Anakku, Buatlah Perkara Baik dan Ajaklah Adikmu & Kawanmu Sama!

Selesai mengajar Nabilah dan Husna mengaji al-Quran, saya membacakan hadith tentang kebaikan menuntut ilmu dan kelebihan menyebarkannya.  Ada empat hadith telah saya baca.  Tapi yang paling menyeronokkan saya dan anak-anak ialah hadith berikut:

Dari Abu Mas`ud `Uqbah bin `Amr al-Ansori al-Badri radhiAllahu `anhu berkata bahawa Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda:

“Barangsiapa yang memberi petunjuk kepada kebaikan maka ia mendapat pahala seperti pahala orang yang mengerjakannya”  (HR Muslim)

Nabilah dan Husna tersipu-sipu malu apabila saya memberikan beberapa contoh tentang bagaimana mereka berdua boleh mengaplikasikan hadith di atas samada di rumah, di sekolah ataupun di rumah transit tempat mereka menumpang.

Macam-macam yang mereka boleh buat.  Bukan setakat buat dan ajak orang dalam hal ilmu agama dan ibadah seperti solat, puasa sunnat dan tutup aurat, malah dalam hal-hal harian seperti sapu sampah, basuh pinggan, kutip sampah, basuh baju, jemur baju dan lain-lain juga boleh diambil manfaat dari hadith ini, insyaALLAH.  Asal sahaja buat baik dan ajak orang lain buat baik.

“Kalau macam tu, Abahlah yang paling untung.  Semua yang kitorang buat Abah dapat sama sebab Abah selalu nasihat dan suruh kitorang buat macam-macam…”  Husna menyampuk.  Nabilah tersenyum mendengar keluhan adiknya.

“Yalah.  Kalau nak untung kenalah berebut-rebut buat baik dan ajak orang lain sama buat baik.  Jangan buat sorang-sorang je.  Dan jangan tunggu Abah atau Ummi suruh.  Kalau orang lain buat sama, diorang dapat pahala.  Sambil tu, Husna dan Nabilah pun dapat sama tau.  Sebab Nabilah dan Husna yang ajak diorang buat baik…”  Balas saya menjawab ketidakpuashatian Nabilah dan Husna.

Faisal yang sebelum itu bermain-main dengan Jannah di atas sofa, datang dekat dan duduk bersila sama.  Saya lalu menerangkan bagaimana Faisal juga boleh mengaplikasikan hadith di atas di rumah transit bersama kawan-kawan sebayanya yang beumur 4 tahun.  Faisal ternganga dan tercengang.  Senyum pun ada.  Tapi lebih banyak tercengang!

Nak bagi lebih mengancam, saya minta Faisal pen dan kertas untuk saya terangkan:

Saya memberi penerangan:

  1. Kalau Faisal buat baik:
    • Faisal dapat pahala buat baik.
  2. Kalau Faisal buat baik dan ajak Adam buat TAPI Adam tak buat pun:
    • Faisal dapat pahala sebab Faisal buat baik.
    • Faisal dapat pahala sebab Faisal ajak Adam buat baik.
  3. Kalau Faisal buat baik dan ajak Adam buat, DAN Adam buat sama:
    • Faisal dapat pahala sebab Faisal buat baik.
    • Faisal dapat pahala sebab Faisal ajak Adam buat baik.
    • Adam dapat pahala sebab Adam buat baik.
    • Faisal dapat pahala sebab Adam buat baik.

Selesai menjelaskan hal di atas beserta dengan contoh yang berjela-jela, saya pun tamatkan sesi tadzkirah malam itu.

“Bestnya.  Boleh Faisal simpan kertas ni?”  Pinta Faisal sambil Nabilah dan Husna menjeling kertas tersebut.

“Simpanlah, hehe…”  Balas saya sambil memikirkan alangkah bagusnya jika saya mempersembahkannya dalam bentuk ilustrasi/gambar.  Takpelah…

Oh anak-anakku, Nabilah, Husna, Faisal dan Jannah; buatlah perkara baik dan ajaklah adik-adikmu dan kawan-kawanmu buat sama perkara kebaikan itu.  Semoga ALLAH mengganjari kalian dengan kebaikan, menyayangi kalian dan memelihara kalian selama-lamanya, amin.

Shahmuzir Nordzahir
muzir.wordpress.com
9 November 2011
Advertisements

One response to “Anakku, Buatlah Perkara Baik dan Ajaklah Adikmu & Kawanmu Sama!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: