Monthly Archives: November 2011

[Video] ‘The Message’ Filem Terbaik Tentang Dakwah Rasulullah

Filem bertajuk ‘The Message’ arahan Moustapha Akkad adalah filem evergreen yang sentiasa dapat menarik perhatian sebahagian kita apabila menontonnya.  Bukan sekadar menarik perhatian, malah menyentuh hati dan perasaan serta pasti menitiskan air mata terutama pada babak terakhir filem tersebut, walaupun  sudah beberapa kali menontonnya.

Filem yang dihasilkan pada 1976 ini mengisahkan perjalanan hidup Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam secara ringkas, bermula dari dakwah secara bersembunyi di Makkah, peristiwa hijrah, perang Badar, perang Uhud, perjanjian Hudaibiah hinggalah peristiwa pembukaan Makkah.  Penggambaran filem tersebut telah dilakukan selama hampir 5 bulan di Libya dan Morocco.

Terdapat dua versi bahasa telah dihasilkan bagi filem.  Continue reading

Advertisements

[Video] Saya Tidak Pernah Pindahkan Jin Dengan Bas – Dr Haron Din

Kisah Dato’ Dr. Haron Din memindahkan sekumpulan jin menggunakan beberapa buah bas pernah hangat dulu dan masih diperkatakan sehingga sekarang.  Ketika saya belajar di UKM pada tahun 1995-1999, kisah ini selalu dijadikan buah mulut para penceramah agama, apatah lagi peristiwa tersebut dikatakan berlaku di sebuah fakulti di UKM dan dekat pula dengan kamsis tempat saya tinggal.

Mungkin beliau pernah membuat penjelasan sebelum ini.  Kini dengan adanya teknologi internet, penjelasan lebih mudah disebarkan kepada ramai.  Berikut adalah penjelasan Dato’ Dr. Haron Din tentang kisah tersebut: Continue reading


[Video] Jauhilah Kumpulan Tareqat & Aliran Sufi

Ummat ISLAM pada akhir zaman ini ramai bilangannya, tetapi mereka ibarat buih banjir, iaitu tidak berkualiti.  Jika dibandingkan dengan kualiti ummat ISLAM pada zaman salafussoleh, walaupun bilangan mereka tidaklah ramai, tetapi kualiti mereka sangat hebat.  Formulanya ialah mereka berpegang teguh dengan al-Quran dan as-Sunnah.

Kita pada hari ini bukan sahaja dihinggapi penyakit cintakan dunia dan takutkan mati, malah ada sebahagian ummat ISLAM yang dilihat seakan mereka ini hidup beragama, tetapi sebenarnya kualiti agama yang ada pada diri mereka sangat jauh dari yang sebenar yang telah ditinggalkan oleh Nabi sallAllahu `alaihi wasallam.

Besar serban mereka, panjang janggut mereka, putih seragam jubah mereka. Namun sayang, amalan-amalan mereka sangat jauh menyimpang dari petunjuk Nabi sallAllahu `alaihi wasallam.  Lihat sahaja video yang dipetik dari youtube berikut: Continue reading


Koleksi Artikel Untuk Remaja Sempena Cuti Sekolah

Remaja yang selalu mengisi masa hadir ke majlis ilmu akan disayangi ALLAH.

Assalamu`alaikum warahmatullahi wabarakatuh…

Buat para remaja yang dikasihi ALLAH sekalian, minggu ini maka bermulalah cuti sekolah yang panjang buat kalian.  Ini adalah antara nikmat ALLAH yang diberikan buat kalian untuk menikmati masa lapang setelah setahun berhempas pulas dengan mujahadah kalian di dalam medan ilmu.

Tetapi ingat, ramai orang yang leka dengan nikmat masa lapang ini.  Justeru, dalam kalian berehat dan berseronok dengan masa lapang yang ALLAH kurniakan ini, janganlah dibiarkan begitu sahaja.

Banyak aktiviti bermanfaat yang kalian boleh lakukan seperti menziarahi sanak-saudara, berbakti kepada ibubapa, mengulangkaji pelajaran yang lepas, mempersiapkan diri dengan cabaran yang akan datang, mengimarahkan masjid, mentadabbur al-Quran, menonton video-video yang mempunyai nilai ilmu, melakukan rombongan sambil belajar dengan rakan-rakan ke tempat yang menarik dan banyak lagi.

Artikel Khas Untuk Remaja

Di dalam blog ini, ada beberapa artikel yang saya rasa baik untuk ia dibaca oleh kalian sebagai remaja.  Artikel-artikel ini mungkin boleh dimanfaatkan kalian tatkala masa terluang, sebagai alternatif kepada lain-lain aktiviti yang bermanfaat, insyaALLAH. Continue reading


Saluran Radio Islami

10 tahun yang lalu, tiada saluran radio yang bercirikan Islam sepenuhnya.  Yang ada, hanyalah segmen-segmen atau rancangan-rancangan agama yang tempohnya mungkin dalam 30 minit atau 1 jam sahaja.

Hari ini, alhamdulillah sekurang-kurangnya ada 3 saluran radio Islami yang boleh diikuti oleh masyarakat Muslim yang berbahasa Melayu khususnya.

  1. http://www.hang106.or.id/
  2. http://www.radiominda.com/
  3. http://www.ikimfm.my/ikimfm/ (Frequensi 91.5 fm bagi Lembah Klang)

Semoga ALLAH memberkati usaha mereka yang terlibat dengan penerbitan saluran radio ini dan semua para pendengarnya, amin.

Shahmuzir Nordzahir
muzir.wordpress.com
22 November 2011

Diskusi Ilmiah ‘Sifat Solat Nabi’ Oleh Ust Adlan


Tajuk:

Sifat Solat Nabi sallAllahu `alaihi wasallam

Oleh:

Al-Fadhil Ustadz Adlan bin Aziz (Panel hadith Al-Ahkam.net)

Tarikh & Waktu:

1 Disember 2011 (Khamis), Selepas solat fardhu Maghrib.

Peta Lokasi:

Continue reading


[Video] Bengkel Penulisan Kreatif 2

Bengkel Penulisan Kreatif Ke 2 Anjuran Bersama Al-Fikrah.net dan Kumpulan Karangkraf berikut telah diadakan di Kompleks Karangkraf Shah Alam pada Sabtu 10 November 2011.

Sila tonton dan ambil manfaat dari tokoh-tokoh ini melalui video yang dipaparkan di bawah: Continue reading


Jemaah Tabligh: Iman Terputus Jika Dakwah Putus

“Astaghfirullah, macam ni keadaan belting ni hancur?!”  kata saya.

“Ha’ah bang.  Motor skuter macam abang pakai ni kena selalu buat maintenance bang.  Sebulan sekali kena tengok.  Manja sikit skuter ni”  balas mekanik yang berumur hujung belasan tahun.

Saya termenung.  Agaknya selama ni saya bawa motorsikal dalam keadaan belting tersebut nyawa-nyawa ikan sahaja.  Dan syukurlah, ajalnya sampai ketika hari masih siang, cuaca elok dan ditentukan oleh ALLAH ia gagal berdekatan dengan woksyop pula.  Alhamdulillah.

'Belting' motor terputus & hancur!

Saya terpaksa tunggu lama.  Sebab tiada spare part.  Mereka terpaksa membelinya di kedai spare part yang berdekatan.  Sambil menunggu saya melihat telatah dan gelagat remaja-remaja yang keluar masuk ke bengkel motorsikal tersebut.  Mendengar perbualan mereka, saya dapat mengagak bahawa bengkel tersebut diusahakan oleh beberapa orang pemuda/remaja Melayu.  Datang rasa bangga dalam hati saya, lalu mendoakan agar mereka berjaya dalam perniagaan, amin.

Sedang menunggu, tiba-tiba telefon bimbit saya berbunyi Continue reading


Nasihat Buat Remaja SAMJ

Jumaat lalu, 15 Zulhijjah 1432H bersamaan 11 November 2011, saya diberi keizinan oleh ALLAH untuk berkongsi sesuatu dengan pelajar-pelajar Sekolah Agama Menengah Jeram, Kuala Selangor.

Disebabkan oleh guru penasihat BADAR iaitu Ustadz Shauqi mengatakan bahawa tajuknya bebas, maka saya memilih untuk menghuraikan sebuah hadith yang sangat penting untuk diketahui oleh para remaja, iaitu hadith yang disampaikan oleh Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam kepada Ibnu `Abbas radhiAllahu `anhuma seperti berikut: Continue reading


[An-Nasihah] Kelebihan Sebarluaskan Salam

Muka surat 1

Muka surat 2

Jika ada manfaatnya risalah ini, silalah sebarkan dan tampal di papan-papan kenyataan masjid/surau/pejabat atau rumah tuan/puan.  Semoga ALLAH membalasi kebaikan tuan/puan semua dengan ganjaran yang banyak, amin.

Untuk memuat turun (download) dalam versi PDF, sila klik pautan (link) berikut, insyaALLAH:

Tuan/puan boleh memuat turun lain-lain terbitan An-Nasihah di pautan ini:

Semoga ada manfaatnya, insyaALLAH.

Shahmuzir Nordzahir
muzir.wordpress.com
10 November 2011

%d bloggers like this: