Malulah Kalian, Orang Susah Di Palestin Pun Derma Ke Somalia!

Saya baru sahaja pulang dari mendengar taklimat dari dua orang wakil Aqsa Syarif Berhad yang baru-baru ini telah berada beberapa hari di Ghazzah, Palestin.  Biasalah, beberapa pengalaman dan kisah yang mereka sampaikan memang biasa saya dengar dari beberapa wakil NGO yang memperjuangkan nasib saudara-saudara kita di Palestin.

Cuma, kali ini diceritakan tentang perkembangan terkini sumbangan-sumbangan yang telah dihulurkan oleh rakyat Malaysia dan bagaimana sumbangan-sumbangan itu diterjemahkan ke dalam bentuk yang boleh memanfaatkan rakyat Palestin di sana.  Alhamdulillah, tahniah buat Aqsa Syarif Berhad.

Rakyat Palestin Prihatin Terhadap Krisis Kebuluran di Somalia

Anak Palestin

Apa yang paling menyentuh hati saya ialah apabila kami diberitahu bahawa masyarakat di Ghazzah (Gaza), Palestin dengan inisiatif sendiri telah mengumpul sejumlah wang untuk membantu saudara-saudara seagama mereka di Somalia yang kini teruk dilanda krisis kebuluran.  Setiap keluarga telah menyumbangkan sebanyak 10 dollar dan dikatakan bahawa antara bantuan terawal yang sampai ke Somalia ialah dari Palestin.

ALLAHU AKBAR!!!

MALULAH KALIAN!!!  MALULAH KALIAN!!!  MALULAH KALIAN!!!

Dalam kedhaifan hidup yang sedang mereka alami, kesempitan kewangan, rumah yang berlubang sana-sini, anggota tubuh yang cacat terkena bom, kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang; mereka masih mempunyai kesucian dan luhur hati terhadap nasib yang menimpa saudara-saudara mereka di Somalia.  Mereka masih didatangi rasa prihatin yang mendalam terhadap kesusahan dan penderitaan orang lain.

Apakah yang membuatkan mereka cukup prihatin terhadap kesusahan orang lain?  Bukankah mereka juga tersepit dan hampir setiap hari dibom dan ditembak?

Anak Somalia

Tidaklah perasaan ini lahir melainkan ia datang dari iman yang sangat subur yang tumbuh di dalam hati mereka.  Mereka dapat merasakan betapa persaudaraan sesama Muslim adalah ibarat satu tubuh.  Yang apabila satu bahagian tubuh sakit, maka bahagian tubuh lain turut terasa sakit.  Ya, mereka terasa kesusahan itu jauh menyentuh lubuk hati mereka.

Mereka juga sedar bahawa persaudaraan Islam adalah ibarat sebuah bangunan, yang mana setiap Muslim mesti saling kukuh mengukuhi supaya bangunan itu dapat berdiri.  Saudara-saudara mereka di Somalia mesti disokong dan dibantu demi menegakkan bangunan persaudaraan Islam yang sangat mereka cintai ini.

Bagaimana Kita???

Jika mereka yang hidup susah boleh derma sebanyak 10 dollar, malah menjadi antara orang yang pertama memberi bantuan.  Kita apatah lagi???

Dengan pelbagai kenikmatan yang mengelilingi perut dan kepala kita, sampai hati kita boleh lupa dan tidak prihatin terhadap saudara-saudara kita di Somalia.  Dengan pelbagai teknologi media, boleh pula kita tidak perasan apa yang terjadi kepada saudara-saudara kita di Somalia!!!

Dermalah!  Dermalah!  Atau paling kurang, paling minima berdoalah untuk saudara-saudara kita di Somalia sana…!

Berikut saya senaraikan beberapa NGO yang telah mengadakan inisiatif mulia bagi membantu keadaan saudara-saudara kita di Somalia berhadapan dengan krisis yang sangat menyeksakan ini:

  1. Islamic Relief Malaysia (IRM)
  2. Yayasan Amal Malaysia
  3. HALUAN
  4. Malaysian Relief Agency (MRA)
  5. Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)
  6. Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)

Tuan/puan boleh memilih salah satu dari pautan di atas bagi mengetahui usaha-usaha yang telah mereka lakukan, serta mengambil bahagian sama untuk turut menyumbang.  Maklumat sumbangan dan nombor akaun ada tertera di laman web masing-masing.

Semoga ALLAH Jalla wa A`la merahmati usaha murni tuan/puan yang turut sama menyumbang bagi meringankan beban saudara-saudara kita di Somalia sana, amin.

www.muzir.wordpress.com

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: