Tafsir Mimpi Seorang `Alim Dan Kaitannya Dengan Haji Mabrur

Saya mendapat khabar bahawa pernah pada suatu musim haji, terdapat program soal-jawab yang disiarkan secara langsung di tanah suci melalui siaran radio.  Siaran tersebut didengari oleh jutaan jemaah haji yang hadir.  Kesemua soal-jawab telah dijawab oleh seorang Tuan Sheikh yang `alim dan sangat dihormati akan ilmunya.  Program tersebut adalah khusus bagi menjawab soalan-soalan orang ramai sekitar tajuk ibadah haji dan lain-lain yang berkaitannya.

LabbaiKA ya ALLAH!

Tiba-tiba ada satu panggilan dari seorang wanita yang ingin bertanya tentang mimpi dan apa tafsiran Tuan Sheikh tersebut.  Walaupun pada asalnya Tuan Sheikh agak keberatan untuk menjawab disebabkan ianya terkeluar dari tajuk yang dibincangkan iaitu haji, namun beliau tidak mahu mengecewakan wanita tersebut lalu dibenarkannya untuk bertanya.

“Saya pernah bermimpi terlihat seorang lelaki yang mengerjakan ibadah tawaf mengelilingi Ka`bah pada musim haji dalam keadaan beliau tidak berpakaian sedikit pun iaitu dalam keadaan telanjang.  Bolehkah Tuan Sheikh menafsirkan mimpi saya tersebut?”  Wanita tersebut bertanya kepada Tuan Sheikh melalui panggilan telefon yang didengari oleh jutaan jemaah haji lain melalui radio secara langsung.

Agaknya apakah jawapan tuan puan apabila ditanya oleh seseorang dengan soalan yang sama?  Dan apa pula jawapan oleh para ustadz yang kita kenali jika ditujukan soalan yang sama untuk mereka tafsirkan mimpi tersebut?

Lihatlah bagaimana reaksi Tuan Sheikh ini dan amatilah jawapan yang diberikan beliau dengan kehikmahan yang ada pada beliau:

“WAllahu A`lam.  Saya akan cuba menjawab soalan puan berdasarkan sedikit pengetahuan yang saya ada.”  Tuan Sheikh memulakan jawapan beliau dengan memuji ALLAH yang Maha Mengetahui segala sesuatu.

“Pada tafsiran saya terhadap mimpi puan yang melihat seorang lelaki yang melakukan ibadah tawaf secara bertelanjang itu ialah bahawa lelaki tersebut telah kembali dalam keadaan beliau tidak berdosa selepas mengerjakan haji.  Lelaki tersebut telah memiliki keampunan ALLAH dan semua dosanya telah diampuni seperti seorang bayi yang baru sahaja dilahirkan (dalam keadaan telanjang).  Ini sesuai dengan hadith Nabi sallAllahu `alaihi wasallam yang menyebut bahawa seseorang yang diterima hajinya itu kembali bersih tanpa dosa seperti dia baru sahaja dilahirkan oleh ibunya…”  Jawab Tuan Sheikh tersebut.

Beruntunglah lelaki tersebut kerana beliau telah dikurniakan dengan haji yang mabrur.”  Sambung Tuan Sheikh lagi.

“Oh begitu.  Terima kasih kerana sudi menjawabnya.  Bolehkah saya memaklumkan kepada lelaki tersebut tentang berita ini?”  Tanya wanita itu melalui telefon.

“Ya, boleh.  Puan kenalkah dengan lelaki tersebut?”  sambut Tuan Sheikh lalu diajukan soalan samada wanita itu kenal atau tidak dengan lelaki di dalam mimpi beliau.

“Ya, saya kenal beliau.”  Jawab wanita tersebut dengan ringkas.

“Jika puan kenal dengan lelaki tersebut, puan ucapkanlah tahniah buat beliau kerana ALLAH telah menerima haji beliau.”  Saran Tuan Sheikh agar wanita tersebut mengucapkan tahniah kepada lelaki yang bertuah itu.

“Sebenarnya lelaki yang saya lihat di dalam mimpi saya itu ialah Tuan Sheikh sendiri!!!”  Wanita itu memberitahu siapa lelaki tersebut melalui panggilan telefon yang disiarkan secara langsung melalui radio.

Jawapan yang diberikan oleh wanita tersebut sangat-sangat memeranjatkan Tuan Sheikh itu setelah mendengarnya.  Tuan Sheikh tidak dapat menahan perasaan lalu menangis teresak-esak lantaran syukur dan insaf.  Program radio yang dilakukan secara langsung itu terpaksa dihentikan.  Pengendali radio tersebut memaklumkan bahawa program soal-jawab itu tidak dapat diteruskan dan akan disambung pada hari yang lain.

Kisah di atas telah disampaikan di dalam satu ceramah yang telah diadakan di Masjid Asy-Syarif, Meru, Klang oleh Ustadz Syed Nurhisham sekitar tajuk haji pada 2 Dzulka`idah 1432H bersamaan 30 Sepmtember 2011.  Beliau tidak menyebutkan siapakah gerangannya nama Tuan Sheikh yang dimaksudkan.

SubhanAllah!  Betapa hikmah dan luar biasa sekali jawapan Tuan Sheikh tersebut.  Beliau nampak apa yang saya dan orang lain tidak nampak.  Jawapan beliau sangat-sangat di luar jangkaan.  Beliau memberikan tafsiran yang bukan calang-calang tafsiran.  Dan tafsiran beliau dijawab berdasarkan pemahaman beliau terhadap nas dari al-Hadith.  Malah kebaikan dari ilmu tafsiran beliau dikembalikan kepada beliau oleh ALLAH `Azza wa Jalla dalam bentuk kemuliaan!

Saya tidak dapat menahan emosi saya selepas mendengar kisah ini.  Sangat sebak rasanya.  Betapa beruntungnya Tuan Sheikh tersebut.  Beliau telah diberikan kemuliaan oleh ALLAH `Azza wa Jalla di hadapan jutaan manusia sejak di dunia lagi.  Khabar gembira seperti ini jarang didapati oleh mana-mana manusia melainkan sangat sedikit.

Saya telah menyemak hadith yang dimaksudkan oleh Tuan Sheikh tersebut, iaitu bahawa Nabi sallAllahu `alaihi wasallam telah bersabda yang maksudnya:

“Barangsiapa yang mengerjakan ibadah haji dan dia tidak melakukan jima’ dan tidak pula melakukan perbuatan dosa, dia akan kembali dari dosa-dosanya seperti pada hari ketika ia dilahirkan oleh ibunya.” (HR. Al-Bukhari, Muslim, An-Nasa’i, Ibnu Majah dan At-Tirmidzi)

Dan apabila melihat balasan yang disediakan oleh ALLAH Subhanahu wa Ta`ala terhadap hamba-hambaNYA yang memperolehi haji mabrur, diri ini tersangatlah rasa penuh harap dan memohon agar dikurniakan dengan haji yang mabrur juga.  Nabi sallAllahu `alaihi wasallam menyebut tentang balasan kepada orang yang memperolehi haji yang mabrur, yang maksudnya:

“Umrah (yang pertama) kepada umrah yang berikutnya sebagai kaffarat (peng-hapus) bagi (dosa) yang dilakukan di antara keduanya, dan haji yang mabrur tidak ada balasan baginya, melainkan Syurga.” (HR. Malik, Al-Bukhari, Muslim, At-Tirmidzi, An-Nasa’i dan Ibnu Majah).

ALLAHU AKBAR!  Mudah-mudahan kita semua memperolehinya.  Dan untuk memperolehinya, mestilah kita letakkan usaha yang sungguh-sungguh mulai sekarang, doa, tawakkal dan penuh harap kepada ALLAH Jalla wa A`la agar kita dimasukkan ke dalam golongan hamba-hambaNYA yang beruntung, amin…

LabbaiKA ya ALLAH!  LabbaiKA ya ALLAH!

www.muzir.wordpress.com


4 responses to “Tafsir Mimpi Seorang `Alim Dan Kaitannya Dengan Haji Mabrur

  • Syam Ns

    boleh share di FB tak?

    Like

  • iman

    Manusia – Eh, dah subuh dah?
    Malaikat – bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuh mu.
    Syaitan – Alahhhhhh, kejaplah, ngantuk ini. Awal lagi ni. Zzzzz

    Manusia – Nak makan, laparlah.
    Malaikat – Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah…
    Syaitan – Ahh, takyahlah. Dah lapar ini! Mmm.. Sedapnyaaaa.

    Manusia – Hari ni nak pakai apa ye?
    Malaikat – Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat.
    Syaitan – Ehh, panaslah! Takda style langsung, nampak kampung!

    Manusia – Alamak, dah lewat!
    Malaikat – Bersegeralah wahai manusia, nanti terlewat ke pejabat.
    Syaitan – Ahhh! Awal lagi. Hmm, aahh. Suruh si X, punchkanlah.

    Manusia – Azan sudah kedengaran.
    Malaikat – Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan kewajipan.
    Syaitan – Baru pukul berapa? Relax lah. Awal lagi ni.

    Manusia – Eh, eh.. Takleh tengok ini, berdosa!
    Malaikat – Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu. Sesungguhnya Allah Maha Melihat & Mengetahui!
    Syaitan – Perggghh! Best tu. Rugi oh kalau tak tengok ni.

    Manusia – Saudaraku sedang melakukan dosa.
    Malaikat – Wahai anak Adam, cegahlah ia.
    Syaitan – Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang, lantaklahh!

    Manusia – Elok kalau aku sampaikan nasihat ini kepada orang lain.
    Malaikat – Wahai anak Adam, nasihat-menasihatilah sesama kamu.
    Syaitan – Sendiri fikirlah! Semua dah besar. Buat apa susah susah, pandai pandailah.

    Manusia – Aku telah berdosa.
    Malaikat – Wahai anak Adam, bertaubatlah kamu. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun.
    Syaitan – Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat. Lagipun muda hanya sekali. Rugilah.

    Manusia – Kalau pergi, mesti seronok!
    Malaikat – Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai Allah, berpalinglah dari jalan itu.
    Syaitan – Jangan bimbang, takda sesiapa yang tahu. Jomlah!

    Manusia – Uh.. Letihnya harini. Tak solat lagi ni.
    Malaikat – Wahai anak Adam, taatilah Allah dan Rasul-NYA, kebahagiaan di dunia & akhirat untukmu. Solat itu wajib bagimu.
    Syaitan – Hey anak Adam, ikutilah aku, kebahagiaan di dunia (sahaja) & kebahagiaan di akhirat (jangan mimpilah!) untukmu.

    Sekarang ,
    1. Manusia – Patut ke aku biarkan teks ini tetap di sini atau share ??
    2. Malaikat – Ingatkan pada kawan yang anda kenal !
    3. Syaitan – Tak payahla ~

    **Ini bukan mesej berantai ~
    Just for sharing & caring. . *
    Sama2lah kita beristiqomah dan mengingati sesama muslim

    Like

  • Ridzuan Zukifly

    Moga ramai yang tahu bahawa ibadat Haji itu seolah-olah “jalan pintas” utk mendapat Syurga Allah.

    Moga iman kita diterima-Nya… walaupun hanya sekadar rindu & ingin menjejakkan kaki ke Tanah Suci akan diterima disisi-Nya. Amin..

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: