunia di taman perumahan kami.

“Oh ye ke?  Baru sekejap tadi saya berbual dengan seorang sahabat kita yang masuk ISLAM.  Dulu dia Buddha.  Katanya paling murah RM6 ribu nak kena sediakan”  kata saya.

“Tu yang murah punya rasanya.  Yang tu diorang bakar je kot.” balas sahabat saya sambil kami berjalan seiringan.

“Alhamdulillah, kos pengebumian kita takdelah mahal macam tu kan.  Setahu saya lebih kurang RM850 sahaja kan.  Itu dah masuk semua sekali, dengan van jenazah sekali.  Murah kan…”  saya menambah. Continue reading


Ceramah Di Masjid: Ajak Kepada ALLAH, Bukan Kepada Kumpulan

Masjid sebagai pusat aktiviti ummat ISLAM

Masjid adalah rumah ALLAH.  Di masjidlah tempat bertemunya para muslimin sekurang-kurangnya untuk bersolat fardhu secara berjemaah.  Selain bersolat fardhu secara berjemaah, masjid juga boleh menjadi pusat penyebaran ilmu, pusat pertemuan ahli masyarakat, pusat perbincangan dan apa-apa sahaja aktiviti masyarakat yang boleh membawa faedah, asal sahaja tidak bercanggah dengan hukum ISLAM.  Pendek kata, masjid adalah ‘all in one centre’.

Amat menyedihkan sekiranya masjid dijadikan medan berpolitik kepartian yang sempit.  Memang tidak salah untuk bercerita hal politik dan isu semasa di rumah ALLAH kerana ISLAM bukan sahaja meliputi soal kerohanian dan ritual ibadah seperti agama-agama lain.  ISLAM adalah sistem hidup yang meliputi sosial, ekonomi, politik, pendidikan, rumahtangga, kewangan dan semua aspek kehidupan.

Dan menyedihkan juga jika masjid hanya menyampaikan teks kitab-kitab pengajian tanpa mengaitkan hal-hal yang berlaku di sekeliling kita.  Hal ini akan menyebabkan ummat ISLAM terus memisahkan antara agama dan kehidupan.  Maka akan lahirlah ummat ISLAM yang menganggap bahawa ISLAM hanyalah berkisar soal solat, puasa, zakat, masjid dan mati.  Tidak lebih dari itu.  Malang sekali. Continue reading


Sistem Kewangan Islami VS Ribawi: Apa Bezanya?

Ramai bertanya apa perbezaan di antara sistem kewangan Islami yang dipromosi oleh ramai cendekiawan dan pendakwah, dengan sistem kewangan ribawi atau juga dikenali sebagai sistem kewangan konvensional?

Ramai juga berkata bahawa sistem kewangan Islami sama sahaja dengan sistem kewangan Ribawi/Konvensional.  Tiada bezanya, kata mereka.  Malah pengiraan, peratusan, formula dan produk hampir sama ciri-cirinya.  Yang berbeza mungkin nama-nama atau istilah-istilah berbahasa Arab yang digunakan oleh sistem kewangan Islami.  Nama-nama dan istilah-istilah berbunyi keAraban tidak boleh dijadikan hujah bahawa sistem kewangan Islami adalah halal, kata mereka.

Nama KeIslaman dan KeAraban

Saya tidak nafikan bahawa memang betul nama-nama atau istilah-istilah tidak boleh dijadikan hujah ia dikatakan berunsurkan Islam.  Dan alhamdulillah, perbezaan antara sistem kewangan Islami dengan Ribawi/Konvensional bukan setakat pada nama.  Kerana tidak semestinya seseorang yang bernama muslim, maka muslim juga sifat dirinya.  Ada juga yang bernama muslim tetapi kuat rasuahnya, kuat menipunya, kuat kezalimannya dan sebagainya.  Yang paling penting ialah intipatinya.  Samada namanya John kah, Steven kah, Wong kah, Ali kah, Umar kah atau Muthu kah; asalkan dia Muslim dan amalkan keseluruhan agama Islam, maka dia seorang yang mulia dan terbukti keIslamannya.  Continue reading


Keutamaan Menyebarluaskan Salam

Wahai saudaraku, sebarluaskanlah salam.

Sunnah menyebarluaskan salam sangat kurang diamalkan oleh muslim pada zaman muta’akhir ini.  Sedangkan banyak saranan dari agama melalui kalam Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam tentang keutamaan menyebarluaskan salam.  Rugi yang besar bagi kita sekiranya tidak mengamalkan sunnah yang besar ini.

Berikut saya senaraikan beberapa keutamaan menyebarluaskan salam dengan menyatakan beberapa hadith yang saya petik dari kitab Riyadhussolihin, susunan Imam An-Nawawi:

1.  Memberi salam samada kenal atau belum kenal adalah tanda Islam seseorang itu baik.

Dari `Abdullah bin `Amr bin Al-`Ash radhiAllahu `anhuma, bahawasanya ada seseorang bertanya kepada Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam:  “Bagaimanakah ISLAM yang baik itu?”  

Baginda menjawab:  “Iaitu kamu memberi makanan dan mengucapkan salam baik kepada orang yang telah kamu kenal mahupun orang yang belum kamu kenal.”

(HR al-Bukhari dan Muslim) Continue reading


Top 20 (Sehingga 14/6/2011)

Alhamdulillah, segala pujian untuk ALLAH.

Hari ini, genap 3 tahun usia post pertama saya di blog ini.  Dengan keizinan, hidayah dan taufiqNYAlah, maka saya masih dapat beristiqamah menulis dan mencatat sedikit perkongsian dalam bentuk ilmu, berita dan pengalaman di laman yang serba dha`if ini.

Saya ingin berkongsi dengan tuan/puan yang singgah ke laman blog ini akan beberapa post yang telah mendapat kunjungan tertinggi sepanjang 3 tahun yang lepas.  Berikut adalah top 20 tersebut:

Title Views
Home page More stats 21,719
Isi Khutbah Sheikh as-Sudais & Fenomena Menyedihkan More stats 6,699
Istiwa A’zam – Kedudukan Matahari Tepat di atas Ka’bah More stats 5,208
Bahaya Fungsi Tagging di Facebook More stats 4,705
Proton Exora: MPV Pertama Proton More stats 3,391
Sheikh as-Sudais di Malaysia More stats 3,107
Muslimah dan Tudung Labuh More stats 2,526
‘Privacy Settings’ di Facebook (Supaya Muslimah Terjaga Kehormatannya) More stats 2,223
Berhati-hati Guna Berita Ajaib/Aneh Untuk Tujuan Dakwah/Agama More stats 2,171
Ringkasan Kisah Muhammad SAW Sejak Kelahiran Hingga Dilantik Nabi More stats 1,858
VIDEO – Kuliah UZAR Tentang DOSA RIBA dan Isu Kewangan More stats 1,699
Saya? More stats 1,605
Doa Dari Al-Quran Untuk Kebaikan Zuriat More stats 1,599
Sumpah & Qadzaf – Dr Wahbah az-Zuhaily More stats 1,576
ISLAM HADHARI SESAT!!! – SHEIKH DR WAHBAH ZUHAILI More stats 1,569
Benarkah Kenderaan Anda Memerlukan Ron97? More stats 1,537
Pautan Menarik More stats 1,376
OK ke ibu yang mengandung menyusukan anak? More stats 1,363
“Ustadz, apa hukum ‘BERCOUPLE’?” More stats 1,344
Jangan Tak… & Jangan… di Facebook More stats 1,313

Berikut ini pula adalah top 10 laman web yang menjadi referrer, iaitu laman web yang sudi membawa pengunjung-pengunjung mereka ke laman blog saya yang dha`if sifatnya ini.  Terima kasih saya ucapkan.  Jazakumullahu khairan, semoga ALLAH Ta`ala membalasi kalian dengan kebaikan. Continue reading


“…Syurga lagi BEST!”

Sungai adalah antara ciptaan ALLAH yang memberikan nikmat keseronokan kepada manusia.

Sambil memandu, saya bertanya kepada anak-anak ke mana hendak pergi untuk berkelah sempena cuti sekolah.  Saya memberikan beberapa pilihan untuk diundi mereka.  Saya sebut satu per satu dan minta mereka angkat tangan tanda setuju.

Suasana menjadi riuh.  Nampaknya semua tempat mereka angkat tangan dan setuju untuk pergi.  Saya kemudiannya menyenaraikan beberapa kelebihan dan kekurangan tempat-tempat itu supaya anak-anak saya boleh fokuskan tempat terbaik untuk dibuat pilihan.

“…Syurga lagi BEST!”  tiba-tiba salah seorang anak saya mencelah di tengah-tengah perbincangan dan ‘perdebatan’ itu.

Saya terdiam.

Saya biarkan anak-anak saya terus dengan celoteh masing-masing.  Sambil saya merenung makna perkataan yang diucapkan tadi.  Ia besar.  Memberi kesan.

Selang seminit, saya bertanya kepada isteri saya yang sedang meribakan anak kami yang berumur 2 tahun di tempat duduk belakang.

“Sayang ada rasa apa-apa tak apabila dengar ‘…Syurga lagi BEST!’ tadi”  Tanya saya. Continue reading


%d bloggers like this: