Menjenguk Tapak Asal SMAKL Setelah 18 Tahun

Logo asal SMAKL

Saya meninggalkan SMAKL (Sek. Men. Agama Kuala Lumpur) pada tahun 1993 selepas ditawarkan untuk menyambung pelajaran ke tingkatan empat di MRSM Muar.  Bermakna sudah 18 tahun lamanya.  Ketika itu bangunan SMAKL terletak di Bandar Baru Wangsa Maju Seksyen 2, Kuala Lumpur.  SMAKL lahir di situ.  Selama tiga tahun saya bersekolah dan berasrama di situ, berkongsi bangunan dengan Sek. Men. Wangsa Maju Seksyen 2.

Sejak itu saya tidak pernah melawat lagi ke tapak asal SMAKL di Wangsa Maju tersebut.  Ini tidaklah bermakna saya tidak menziarahi sekolah saya yang tercinta itu.  Kerana pada tahun 1993, SMAKL telah pun berpindah ke Bandar Menjalara, Kepong.

Sudah beberapa kali saya menziarahi SMAKL yang baru yang terletak di Bandar Menjalara.  Sempatlah jumpa dan bertanya khabar dengan pihak sekolah, terutama dengan bekas guru dan pelajar-pelajar di sana.  SMAKL yang kini digelar sebagai SMKAKL (Sek. Men. Keb. Agama Kuala Lumpur) terdiri daripada bangunan sekolah yang indah, kawasannya luas, kemudahannya canggih, kelas dan asramanya selesa.  Jauh lebih baik dari keadaannya dari sekolah asal di Wangsa Maju, tempat kami belajar.

Ahad lepas pada 25/9/2011, kami ada buat perjumpaan semula.  Inisiatif ini telah dilakukan oleh Abang Jef Hazimin yang merupakan salah seorang bekas pelajar dari  batch pertama SMAKL.  Saya batch ketiga.

Ini bukan perjumpaan semula yang pertama.  Sudah beberapa kali kami sudah berjumpa.  Tetapi kali ini lebih menarik.  Kerana ia telah diadakan di tapak SMAKL yang lama, iaitu di Wangsa Maju.  Sampai sahaja di perkarangan pintu masuk sekolah, Abg Jef sudah menunggu dan menyambut mesra.  Siap dirakam lagi gambar untuk dimuatnaik ke Facebook.

This slideshow requires JavaScript.

Program telah dimulakan dengan bacaan al-Fatihah untuk dihadiahkan kepada Ust Hassan bin Yassin rahimahullah.  Beliau adalah pengetua SMAKL yang pertama dan sifat penyayang beliau sangat dekat dengan hati kami semua.  Seterusnya diikuti dengan ucapan aluan oleh Abang Jef dan pengenalan diri oleh setiap yang hadir pada majlis tersebut.  Jemputan khas iaitu Tuan Pengetua SMKAKL, Tn Hj Sakijan dan YDP PIBG, Dr Tahir turut menyampaikan sedikit harapan dan nasihat melalui ucapan mereka.

Apa yang diharapkan oleh pihak sekolah dan guru-guru adalah sumbangan dari bekas pelajar-pelajarnya.  Harapan ini sentiasa dilontarkan beberapa guru yang sempat saya jumpa setiap kali saya menziarahi sekolah.  Jika diamati dari bahasa mereka, harapan mereka sangat besar.  Sehingga pernah seorang guru perempuan berasa sebak tatkala saya berbual dengannya berkenaan harapan sekolah terhadap bekas-bekas pelajar SMKAKL.  Malah para pelajarnya juga sangat mengharapkan kedatangan abang-abang dan kakak-kakaknya untuk hadir berkongsi pengalaman dan tips kepada mereka.

Sedikit atau banyak bukan ukurannya.  Asalkan kita datang menabur bakti.  Atau paling tidak, datang menziarahi… (Nasihat buat saya, sebenarnya…)

Berilmu, Beramal, Berbakti

www.muzir.wordpress.com

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: