Monthly Archives: August 2011

[An-Nasihah] Hari Raya `Eidul-Fitri

Muka surat 1

Muka surat 2

Jika ada manfaatnya risalah ini, silalah sebarkan dan tampal di papan-papan kenyataan masjid/surau/pejabat atau rumah tuan/puan.  Semoga ALLAH membalasi kebaikan tuan/puan semua dengan ganjaran yang banyak, amin.

Untuk memuat turun (download) dalam versi PDF, sila klik pautan (link) berikut, insyaALLAH:

Tuan/puan boleh memuat turun lain-lain terbitan An-Nasihah di pautan ini:

Semoga ada manfaatnya, insyaALLAH.

www.muzir.wordpress.com


Bagaimana Menyambut `Eidul-Fitri?

Ucapan

Ummat ISLAM menyambut `Eidul-Fitri setelah sebulan menghadapi ujian dan ibadah berpuasa di bulan Ramadhan.  Ia disambut pada 1 Syawwal dengan perasaan syukur kepada ALLAH `Azza wa Jalla yang banyak memberikan keampunan dan ganjaran yang besar sepanjang sebulan Ramadhan tersebut kepada hamba-hambaNYA.

Bagaimanakah cara terbaik kita menyambut `Eidul-fitri?

1.  Bertakbir

ALLAH Ta`ala berfirman:

وَلِتُكْمِلُوا الْعِدَّةَ وَلِتُكَبِّرُوا اللَّهَ عَلَىٰ مَا هَدَاكُمْ وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ

Maksudnya:  “Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu bertakbir membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur.”

(Surah al-Baqarah, 2:185)

Disunatkan bertakbir pada malam hari raya sehinggalah Imam datang untuk memulakan solat sunnat `Eidulfitri pada hari raya.  Dituntut untuk meninggikan suara ketika bertakbir.  Wanita tidak dibenarkan meninggikan suara ketika bertakbir. Continue reading


Maafkan Saya, Selamat `Eidulfitri :)


Catitan & Gambar Kunjungan ke Perpustakaan Baru Shah Alam (PPAS)

IMG_4467Beberapa bulan yang lalu, saya dan anak-anak berasa kecewa kerana apabila sampai di Perpustakaan Shah Alam, rupa-rupanya tutup.  Memang sudah menjadi kebiasaan kami pergi ke perpustakaan ini, terutama pada hujung minggu jika tiada aktiviti lain.  Tertera di pintu perpustakaan tersebut ‘sedang dalam proses perpindahan ke lokasi yang baru.’  Menurut kakitangan yang saya tanya, bulan Jun 2011 dijangka boleh dilawati di lokasi baru yang terletak di seksyen 13, Shah Alam.

Sejak itu saya selalu ditanya oleh anak-anak bila perpustakaan baru boleh dilawati?  Saya juga ada survey di manakah kawasan terletaknya perpustakaan baru tersebut.  Namun, tak terjumpa pulak.  Itu cerita 2 atau 3 bulan yang lalu.

Perpustakaan Yang Baru

Alhamdulillah, baru-baru ini saya dan ahli keluarga berpeluang untuk menjejakkan kaki ke perpustakaan baru tersebut.  Untuk memudahkan kalian mencari di manakah lokasi terletaknya perpustakaan baru itu, sila rujuk peta di bahagian galeri di bawah.  Apabila sampai di kawasan sana, arah tunjuk juga disediakan di kawasan berdekatan perpustakaan tersebut bagi memudahkan pengunjung mencarinya. Continue reading


Ibadah 10 Terakhir Ramadhan Bagi Wanita Haid

“Aduhai, tak boleh pulak nak beribadah di 10 terakhir Ramadhan ni…”  isteri saya mengadu kepada saya dengan nada sedikit kecewa.

Kesian pula saya melihatnya.  Saya faham sangat apa yang terpaksa dihadapi beliau.  Tentunya semangat beliau berkobar-kobar ingin memenuhi 10 terakhir Ramadhan ini dengan ibadah-ibadah sunnat.  Namun, apakan daya.  Ia taqdir ALLAH yang seseorang itu mesti redha.  Saya lalu menasihati beliau dengan beberapa nasihat yang mudah-mudahan dengan nasihat itu bisa menaikkan semula semangat beliau untuk beribadah di 10 terakhir Ramadhan walaupun dalam keadaan ‘uzur’.

Berikut adalah beberapa nasihat yang wajar diamati oleh para muslimah sekiranya didatangi haid sedangkan di dalam hati bersemangat hendak beribadah.  Disenarai juga beberapa ibadah yang boleh dilakukan sebagai alternatif kepada solat, puasa dan iktikaf di masjid yang dilarang mereka melakukannya ketika haid. Continue reading


Krisis Somalia – Dermalah & Doakanlah Untuk Mereka

Mengenang saudara-saudara kita di benua Afrika sana yang tidak cukup makanan, kurus kering sampai berbentuk rangka, tidak berumah sempurna dan menangis menderita…saya terus hilang selera.  Hilang selera kerana nafsu makan saya pengsan dek melihat kesusahan mereka.  Jantung berdebar tidak keruan dan air mata mula bergenang, lantas bercucuran.  Hati mana yang tidak tersentuh apabila melihat penderitaan sebegitu…

Tidak cukup setakat itu wahai kawan-kawan sekalian.  Jika kita sedih, mereka yang terpaksa menanggung penderitaan itu, jauh lebih lagi sedih.  Dengan penyakit yang menyerang, dengan tangisan dan raungan anak-anak, dengan kematian insan tersayang dan pelbagai lagi musibah.  Kita mesti buat sesuatu yang bermakna buat mereka.  Apa yang patut kita buat? Continue reading


[An-Nasihah] 10 Terakhir Ramadhan

Muka surat 1

Muka Surat 2

Jika ada manfaatnya risalah ini, silalah sebarkan dan tampal di papan-papan kenyataan masjid/surau/pejabat atau rumah tuan/puan.  Semoga ALLAH membalasi kebaikan tuan/puan semua dengan ganjaran yang banyak, amin.

Untuk memuat turun (download) dalam versi PDF, sila klik pautan (link) berikut, insyaALLAH:

Tuan/puan boleh memuat turun lain-lain terbitan An-Nasihah di pautan ini:

Semoga ada manfaatnya, insyaALLAH.

www.muzir.wordpress.com


[Video] Rela Menyerah Diri Dengan Basmalah & Takbir

Kambing ini tenang apabila mendengar nama Tuhannya disebut.

Ummat ISLAM dan ahli Kitab menyembelih haiwan mereka dengan menyebut nama ALLAH.  Ia adalah suruhan ALLAH yang wajib dilaksanakan sebelum kita dibenarkan untuk menikmati daging-daging haiwan tersebut.  ALLAH `Azza wa Jalla berfirman:

فَكُلُوا مِمَّا ذُكِرَ اسْمُ اللَّهِ عَلَيْهِ إِنْ كُنْتُمْ بِآيَاتِهِ مُؤْمِنِينَ

Maksudnya:  “Maka makanlah binatang-binatang (yang halal) yang disebut nama Allah ketika menyembelihnya, jika kamu beriman kepada ayat-ayat-Nya.”  (Surah al-An`am, 6:18)

وَلا تَأْكُلُوا مِمَّا لَمْ يُذْكَرِ اسْمُ اللَّهِ عَلَيْهِ وَإِنَّهُ لَفِسْقٌ

Maksudnya:  “Dan janganlah kamu memakan binatang-binatang yang tidak disebut nama Allah ketika menyembelihnya. Sesungguhnya perbuatan yang semacam itu adalah suatu kefasikan.”  (Surah al-An`am, 6:121)

Itu jika dilihat dari perspektif kita sebagai manusia yang wajib mentaati semua perintah-perintah ALLAH.

Di dalam video-video ini, ia cuba membawa perspektif yang jarang mampu dilihat oleh manusia.  Iaitu dari perspektif haiwan yang disembelih itu sendiri.  Sam Kouka dari Mercy Slaughter LLC mengatakan bahawa haiwan-haiwan ini kelihatan tenang dan bersedia untuk disembelih apabila menyebut nama ALLAH iaitu “Bismillah Allahu Akbar”.  Haiwan-haiwan ini menyerah diri kepada ALLAH untuk ia dikorbankan.  Saksikan video-video berikut: Continue reading


Semoga Hingga Ke Syurga…

Semoga hingga ke Syurga, amin...

Alhamdulillah, segala puji-pujian bagi ALLAH, Tuhan yang mengatur segalanya.

Isteriku sayang,

Hari ini, genaplah 10 tahun usia rumahtangga kita.  Tidaklah rasa syukur ini dipanjatkan melainkan hanya pada ALLAH `Azza wa Jalla yang selama ini tidak pernah cuai menjaga kita sekeluarga.  Pada saat kita terjaga dan tidur, DIA tidak pernah lupa mencurahkan kasih sayang dan perlindungan buat kita.  DIAlah yang memberi rezeki kepada kita.  DIAlah yang menghulur makanan, pakaian, tempat tinggal, pengangkutan dan lain-lain keperluan asas buat kita menempuh kehidupan yang hanya sementara ini.

Kasih sayang dan kemesraan yang kita sama-sama kecapi ini semuanya lahir dari kasih sayang dan mesra dariNYA.  Tidaklah kita berupaya dan berdaya melainkan semuanya dengan kehendak ALLAH.  Cukuplah DIA, tempat kita serahkan semua urusan kita.  ALLAH lah pelindung kita dan DIAlah penolong kita. Continue reading


“Tak Perlu Puasa Jika Tiada Orang!”

Suatu hari seorang murid datang bertemu dengan ustadznya lalu bertanya:

“Ustadz, boleh tak kalau saya tak payah puasa?”

Si Ustadz yang sedang mengulangkaji kitab miliknya, terus memandang murid berkenaan dengan wajah yang pelik bercampur terkejut.  Rasa macam nak marah pun ada.  Namun, si Ustadz cuba bersabar sambil beliau mengurut dadanya.

“Kenapa kamu bertanya soalan itu?”  Tanya si Ustadz.

“Alaa Ustadz, sengaja saya tanya.  Mana tahu Ustadz ada jawapannya”  jawab si murid itu tadi dengan gaya sedikit loyar buruk.

“Ooo…ada, ada.  Ada satu keadaan yang mana apabila kamu bertemu dengan keadaan ini, kamu tidak perlu puasa.  Malah lain-lain ibadah juga tak perlu.”  Si Ustadz memberikan jawapan kepada persoalan murid itu. Continue reading


%d bloggers like this: