Beberapa bulan yang lalu, saya dan anak-anak berasa kecewa kerana apabila sampai di Perpustakaan Shah Alam, rupa-rupanya tutup. Memang sudah menjadi kebiasaan kami pergi ke perpustakaan ini, terutama pada hujung minggu jika tiada aktiviti lain. Tertera di pintu perpustakaan tersebut ‘sedang dalam proses perpindahan ke lokasi yang baru.’ Menurut kakitangan yang saya tanya, bulan Jun 2011 dijangka boleh dilawati di lokasi baru yang terletak di seksyen 13, Shah Alam.
Sejak itu saya selalu ditanya oleh anak-anak bila perpustakaan baru boleh dilawati? Saya juga ada survey di manakah kawasan terletaknya perpustakaan baru tersebut. Namun, tak terjumpa pulak. Itu cerita 2 atau 3 bulan yang lalu.
Perpustakaan Yang Baru
Alhamdulillah, baru-baru ini saya dan ahli keluarga berpeluang untuk menjejakkan kaki ke perpustakaan baru tersebut. Untuk memudahkan kalian mencari di manakah lokasi terletaknya perpustakaan baru itu, sila rujuk peta di bahagian galeri di bawah. Apabila sampai di kawasan sana, arah tunjuk juga disediakan di kawasan berdekatan perpustakaan tersebut bagi memudahkan pengunjung mencarinya.
Jika dibandingkan tempat meletak kenderaan di perpustakaan lama, di tempat baru ini menyediakan tempat meletak kenderaan yang agak selesa. Mudah mencari ruang kosong. Jika dulu, terpaksa pusing lebih dua kali untuk berjumpa ruang yang sesuai untuk meletak kenderaan. Namun, ruang meletak kenderaan ini perlu juga diberi perhatian terutama apabila nanti PPAS yang terletak di lokasi baru ini mula dikunjungi ramai.
Masuk ke bangunan PPAS, kami terus ke kaunter pertanyaan. Kami dimaklumkan bahawa kasut perlu dibuka. Maka diberi kami 2 beg untuk kami memasukkan kasut-kasut kami. Ini rasanya kali pertama kami masuk ke perpustakaan tanpa kasut, hehe… Ada baiknya dibuat begini bagi menjaga kebersihan dalaman perpustakaan.
Bahagian Kanak-kanak
Kami memilih bahagian kanak-kanak untuk melepak. Masuk sahaja di kawasan tersebut, kami sudah disambut dengan ‘virtual pool’. Maka terpegunlah budak-budak di situ. Ikan-ikan yang berenang cuba mereka tangkap. Malah ada yang cuba berenang di atas kolam tersebut. Salah seorangnya adalah anak saya, huhu… ;)
Kemudian apabila masuk ke dalam, kami ternampak sepohon pokok besar yang tumbuh rimbun di dalam bahagian perpustakaan kanak-kanak. Pemandangan ini amat menyenangkan mata kami. Kanak-kanak berlari-lari malah bergolek-golek di cerunan landai sekitar kaki pokok itu. Anak-anak saya tidak ketinggalan. Mereka nampaknya seronok. Malah ada yang cuba memanjat pokok tiruan tersebut.
Nampaknya budak-budak ni datang ke sini bermain sahajalah. Tak rasa nak baca buku. Sebabnya banyak sangat unsur tarikan. Di bahagian belakang ada pula komputer-komputer disediakan. Ramai menggunakan untuk berFacebook dan main games. Ada TV besar untuk main game interaktif lagi, huhu. Elok ada supervisor di kawasan tu supaya kawasan itu tidak diconquer oleh sebahagian kanak-kanak sahaja. Yang lain terpaksa tengok je, kesian…
Keseluruhannya, memang mengujakan. Tempat duduk yang selesa dan santai untuk ibubapa juga lebih banyak berbanding dengan perpustakaan yang lama. Jika tuan/puan mahu jadikan PPAS sebagai salah satu kunjungan mingguan untuk beristirehat sekeluarga pun boleh juga. K-activity lah orang kata.
Bahagian Dewasa
Bahagian ini lebih mengujakan saya. Jika bahagian kanak-kanak hanyalah setingkat sahaja, tetapi bahagian dewasa ini ada 4 tingkat. Bulat mata saya melihat kecantikan dan kecanggihannya. Saya terus ke bahagian komputer meja yang disediakan sebanyak ermmm… tak kira pulak saya. Skrin monitornya besar dan spesifikasinya agak terkini.
Untuk menggunakan komputer-komputer ini, saya telah berjumpa dengan kakitangan yang bertugas. Alhamdulillah, layanannya baik. Setelah mendaftar, kita pun terus boleh menggunakannya. Masa yang diberi ialah selama 60 minit. Tapi kalau orang tak ramai, boleh guna lebih lama dari itu.
Setiap tingkat dihubungkan dengan eskalator. Dan disediakan tempat yang selesa untuk membaca, surau, tandas, bilik perbincangan, bilik pembentangan dan lain-lain kemudahan yang bisa memenuhi keperluan seorang pengunjung perpustakaan. Malah, kalau rasa mengantuk selepas membaca bahan bacaan yang berat-berat, pengunjung boleh melepak di set sofa yang selesa sambil menonton TV yang disediakan. Nak keluarkan peluh pun boleh. Set gymnasium ada disediakan…
Di ground floor ada disediakan teater 3D dan 6D yang dikenakan bayaran untuk memasukinya. Saya dan keluarga telah mencubanya dan sangat menarik dan teruja dengan teknologinya.
Saya ada merakamkan beberapa foto dan telah saya muatkan di bawah ini sebahagiannya untuk tontotan pembaca blog sekalian. Lihatlah sendiri. Anda akan terpegun. Terpegun mata yang memandang, terpegun lagi orang yang melihatnya secara live.
Untuk maklumat lanjut tentang PPAS, tuan/puan boleh melawat laman web mereka di sini atau Facebook Page mereka di sini.
Semoga dengan adanya perpustakaan baru yang serba canggih ini, warga Selangor dapat memanfaatkannya sebaik mungkin. Kita doakan agar warga Selangor khususnya, dan Malaysia amnya menjadi rakyat yang suka membaca dan berilmu orangnya. Apabila rakyat mempunyai ilmu dan beramal dengan ilmu-ilmu yang baik, insyaALLAH ia akan memberikan kebaikan yang banyak buat negara yang kita cintai ini.
Sekian sahaja perkongsian dari saya. Kalau rajin, berilah komen OK…
September 16th, 2011 at 6:58 PM
Salam… Was involved in this project. :) Agak kecewa sedikit kerana tak seperti design asal. Tapi hampir… Alhamdulillah harap2nya concept Library in Nature tu tercapai.. :) Masa mula2 design memang ada bagitau site tersorok sgt sebab library terceruk. kalau dah sultan nak… ;) tapi masa mula2 visit site ni memang lawa… kawasan reserve JBA. harap bole pi melawat bila balik cuti nanti. Enjoy the library.
LikeLike
September 17th, 2011 at 12:16 AM
wa`alaikumussalam. Waaa…rupanya ada kawan yang turut memberi sumbangan di sebalik pembinaannya, alhamdulillah dan tahniah :)
Kawasan tu memang cantik. Ada tasik dan dirimbuni kehijauan. Harap2 apa yang baik dihasratkan itu menjadi kenyataan. Walaupun lokasinya agak terpencil dan barangkali menyukarkan orang awam nak ke sana berbanding lokasi library asal, namun mudah2an dengan peredaran masa insyaALLAH ada kemudahan seperti pengangkutan awam dan sebagainya disediakan.
:)
LikeLike
September 20th, 2011 at 12:53 PM
Salam,
cantik dan anggun. Semoga akan dimanfaatkan dgn baik.
LikeLike
September 20th, 2011 at 1:00 PM
Cemburunya melihat library sebegitu:-(
Jika pemimpin mengutamakan ilmu, inilah hasilnya. Lain pula, jika mengutamakan hiburan yang melalaikan..
Harap pemimpin yang ada mencontohi Sultan Muhammad Al-Fateh
LikeLike
September 20th, 2011 at 4:32 PM
Saya dah 2 kali ke library ni. Kali kedua saya pergi time tengahari. Tiba2 ada pengumuman tepat jam 1.15 tengahari:
”Sebentar tadi jam 1.15petang telah masuk waktu solat Zohor bagi kawasan Shah Alam dan kawasan2 sewaktu dengannya. Muslimin-muslimat dijemput ke surau di tingkat LG untuk sama2 meramaikan solat Zohor berjemaah”
Bagus betullah. Bukan sahaja diumumkan waktu solat sudah masuk, malah diajak sekali ke surau datang bersolat beramai2. Masa solat tu, ada lah 2 saf bersolat zuhur bersama2. Mungkin yg lain bersolat di paras masing2 kot. Sebab setiap paras juga disediakan surau kecil. SUrau di paras LG adalah surau utama dan lebih besar dari surau di paras2 lain.
LikeLike
September 20th, 2011 at 11:55 PM
syabas kerajaan negeri selangor kerana menydiakan prasarana bertataraf dunia pd rakyatnya,perubahan yang amat ketara ,semoga kerajaan ini kekal didalam keberkatan dan diredhai allah.
LikeLike
September 26th, 2011 at 1:58 AM
syabas dan tahniah. rasanya library tu berstatus terkini. cuma kedudukan /lokasi agak jauh dari pengangkutan awam,spt LRT. sekiranya lokasi tersebut disediakn dgn public transportation,lebih bagus. at least students lagi rajin dtg , tak kira la smada nk buat homework, smbil duk rehat2 tunggu hingga petang. parents pn tak la risau pasal anak2 yg bersekolah ,termasuk yg skolah rendah dn menengarh, yg dok /lepak kt PPAS ni. pd masa akn dtg, rasanya anak2 skolah rendah akn lebih selamt dan seronok dpt dtg ke sini ktika parents kerja. oleh itu, jika publik trnsport akses ada, lagi bgus, esp LRT. bukan bas memandangkn service bas banyak problm kt msia ni (jadual tidak berskala, cuaca -banjir kilat-,ada drivers tak bermaruah – merogol,mengganggu anak2 skolah.juga dewasa). Jika service LRT/kommuter/putra adalah lebih slamat kerana dilokasi2 stesen nim, ramai pengawal,/byk CCTV..
diharap kerjaan ada perancangan tuk menyediakn laluan LRT ke sini.
LikeLike
September 26th, 2011 at 1:32 PM
best…saya dah pegi! :D
LikeLike
October 8th, 2011 at 8:40 PM
nak sangat pergi .. kebiasaannya pergi PPAS je .. tapi sekarang bila dah pindah lokasi tak pernah pergi lagi .. pergi Perpustakaan sekolah jelah .. hihi ..
LikeLike
October 23rd, 2011 at 1:17 AM
ish, rasa semangat pulak nak pergi.. hehe. Tapi macamane dengan suasananya.. senyap macam perpustakaan negara tak? bila tengok gambar-gambar tuan, kalau ada macam-macam permainan, rasanya suasana riuh jugak tu :) ..harap2nya, suasana di ruang bacaan tu lebih tenang…
LikeLike
October 23rd, 2011 at 1:59 AM
Jika masuk dari pintu utama:
1) Bahagian kanak2 di wing kanan
2) Bahagian dewasa di wing kiri.
InsyaALLAH, di wing kiri iaitu bahagian dewasa suasananya tenang, terutama di tingkat 3 & 4.
LikeLike
November 16th, 2011 at 5:24 PM
Alhamdulillah… semua orang raser berkobar-kobar nak pergi melawat… dan yg penting MEMBACA di sana… Saya merupakan warga kerja di sana suatu ketika dulu, di bangunan lama (kini ditugaskan di tempat lain) ttp sll juga melawat kawan2 di sana.
Pelbagai kemudahan dan perkhidmatan baru disediakan… semuanya untuk pengguna perpustakaan. Tetapi sekiranya tidak digunakan dengan cermat, nampak gayanya pengunjung di masa hadapan tak dapatlah merasai kemudahan dan perkhidmatan terbaru ini. Tak semua, tapi ada yang menggunakan kemudahan ini dengan cara yang tidak sepatutnya. Anggaplah perpustakaan ini ‘My Second Home’ @ ‘Rumah Keduaku’ seperti tagline PPAS… Bersama-sama menjaga kemudahan seperti perabot, komputer, tv dll.
Hadiah daripada DYMM Sultan Selangor untuk rakyatnya…
LikeLike
December 7th, 2011 at 9:10 AM
good idea….nak bawa anak2 isi masa lapang cuti sekolah…tq for the info
LikeLike
January 2nd, 2012 at 4:48 PM
A very pleasant comment and advice Syila. Yeah, kita wajib menjaga kemudahan yang disediakan demi keselesaan kita dan orang ramai di masa hadapan. Would like to re-post the same entry as well (-.-)
LikeLike
February 1st, 2012 at 1:15 PM
Salam, Perpustaan open daily ker? 7 hari seminggu ker? pagi open jam berape?
LikeLike
April 18th, 2012 at 12:34 PM
wa`alaikumussalam.
Buka setiap hari kecuali cuti umum. Paling awal buka 9.30 pagi. Ada hari tertentu buka jam 10 pagi. Tutup jam 6 petang.
LikeLike
March 25th, 2013 at 3:09 PM
Ya..memang library ni yang paling cantik dimalaysia dan menjadi perbualan ramai dalam masa singkat walaupun terletak jauh kedalam..tapi siapa yang tahu akan penderitaan ‘orang-orang’ yang ada dibelakang perpustakaan ini?
LikeLike
August 27th, 2014 at 5:00 PM
Assalam! mmg siapa tahu penderitaan órang-orang’yang ada di belakang perpustakaan ini. Harap ibu bapa mengawasi anak-anak walaupun perpustakaan ini lebih mesra pengguna tetapi órang-orang’ yang dimaksudkan amat merindui konsep perpustakaan yang asal. Biar generasi skrg tahu perbezaan perpustakaan dengan taman permainan. Biarlah tujuannya tetap sama walaupun berbeza konsep. Betapa tertekannya mereka sewaktu bertugas dah mcm kat zoo plak smp ada kes patah tangan dan berdarah kepala bagai. Tension saya tengok apa lagi, hari2 nak dihadap. Anak2 sayapun jadi pelik dgn suasana nie. Diorang akan mengelak waktu hujung minggu. Dan plg kesian 80% bangsa melayu, anak 2 dibiar berlari, melompat, menjerit dan bermain manakala ibu bapa tunduk melayan gajet masing-masing. Fikir2kan.
LikeLike