“Burp, Selesaikanlah Hutang-Hutang Ini Wahai Anakku!”

Saya bukanlah seorang yang arif dalam hal ekonomi dan kewangan negara.  Tetapi apabila membaca satu petikan akhbar tentang jumlah hutang negara kita mencecah RM437 bilion, saya tergambar generasi anak-anak saya nanti.  Jumlah itu bukanlah kecil.  Bukan RM437 ribu, bukan RM437 juta; tetapi RM437 bilion!!!  RM 437,000,000,000.00!!!

Petikan berita yang dimaksudkan:

KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan hutang negara kini mencecah RM437 bilion berdasarkan Laporan Bank Negara yang dikeluarkan baru-baru ini.

“Laporan Bank Negara Malaysia bertarikh 30 september 2011 menyatakan angka hutang negara setakat suku ke 2 tahun ini menunjukkan hutang negara mencecah RM437 bilion,” kata Anwar pada pembentangan belanjawan Pakatan Rakyat 2012 di parlimen hari ini.

Menurutnya, jika unjuran Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi 2011 dibuat berdasarkan pertumbuhan 5 peratus, maka kadar keberhutangan negara kini mencecah 53 peratus dari KDNK negara.  –  keadilandaily

Saya bukanlah peminat tokoh pembangkang di atas.  Jumlah hutang yang dinyatakan oleh beliau itu mungkin boleh dipertikaikan kebenarannya.  Namun, yang menarik perhatian saya ialah maksud petikan berita itu.  Iaitu sifat suka bermewah dan mahu hidup dalam keagungan dengan cara berhutang.  Apa yang diutarakan oleh beliau amat merisaukan saya sebagai seorang rakyat.  Saya risau dengan generasi akan datang yang terpaksa memikul beban hutang yang sangat besar ini. 

Apabila membaca petikan di atas, saya tergambar segala kemewahan yang pernah saya nampak dengan mata saya dan baca melalui media tentang kemewahan yang dibina oleh pihak kerajaan.  Kebanyakan binaan dan program gah yang diadakan oleh pihak kerajaan sangat-sangat tidak memberikan manfaat yang banyak kepada rakyat secara langsung.

Yang pasti, individu-individu ‘hebat dan dihormati’ yang terlibat telah pun kenyang dengan majlis sebegitu.  Bukan sahaja kenyang perut, tetapi juga mungkin kenyang ‘poket’.  Sedangkan rakyat masih dalam kesusahan.

Bapa Berhutang Untuk Hidup Mewah, Tetapi Anak Yang Terpaksa Bayar

Sebagai seorang bapa dan orang biasa, saya hanya boleh tergambarkan keadaan ini seumpama seorang bapa yang hidup dalam kemewahan dan gah.  Kononnya kemewahan itu untuk dinikmati oleh anak-anak dan seisi keluarga.  Sedangkan yang mahu makan sedap-sedap dan pakai hebat-hebat bukanlah anak-anak, tetapi sebenarnya si bapa itu sendiri.

Jika segala kemewahan yang mahu dinikmati itu menggunakan duit sendiri tidaklah mengapa.  Malangnya, si bapa berbelanja itu dan ini bukan menggunakan duit sendiri, tetapi berhutang.  Berhutang untuk hidup mewah!

Selepas habis makan di restoran mewah, sambil mengurut perutnya yang buncit dia berkata kepada anak-anaknya:

Anak-anakku, hari ni Abah dah belanja kamu semua makan sedap.  Seronok tak?  Bersyukurlah kepada Abah yang banyak memberikan kamu kesenangan selama ini.  Berterima kasihlah.

Si anak lalu tersenyum bahagia dan seronok.  Mereka tidak tahu bahawa bapanya menggunakan kad hutang atau nama famousnya kad kredit.  Perut sudah kenyang, hati sudah seronok, tapi hutang masih belum bayar.

Banyak lagi contoh lain yang nyata boleh dilihat hari ini.  Mahu hidup mewah, tapi hutang keliling pinggang.  Konon untuk keseronokan anak, tetapi yang sebenarnya yang hendak guna dan nikmati ialah si bapa itu sendiri.  Si anak tidak tahu apa.  Malah risiko yang terpaksa mereka hadapi juga mereka tak sedar.

Ya, si bapa seronok dan seronok.  Tetapi apabila saat kematiannya tiba, tibalah pula saat kesusahan dan derita yang terpaksa dihadapi oleh anak-anak disebabkan oleh keborosan si bapa.  Si anaklah yang terpaksa membayar hutang-hutang itu semua.

Bapa beginikah yang saya dan anda mahu jadi?  Saya rasa tentu ramai yang menjawab tidak.  Dan tentulah yang lebih baik ialah dengan hidup bersederhana dan berbelanja mengikut kemampuan sedia ada.

Terus Nasihat Atau Tukar Kerajaan?

Jika dalam kes bapa di atas, si bapa tadi mestilah ditegur dan dinasihati secara berterusan agar berubah.  Jika beliau tidak mahu menukar tabiat buruknya itu, maka tidak ada peluang bagi si anak untuk tukar bapanya.  Itulah bapanya dunia dan akhirat.

Dalam kes kerajaan kita ini pula bagaimana?  Mahu tegur lagi?  Mahu nasihat lagi?  Tidak pernahkah rakyat, NGO, ahli akademik dan pihak pembangkang menegur?  Sudah banyak kali.  Tetapi tetap begitu juga.  Projek-projek mega, majlis-majlis glamour dan bermacam lagi perbuatan yang ternyata membazir terus menjadi dasar dan gaya hidup mereka.

Mereka gembira dan seronok dalam keadaan berhutang.  Dan hutang mereka (negara kita) sudah mencecah RM437 bilion!    Jika keadaan ini berterusan dan hutang-hutang tidak diusahakan untuk diselesaikan, maka anak-anak generasi akan datanglah yang terpaksa menanggung hutang yang besar ini.  Pemimpin hari ini sudah pun menghirup kesedapan duit yang mereka pinjam itu.  Mereka dah kenyang.

Mahu terus nasihat?  Mereka makan nasihat???

Kalau boleh tukar, tukar!

www.muzir.wordpress.com

Advertisements

3 responses to ““Burp, Selesaikanlah Hutang-Hutang Ini Wahai Anakku!”

  • Anonymous

    ni pula perkara yang Anuar takkan citer ……………….

    Rizab Antarabangsa BNM pada 30 September 2011

    Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia berjumlah RM417.2 bilion (bersamaan dengan USD131 bilion) pada 30 September 2011. Paras rizab pada 30 September 2011 telah mengambil kira pelarasan suku tahunan bagi peningkatan nilai rizab disebabkan oleh penilaian semula pertukaran asing berikutan pengukuhan beberapa mata wang utama berbanding dengan ringgit pada suku ketiga.

    Lihat juga: Penyata Aset & Liabiliti BNM pada 30 September 2011

    Bank Negara Malaysia
    7 Oktober 2011

    © Bank Negara Malaysia, 2011. All rights reserved.

    kalau citer tak da modal pulak pilihanraya….

    in English it goes like this:

    “what you hear is the truth but not the whole truth its only part of the truth” i.e in this case the he only tell you the part which he only want you to know” the other part well just hide it.

    Like

  • Shahmuzir

    Dari seorang kawan FB:

    “HUTANG NEGARA MALAYSIA SEHINGGA 2012 by THE ECONOMIST DALAM RM

    Public Debt : 428.707853 billion Malaysian ringgits
    Public Debt Per Person : 14 797.6687 Malaysian ringgits
    Population : 28,993,150
    Public Debt as % of GDP : 53.9%
    Total annual debt change : 11.9%”

    Like

  • Muhammad Habibunnajar a.k.a JAWE

    Assalam…kami yg sebagai pelajar pun sudah dapat merasai bahang beban hutang bg mereka yg mengambil PTPTPU…inikan pula bagi seorang awam yg suda bekerja..dan yg sudah mempunyai tanggungan yg lain….semakin lama saya perhati…semakin bengkak rasa di hati..bila kami hendak luah kan..ada pula AUKU dan akta 174 yg membatasi suara kami…kononnya terpengaruh dgn politik tertentu…dr atas asbab si ‘bapa’ yg menanggung hutang..memyebabkan..’anak – anaknya’ juga terlibat sama..adakah si ‘bapa’ tadi memang menggalakkan anak-anaknya hidup dengan beban hutang???Bukan ke RASULULLAH sendiri pun Telah berdoa kpd ALLAH..supaya dijauhkan dr hutang2..tidak kah si ‘bapa’ tidak mahu mengambil sedikit pengajaran dr ini??

    Mukin ‘bapa’ fikir..

    ‘BAPA’ BOLEH..!!
    ‘ANAK’ BOLEH..!!

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: