Helah Jualan Murah Raya

Jangan mudah terpedaya!

Semalam kami sekeluarga pergi ke sebuah kompleks membeli belah di Klang.  Niatnya hendak beli pakaian baru untuk anak-anak.  Dah lama tak beli pakaian baru untuk mereka.  Disebabkan ‘mood’ nak raya mula bersinar-sinar di kebanyakan pusat membeli-belah, malah diskaun-diskaun mula dipacakkan, maka kami pun cuba mengambil peluang ini untuk membeli-belah.

Anak lelaki saya memujuk-mujuk saya, “Abah, nak baju Ben-10, nak baju Ben-10!”

Sepanjang berjalan di dalam pusat membeli belah tersebut, asyik dengan pujukannya.  Ditariknya baju saya.  Puas saya pujuk dia agar bersabar dan tunggu dulu.  Memang tak makan saman betul.  Maklumlah budak-budak.  Saya pun malas nak layan.

Tiba-tiba ternampak diskaun 30% di bahagian baju kanak-kanak.  Ben-10 pulak tu.  Isteri saya pergi menjenguk sebentar, sementara saya pula mendukung anak keempat kami.  Selepas beberapa minit menjenguk dan survey, isteri saya datang kepada saya.

“Bang, dia bagi diskaun 30%.  Ada satu baju tu Faisal dah ada dah.  Kita dah beli tahun lepas kat Shah Alam.  Lepas dicongak, harganya sama macam hari biasa sebenarnya…”  kata isteri saya.

Menurut isteri saya, tertera di baju itu harganya RM25.90.  Selepas diskaun 30%, harganya jadi RM18.90.  Sedangkan baju yang sama yang pernah dibeli tahun lepas di Shah Alam pada hari biasa (bukan ketika musim perayaan, tidak juga ada diskaun) adalah RM19.  Takde beza sebenarnya.

“Cit, diskaun konon!”  Saya bengang.  Terus merudum ‘mood’ saya nak membeli-belah.

Pengajaran

Perkara ini memang sudah dimaklumi oleh ramai orang.  Ramai sudah maklum akan helah jualan murah sempena nak raya ini.  Mereka menaikkan harga barangan yang hendak dijual, lalu meletakkan peratus diskaun yang besar-besar.  Tujuannya untuk menarik perhatian para pembeli.  Hakikatnya, harganya sama sahaja jika dibeli pada hari biasa.  Atau mungkin murah sedikit sahaja.

Peristiwa di atas membuatkan saya lebih berhati-hati.  Bukan tak tahu hal tersebut, tapi kadang-kadang tu terlupa dan leka dengan tawaran yang dicanangkan.  Selepas ini, saya dan isteri mesti lebih berwaspada agar tidak mudah percaya dengan helah jualan murah sebegini.

Fitrah manusia yang suka akan tawaran menarik ditambah pula dengan semangat untuk membeli-belah sempena hari raya yang bakal menjelma, membuatkan ramai tidak berfikir panjang, lalu membayar harga yang ditawarkan.  Kita mudah termakan pujuk rayu dan tawaran diskaun yang kononnya hebat itu.

Disebabkan sifat tidak berhati-hati inilah, maka para peniaga mengambil kesempatan atas lemahnya sifat psikologi pengguna yang mudah terpengaruh dengan tawaran-tawaran menarik dan diskaun-diskaun.  Sedangkan ia bukanlah tawaran dan diskaun yang ‘genuine’.  Ia hanyalah helah para peniaga yang memain-mainkan harga.

Selamat membeli-belah dengan bijak.  Berhati-hatilah, jangan mudah tertipu.

www.muzir.wordpress.com

Advertisements

11 responses to “Helah Jualan Murah Raya

  • Anonymous

    diskaun ni mmg tipu…saya pernah kerja di kedai kain….dua bulan sblm harga normal…bulan kedua dinaikkkan harga tanpa kita perasan…bulan berikutnya akan ada offer gila2 padahal harga adalah harga dua bulan sebelumnya…kalau betul offer/diskaun dah lama gedung beli-belah tutup!

    Like

    • Shahmuzir

      Saya hargai perkongsian pengalaman saudara. Terima kasih 🙂

      Takkanlah sampai tutup gedung beli belah sebab bagi diskaun, hehe. Mereka tetap untung. Cuma margin keuntungan tu rendahlah. Tapi dapat diimbangi kekurangan tu dengan jumlah jualan yang banyak rasanya…

      Like

  • Anonymous

    pengalaman saya lak kat salah sebuah pasara yang ada nama gak, sebelum puasa saya dah g survey2 kat pasaraya tu… harga normal baju tu RM34.90. Minggu kedua puasa, sy g skali lagi kat pasaraya tu, tgk ada diskaun 70% kat bahagian baju, so sy tgk skali lagi baju yang sama, harga after diskaun 70% ialah RM36.90. Dia letak tag harga asal ialah RM123.00. Memang jelas dan nyata. Memang penipu giler. Bagi org yang tak tau, memang kesian. sebab lagi mahal RM2.00.

    Like

    • Shahmuzir

      Terima kasih kerana berkongsi pengalaman. Maknanya memang ini praktis peniaga di mana2. Moga2 kita semua dikurniakan ALLAH akan kesedaran, tidak mudah terpedaya dengan godaan mereka.

      Like

  • Shahmuzir

    Ni perkongsian pengalaman sahabat FB saya:

    “Aku nyer kes… sandal… brand Polo… biasa kasut /sandal polo perempuan yg bukan kulit tak ler mahal sgt… harga sekitar rm50 – 70… so dulu.. tak igt dah.. maybe dlm tahun lepas ada la beli sepadang coz harganyer dlm 50++ je…. awal puasa aritu tgk kat pasaraya yg sama… ada sale… bukan ler sandal yg sama…. tp patern hampir sama… sale 50%… skali tgk aikss.. apsal harga sama…. “

    Like

  • Shahmuzir

    Ni pula perkongsian pengalaman dari seseorang di forum maya:

    “Hati2 beli barang kat Sogo, bg korang yg setahun sekali datang tu jgn tertipu jualan longok yg diorg letak tengah2 tu sebenarnya hari2 ada barang longok dalam tu dan barang yg sama diorg display kat rak dan jgn terperdaya dengan barangan branded SOGO, gua dapat maklumat banyak brg 2nd gred tp letak harga 1st gred, gua dah kena diskaun 70% = RM99.90 (diSogo) ianya sama dengan diskaun 50% = RM99.90 di The Curve / Metrojaya dan kualiti di tempat lain jauh berbeza.”

    Like

  • Shahmuzir

    Ni lagi perkongsian di forum maya:

    Helah diskaun

    Harga dinaikkan hingga RM455 sebelum musim perayaan. Sampai musim perayaan diberi diskaun 80% menjadikan harganya rm109.20.

    Walhal harganya memang rm109.20.

    Like

  • jack

    tq,banyak mematangkan pengguna

    Like

  • mali

    pernah tgk harga kasut kt Sogo…..harga diskaun lbh kurang sama dgn harga tak diskaun. Sebab saya dh beli kasut tu sebelum tu….
    tapi kadang2 mungkin terkena gak, sebab bukan kita sentiasa check harganya….kekadang tengok kualiti kain utk pakaian tu tk sepadan betul jika tengok pada harga sebelum diskaunnye tu….

    Like

  • Anonymous

    billion bangi rasanya byk main harga…cuba pergi jenguk2 kat bahagian baju budak2…baju mak ngan bapak budak pun sama jgk. harga dah dinaikkan setinggi2nya…pastu letak diskaun 50%. ada satu baju budak tu, harga seblm diskaun RM160, pas diskaun RM45. masalahnya walaupun 45 rasa cam tak berbaloi langsung ngan kualitinya…so smlm tak beli apa2…menyampah punya pasal…kalau dah 45hinggit baik aku beli kat Parkson je…memang confirm dah tau mahal…tapi branded kan…lagi puas ati. Jumpa sorang kwn…dia kata beli baju anak2 kat pasaraya hari-hari je…lagi sonang hati…

    Like

  • Anonymous

    betul2…hati2 time nak raya2 camni…penipu je semua tu…sbb tu aku tak suka shopping…buat sakit ati je…aku tak percaya ngan diskaun2 ni…camtu gak ngan bazar ramdhan…malas aku pegi…buat tambah dosa aku je…komplen kritik membebel sana sini…tak suka ngan sikap peniaga2 yg suka ambik kesempatan…org suruh ambil ‘peluang’ berniaga di bulan ramadhan…bukannya ‘kesempatan’… siap ckp ngan anak aku…kalau nak pegi bazar ajak ibu…aku anti semua peniaga, pasaraya atau sesape saja yg kiblatnya duit…duit..duit…duit!!!!!!!!!!!!!!!untung…untung..untung!!!!!!!!

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: