Strategi Yang Baik Oleh Peniaga Untuk Berbakti

Beberapa barangan yang disumbangkan oleh pengguna

Gambar di atas saya rakam di Kota Terengganu pada 2 Syawwal yang lalu.  Saya singgah ke kedai ini kerana pada hari tersebut semua kedai runcit di bandaraya tersebut tutup.  Dan disebabkan kedai tersebut lengang, saya sempat berbual sebentar dengan juruwang kedai tersebut.

Menurut beliau, rangkaian kedai tersebut menjalankan kempen menggalakkan orang ramai agar membeli barangan runcit tertentu untuk disalurkan ke rumah-rumah anak yatim yang terpilih.  Kempen telah dijalankan selama sebulan Ramadhan.

Saya cukup kagum dengan strategi yang dijalankan oleh rangkaian kedai runcit ini.  Mereka cukup bijak mengambil peluang dalam melariskan jualan mereka.  Walaupun mungkin ini sebahagian dari strategi pemasaran, namun dengan adanya idea sebegini, ia membuka peluang buat pengguna untuk terbuka hati membeli sambil menderma.

Apa kebaikan yang bakal diperolehi oleh rangkaian kedai ini?  Kebaikan dalambentuk peningkatan jualan sudah tentu.  Disamping itu strategi pemasaran dapat digiatkan bagi menaikkan nama mereka ketika majlis penyampaian bantuan nanti.  Selain itu ganjaran pahala sudah tentu tersedia sesuai dengan niat mereka yang memudahkan orang ramai untuk menderma.

Apa pula kebaikan buat pengguna?  Dengan adanya kempen sebegini, tentunya para pengguna akan disedarkan dengan tanggungjawab atau peranan yang patut mereka ambil dalam membantu anak-anak yatim.  Orang yang masuk ke kedai tersebut yang biasanya sekadar membeli barang-barang keperluan, tentunya dengan adanya kempen sebegini dapat kebaikan tambahan dalam bentuk pahala, insyaALLAH, jika mereka turut sama menyertai.  Malah dengan adanya usaha sebegini, para pengguna tidak perlu bersusah-payah ke rumah-rumah anak yatim bagi menyalurkan bantuan kerana pihak kedai tersebut akan menguruskan semua urusan penyaluran ke rumah-rumah anak yatim.

Situasi menang-menang kan?  Bijak betul strategi kedai ini.

Peniaga Muslim terutama peniaga kedai runcit mesti mengambil ini sebagai contoh!  Mudah-mudahan amalan kita semua diterima, amin…

www.muzir.wordpress.com

Advertisements

2 responses to “Strategi Yang Baik Oleh Peniaga Untuk Berbakti

  • kay

    strategi ini telah digunapakai di USA (walaupun negara bukan islam) terutama di hypermarket/supermarket mereka. mereka guna slogan : ” “extra for homeless”./ foods for homeless. dimana satu troli disediakn khas sbelum pintu exit (slepas kita checkout dan byr brang2an yg kita beli). so,kita cuma ambil 1 brg (atau lebih) dan letakdlm troli tersebut. jika troli penuh, supermarkt tu tukar je la dgn troli kosong., end of the day, rumah homelss yg dipilih akn dtang/ supermarkt tu sndiri akn hntr ke “homelss shelter”:dikawasn yg berdekatan.

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: