Sambungan dari: https://muzir.wordpress.com/2011/10/17/anak-anak-belajar-tentang-jenazah-kubur-1/
Perjalanan dari masjid ke tanah perkuburan adalah lebih kurang dalam 7km sahaja. Tidak jauh. Sambil memandu, saya menerangkan kepada anak-anak tentang misi seterusnya supaya mereka faham apa nak buat.
“Alhamdulillah, selepas solat jenazah kita nak pergi kubur pulak” Terang saya.
“Jauh ke?” Nabilah bertanya.
“Tadi Abah tanya kat pemandu van jenazah, dekat je. Kat Puncak Alam je.” Jawab saya.
“OK, macam Abah cakap kat Umi pagi tadi, ni Abah nak terangkan semula kat anak-anak Abah apa kelebihan kita solat jenazah dan iringi jenazah ke kuburan ya…” Saya mengambil perhatian anak-anak saya.
Kelihatan semua menumpukan perhatian ke atas apa yang bakal saya ucapkan, kecuali Jannah. Jannah yang baru berumur dua tahun lebih sibuk dengan kerjanya sendiri…
“Kita datang ziarah jenazah, solat jenazah dan iringi jenazah ke kuburan ini adalah kerana ia saranan Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wasallam…” Saya memulakan nasihat. Continue reading
Like this:
Like Loading...