Pemberi Komentar Terbanyak

Saya mengucapkan jutaan terima kasih buat semua yang sudi melawat dan membaca laman blog ini.  Terutama buat semua para pemberi komentar yang selalu singgah dan bersifat pemurah memberi komentar di blog yang sangat dhaif ini.

Jumlah komentar yang direkodkan ialah sebanyak 1,231 komentar sehingga catitan ini ditulis.

Komentar-komentar ini menjadi penghias yang sangat dialu-alukan oleh saya sebagai penulis blog ini.  Takdelah sangat rasa macam ‘syok sendiri’ sahaja, sekurang-kurangnya ada juga yang sudi menegur atau menyapa.

Tentunya ikatan ukhwah lebih terjalin erat dengan mereka (walaupun ramai tidak saya kenali), kerana mereka bukan setakat melawat, malah sudi pula memberikan buah fikiran atau sekadar menyatakan persetujuan.  Juga buat yang menyatakan ketidaksetujuan atau bangkangan, kerana sudi berkongsi idea yang bisa membawa saya melihat dari sudut yang berbeza.  Buat mereka semua yang selama ini sudi, saya ucapkan berbanyak-banyak terima kasih dan kesudian kalian amat-amat saya hargai 🙂

Siapakah mereka yang baik hati itu?

Commenter Comments
Shahmuzir 338
51
penduduk sekolah 32
wana93 24
raudhah 11
sakinah 9
wansiti 7
jul 7
saque 6
ain najwa roslan 6
nor syafiah 5

Oh, yang pertama sekali tentulah saya.  Kerana hampir setiap persoalan dan pertanyaan yang dikemukakan di bahagian komen akan dijawab oleh saya.

Yang kedua ialah ‘anonymous‘, tidak dinyatakan namanya siapa.  Yang ketiga ialah seseorang yang menggunakan nickname penduduk sekolah dengan jumlah komentar beliau ialah 32 komentar.  Diikuti oleh wana93, raudhah, sakinah, wansiti, jul, saque, ain najwa roslan dan nor syafiah.  Mereka adalah insan-insan yang sudi meninggalkan komentar secara berulang kali di blog ini.

Saya harap lebih ramai lagi yang mempunyai kesudian seperti mereka 🙂

Post Comments
Saya? 41
Muslimah dan Tudung Labuh 36
VIDEO – Kuliah UZAR Tentang DOSA RIBA dan Isu Kewangan 32
Bahaya Fungsi Tagging di Facebook 31
Benarkah Mati Menyembunyikan Cinta = Mati Syahid? 30
“Ustadz, apa hukum ‘BERCOUPLE’?” 26
Jangan Tak… & Jangan… di Facebook 25
Isi Khutbah Sheikh as-Sudais & Fenomena Menyedihkan 23
Respon Rakyat Terhadap BERSIH 2.0 21
Berfutsal Dgn Kawan2 Lama 21
Ramadhan Karim 18

Statistik di atas pula ialah tajuk artikel atau tulisan yang mempunyai jumlah komen tertinggi.  Walaupun tajuk-tajuk ini mempunyai jumlah komentar tertinggi, tetapi ia tidak melambangkan tulisan-tulisan di atas dilawati terbanyak oleh para pengunjung.  Untuk mengetahui tulisan-tulisan yang paling banyak menerima kunjungan dan bacaan orang ramai, bolehlah klik pada pautan ini:  https://muzir.wordpress.com/2011/06/14/top-20-sehingga-1462011/

Sekali lagi saya ucapkan terima kasih buat semua para pemberi komentar, samada yang hanya sekali memberi komentar, lebih-lebih lagi buat yang beberapa kali memberi komentar.  Membaca komentar kalian membuatkan saya lebih bersemangat untuk terus menulis di blog ini.  I love you all 🙂

www.muzir.wordpress.com


2 responses to “Pemberi Komentar Terbanyak

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: