Monthly Archives: July 2011

Video & Poster: Amalan Sunnah Bulan Ramadhan

Video dan poster berikut dihasilkan berdasarkan tulisan berikut:

https://muzir.wordpress.com/2010/08/19/amalan-sunnat-ramadhan/

Tuan/puan boleh juga memuat-turun poster-poster berikut dalam format jpeg.  Sila sebarkannya.

Slide1 Slide2 Slide3 Slide4 Slide7 
Slide10 Slide11 Slide12 Slide13 Slide14 Slide15

www.muzir.wordpress.com

Advertisements

Busana Muslimah: Betul VS Salah

Buat para Muslimah, perbaikilah cara berpakaian kalian supaya kalian dikasihi dan disayangi ALLAH.  Jika benar kalian mahukan redha ALLAH, mahukan kasih sayangNYA, mahu supaya ALLAH tempatkan kalian ke dalam Syurga, mahu supaya ALLAH jauhkan dari Neraka; maka ikutilah cara yang ALLAH sukai.

Poster yang sangat bagus untuk disebarkan.

Cara Yang Betul

Busana Muslimah yang betul dan tepat dengan kehendak ALLAH ialah: Continue reading


Kisah Penggunting Rambut Dan Seorang Lelaki

Gambar Hiasan

Pada suatu petang, seorang lelaki datang ke kedai gunting rambut untuk memendekkan rambutnya yang agak panjang dan tidak terurus.  Seperti biasa, si penggunting rambut menyambut pelanggannya dengan mesra dan mempersilakannya duduk.

Sedang si penggunting rambut melakukan kerjanya, mulutnya tidak berhenti bercerita.  Macam-macam dibualkan menyentuh isu semasa dan kehidupan harian.  Tiba-tiba si penggunting rambut itu bertanya suatu soalan yang agak berat.

“Tuhan ni wujud ke?” tanya si penggunting rambut.

Lelaki tersebut terkejut dengan soalan tersebut.  Belum pun sempat nak menjawab, si penggunting rambut menyambung percakapannya.

“Kalau Tuhan wujud kenapa dunia ni huru-hara, manusia saling berperang dan benci sesama manusia?  Tuan tengoklah berita, di sana berperang di sini berperang.  Asyik bergaduh sahaja di mana-mana…”  adu si penggunting rambut.

“Lihat di negara kita, sana sini buang bayi.  Kes bunuh pun selalu keluar di akhbar.  Masalah sosial lagi.  Rasuah lagi.  Teruklah!”  sambungnya lagi menyatakan kekesalan. Continue reading


Respon Rakyat Terhadap BERSIH 2.0

Tuntutan BERSIH 2.0 cukup mudah untuk difahami.  Sebahagian besar daripada 8 tuntutan yang diutarakan oleh pihak BERSIH 2.0 itu adalah permintaan asas seorang rakyat biasa seperti saya.  Saya sokong tuntutan-tuntutan ini.  8 tuntutan tersebut ialah:

  1. Bersihkan senarai undi
  2. Reformasikan undian Pos
  3. Gunakan dakwat kekal
  4. Masa kempen minima 21 hari
  5. Akses media yang adil
  6. Kukuhkan institusi awam
  7. Hentikan rasuah
  8. Hentikan politik kotor

Namun, amat menyedihkan apabila tuntutan ini direspon secara negatif oleh pihak Kerajaan.  Alangkah bagusnya jika Kerajaan memilih pendekatan yang lebih berhikmah dan bijaksana dalam menangani tuntutan-tuntutan ini.

Diharap agar selepas ini pihak Kerajaan dapat mengambil pengajaran dari peristiwa yang besar ini.  Rakyat pasti akan menyokong jika pihak Kerajaan memilih untuk bertindak dengan adil dan mengambil pendekatan yang lebih cerdik.

Saya tidak mahu mengulas rentetan berlakunya isu ini, saya anggap ramai yang sudah mengikutinya dan masing-masing sudah pun mempunyai tanggapan tersendiri.  Jika ada perbezaan pandangan, tidak mengapalah, kita berlapang dada dalam hal ini.

Respon Rakyat

Walaupun rakyat telah diugut, dimomok dengan tindakan keras, dilakukan sekatan jalan raya di luar bandaraya bagi menghalang orang ramai masuk ke Kuala Lumpur, ditutup jalan-jalan raya sekitar KL, ditangkap orang-orang yang berjalan kaki di stesen-stesen LRT dan pengangkutan awam, namun bilangan rakyat yang berjaya menyertai perhimpunan aman BERSIH 2.0 amat mengejutkan.  (Lihat gambar di bawah) Continue reading


Rakaman Ceramah Israk Mi`raj

Maaf, rakaman audio tak berapa baik.  Rakaman telah dibuat pada 29 Rajab 1432H bersamaan 1 April 2011 di dataran perhimpunan SAM Sultan Hisamuddin, Sg Bertih, Klang.

Sambungan seterusnya di youtube, atau teruskan mendengar di video2 di bawah: Continue reading


%d bloggers like this: