[Video] Jauhilah Kumpulan Tareqat & Aliran Sufi

Ummat ISLAM pada akhir zaman ini ramai bilangannya, tetapi mereka ibarat buih banjir, iaitu tidak berkualiti.  Jika dibandingkan dengan kualiti ummat ISLAM pada zaman salafussoleh, walaupun bilangan mereka tidaklah ramai, tetapi kualiti mereka sangat hebat.  Formulanya ialah mereka berpegang teguh dengan al-Quran dan as-Sunnah.

Kita pada hari ini bukan sahaja dihinggapi penyakit cintakan dunia dan takutkan mati, malah ada sebahagian ummat ISLAM yang dilihat seakan mereka ini hidup beragama, tetapi sebenarnya kualiti agama yang ada pada diri mereka sangat jauh dari yang sebenar yang telah ditinggalkan oleh Nabi sallAllahu `alaihi wasallam.

Besar serban mereka, panjang janggut mereka, putih seragam jubah mereka. Namun sayang, amalan-amalan mereka sangat jauh menyimpang dari petunjuk Nabi sallAllahu `alaihi wasallam.  Lihat sahaja video yang dipetik dari youtube berikut:

Ada puluhan lagi video di Youtube, malah mungkin ratusan dan ribuan video lagi memaparkan upacara pelik seperti di atas.  Mungkin kita tidak pernah melihat dengan mata kepala sendiri.  Dengan adanya rakaman-rakaman sebegini, barulah kita sedar akan kewujudannya.

Hal seumpama ini bukan sahaja ada di tempat kita.  Malah ada di serata dunia ummat ISLAM.  Amat menyedihkan kita.  Mereka menyangka bahawa apa yang mereka perbuat itu betul dan baik dalam usaha menuju keredhaan ALLAH, tetapi ternyata sangkaan mereka sangat meleset.  Inilah yang berlaku dalam sebahagian kumpulan tareqat dan orang-orang yang menggelarkan diri mereka sebagai ahli-ahli sufi.

Jauhilah Kumpulan-Kumpulan Tareqat & Aliran Sufi

Jauhilah kumpulan-kumpulan tareqat dan aliran sufi.  Itulah nasihat umum saya sebagai pencegahan awal.  Kerana kebanyakannya telah dicemari dengan amalan-amalan melampau, bid`ah dan kesesatan.  Malah telah banyak fatwa dikeluarkan samada fatwa dari mufti-mufti kerajaan yang memerintah ataupun fatwa dari para ulama besar dunia mengenai kumpulan-kumpulan tareqat yang telah jelas akan kesesatannya.  Mesti berhati-hati.

Ini cuma sebahagiannya sahaja:

Bagaimana Pula Dengan Kumpulan Tareqat dan Aliran Sufi Yang Tidak Sesat?

Ya, memang tidak dinafikan ada kumpulan tareqat dan aliran sufi yang tidak sesat.  Namun, saya mengajak semua rakan-rakan agar sangat berhati-hati dengan kumpulan tareqat dan aliran sufi.  Sebagaimana yang telah saya sebutkan di atas, kebanyakannya telah dicemari kesesatan dan bercanggah dengan syariat Islam yang sebenar.

Jika ada niat mahu menyertai mereka, saya nasihatkan pertimbangkanlah masak-masak.  Kerana tuan/puan hanya mendedahkan diri tuan/puan kepada bahaya dan risiko kesesatan.  Kedudukan kumpulan tareqat yang tuan/puan mahu sertai itu belum jelas akan kesahihannya.  Nasihat ini adalah dengan maksud pencegahan.

Ia ibarat seseorang bertanya kepada saya mahu diikut jalan manakah untuk sampai ke suatu destinasi?  Jalan A kah?  Atau jalan B?

Pastinya saya akan menasihati jalan yang lebih selamat dan terjamin.  Dan pastinya saya menasihatinya bersungguh-sungguh agar menghindari jalan yang penuh kekaburan dan banyak bahaya.  Khuatir nanti masuk gaung, terlanggar haiwan buas, dirompak di tengah jalan dan macam-macam tragedi lagi.

Itulah yang akan saya nasihat kepada yang bertanya kepada saya mengenai kumpulan tareqat dan aliran sufi.  Bukan semuanya sesat, tapi kebanyakannya sesat.  Khuatir nanti tuan/puan terjebak dengan kesesatan dan sukar berpatah balik.  Jika sedar ia sesat lalu dapat berhenti dan berpatah balik, mungkin dapat diselamatkan.  Tapi kalau tidak sedar bahawa ia sebenarnya jalan sesat, habislah!!!

Pilihlah jalan yang selamat yakni jalan yang jelas telah ditinggalkan oleh Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam kepada kita melalui hadith-hadith yang sahih.  Tinggalkanlah apa-apa yang kabur, meragukan dan tidak pasti.

Berjalanlah di Atas Jalan Yang Pasti, Tinggalkan Yang Kabur

Nabi sallAllahu `alaihi wa sallam telah berpesan:

إنَّ الْحَلَالَ بَيِّنٌ، وَإِنَّ الْحَرَامَ بَيِّنٌ، وَبَيْنَهُمَا أُمُورٌ مُشْتَبِهَاتٌ لَا يَعْلَمُهُنَّ كَثِيرٌ مِنْ النَّاسِ، فَمَنْ اتَّقَى الشُّبُهَاتِ فَقْد اسْتَبْرَأَ لِدِينِهِ وَعِرْضِهِ، وَمَنْ وَقَعَ فِي الشُّبُهَاتِ وَقَعَ فِي الْحَرَامِ

“Sesungguhnya yang halal itu jelas dan sesungguhnya yang haram itu jelas.  Dan di antara keduanya ada perkara yang samar-samar.  Tidak ramai manusia tahu mengenainya.  Maka barangsiapa yang menjaga dirinya dari melibatkan diri dari perkara-perkara yang samar, sungguh dia telah menyelamatkan agamanya dan maruahnya.  Dan sesiapa yang melibatkan diri dengan perkara-perkara yang samar, jatuhlah dia ke dalam yang haram.”

(HR al-Bukhari dan Muslim)

Dan Nabi sallAllahu `alaihi wa sallam juga telah bersabda:

دَعْ مَا يُرِيبُك إلَى مَا لَا يُرِيبُك

“Tinggalkanlah apa yang kamu ragu-ragu kepada apa yang tidak kamu ragu-ragu.”

(HR at-Tirmidzi, katanya hadith ini hasan sahih)

Ia suatu pesanan yang sangat jelas dan menyelamatkan kita.

Hadirilah majlis ilmu.  Rujuklah dengan para ilmuan agama yang dipercayai ilmu agamanya.  Kenalilah agama ISLAM melalui syariat Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wasallam.  Bukan syariat rekaan tok-tok guru yang mungkin menyesatkan.  Bukan syariat-syariat yang tidak mempunyai sandaran dari nas yang sahih dan kuat.

Jika disiplin dzikir dan penjernihan hati yang disediakan oleh sheikh-sheikh tareqat dan aliran sufi menjadi tarikan utama manusia menyertainya, lalu saya ingin bertanya tidakkah Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam telah meninggalkan banyak kalimah dzikir dan hadith-hadith yang apabila dibaca selalu dapat menjinakkan hati dan meningkatkan iman?

Kenapa tidak memilih tareqat/jalan Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam?  Kenapa tidak diamal dzikir-dzikir yang diajar Nabi sallAllahu `alaihi wasallam?  Adakah kaedah yang diajar oleh tok-tok sheikh lebih mulia dan terjamin?

Muhasabahlah saudara-saudaraku sekalian.  Pilihlah jalan yang pasti dan lurus.  Janganlah pilih jalan yang samar-samar dan tidak terjamin.  Kitab-kitab hadith yang muktabar telah banyak ditinggalkan oleh para ulama buat kita.  Di situlah rujukan kita.

Semoga ALLAH Ta`ala memberikan kita hidayah dan taufiqNYA serta memelihara kita semua dari kesesatan.  Dan semoga saudara-saudara Muslim kita yang kini terjebak dengan ajaran-ajaran sesat kembali taubat kepada ajaran ISLAM yang sebenar, amin…

– muzir.wordpress.com

23 November 2011


35 responses to “[Video] Jauhilah Kumpulan Tareqat & Aliran Sufi

  • Mfadliadha Mrashid

    Astaghfirullah .. menakutkan … semoga Allah SWT memelihara iman kita sekeluarga dan zuriat/keturunan kita

    Sedih pun ada, takut pun ada, marah pun ada , lucu pun ada … bila lihat video2 ni

    Like

    • Shahmuzir

      Tujuan perkongsian ini memang itulah tujuannya. Supaya orang2 yang kita kenali dan sayangi khususnya, juga buat semua amnya, berhati2 terhadap amalan2 yang jauh dari petunjuk Rasul. Semoga ALLAH memelihara kita semua, amin… 🙂

      Like

  • Azfar Ramli

    Kumpulan tarikat dan sufi mempunyai satu tujuan yang baik,iaitu untuk menghampirkan diri kepada Allah, yang di atas hanya mewakili sebahagian sahaja kumpulan tarikat dan sufi… bukan nya semua kumpulan tarikat dan sufi begitu….apa2 pon, kita perlu berhati-hati dari terjebak dari aktiviti di atas ini…

    Like

    • Shahmuzir

      Ya, saya setuju dengan komen tuan.

      Tujuan tulisan ini adalah:

      1) supaya masyarakat berhati-hati dan tidak terlibat dengan kumpulan tareqat dan aliran sufi yang kebanyakannya mengamalkan amalan yang terkeluar dari syariat Islam.

      2) supaya masyarakat memilih tareqat/jalan yang jelas, pasti dan terjamin iaitu jalan yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam dan beramal dengan sunnah2 yang telah ditinggalkan Baginda buat kita.

      Like

  • moharaz

    Kat mana yang sesat? Mgkin cara dia ekstrem skit kot..Tapi klu nak kata sesat, org yang kat disko tu lg sesat…penyanyi2 n penari lagi sesat. Yang ni den pun x berani cakap sesat, sbb dia zikir..klu tuduh orng zikir sesat, kita yang x zikir ni lagi sesatkan? Setau sy ahli sufi cam tok kenali, tok ku paloh, Abdul Rahman Limbung dan banyak lagi ahli sufi adalah dari kalangan tarekat. X caya bacalah buku wali-wali tanah melayu klu x silap lar tajuknyer.

    Dan bukankah cara hidup nabi itu ada 4 perkara, terakat, hakikat, makrifat dan syariat. Walaupun x berapa paham, tapi itu yang sy ingat apbila terbaca salah satu sirah nabi. Hilang satu x sempurna la kan?

    Saya cuma x berapa setuju bab tajuk “Jauhilah Kumpulan Tareqat & Aliran Sufi”. Sebab dah jadi macam fitnah kepada para wali2 yang terkenal yang mengamalkan tarekat dan sufi ni.

    Sekadar pendapat dan pemahaman sy sahaja. Hanya tuhan yang maha mengetahui. maaf klu terkasar bahasa atau keterlaluan.

    Like

    • Shahmuzir

      Maaf jika tuan tak berapa setuju dengan tajuk yang dipilih. Saya sengaja memilih tajuk itu kerana itulah nasihat saya kepada para penanya apabila mereka bertanya tentang menyertai kumpulan tareqat dan aliran sufi.

      Saya akan katakan: “jauhilah kumpulan tareqat dan aliran sufi kerana terlalu banyak yang sesat, walaupun bukan semua sesat. Ambillah yang lebih jelas dan terjamin iaitu amalan2 Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam. Yang ini pasti dah tak sesat.”

      Saya risau jika rakan2 saya menyertai kumpulan tareqat dan aliran sufi akhirnya bertemu dengan kesesatan. Maka terbazirlah masanya selama beberapa tahun terlibat dengan kumpulan2 tareqat dan aliran sufi itu. Alangkah bagusnya jika masa kita dimanfaatkan dengan amalan2 dzikir yang Nabi sallAllahu `alaihi wasallam ajar yang sudah pasti betul, terjamin dan tidak sesat.

      Dalam bab agama ni, kita kena pastikan yang tulen dan terjamin dan jangan ambil risiko sangat, sebab kalau salah tindakan, natijahnya api neraka!

      Like

  • ozone_crash

    Mana-mana individu yang tersesat didalam bertareqat saya ucapkan takziah. Perkataan dan ayat yang menjurus kepada satu tuduhan elok dielakkan, Alhujurat ayat 13 Allah berfirman: Wahai orang yg beriman jauhilah kamu dari berburuk sangka kerana ianya satu dosa.

    Bila kita mengadili satu toifah, biarlah secara pasti. Aku rasa,aku agak-agak, pada fikiran kau, adalah suatu tindakan yang tidak budiman.Ibarat hendak menjadi pengadil.Mana mungkin kita dapat mengadili sesuatu permainan kalau hanya duduk di grand stand. Hendak menjadi hendaklah berada didalam padang.

    Apakata saya cadangkan tuan menyertai mana-mana jamaah tareqat barang setahun dua utk mentahqiqkan akan kesesatan mereka. Saya seorang pelajar Ulumul Quran di Riyadh Saudi arabia,pada mulanya bersikap prejudis terhadap gerakan tareqat.Akhirnya saya membaca kisah akan Al Imam Athoillah pada awalnya menghentam golongan tareqat sehinggalah beliau terlibat dgn jamaah sufi secara langsung.Keterlibatan beliau dlm gerakan sufi maka lahirlah kitab AL HIKAM yg sehingga kini tiada siapaun dapat mengarang sehebat kitab ini.

    Pengalaman beliau dirasai oleh saya sendiri , apatah lagi pegangan saya pada pendapat Ibnu Taimaiyyah dan Ibnu Qayyim Al Jauzi menebal selepas saya pulang dari Riyadh.

    Oleh itu tuan, jadi hakim yang adil. Seperti kata Al Ghazali ; Memberi nasihat itu mudah, yang sukar adalah menerima nasihat.

    Assalamualaikum.!!!!!

    Like

    • Shahmuzir

      wa`alaikumussalam warahmatullah…

      Saya setuju dengan semua kata2 tuan. Dan saya ucapkan tahniah jika tareqat yang tuan sertai itu semakin mendekatkan diri dengan ALLAH dan tidak terpesong dari syariat Islam. Itu suatu nikmat dari ALLAH buat tuan, alhamdulillah.

      Adapun tentang pendirian saya terhadap kumpulan tareqat dan aliran sufi, tetap tidak berganjak. Dan nasihat saya kepada orang2 yang bertanya kepada saya tetap akan menggunakan nasihat yang telah saya tulis di atas. iaitu berhati2 dan jauhilah kumpulan tareqat dan aliran sufi, sebaliknya belajarlah tareqat yang jelas dan terjamin dari sunnah2 Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam.

      Jika tuan boleh berkongsi lebih lagi pengalaman tuan, mungkin saya boleh kongsikan pengalaman tuan yang baik itu untuk saya jadikan ia sebagai contoh tareqat yang baik.

      ALLAHU A`LAM.

      Like

  • ikram84

    Assalamualaikum

    Tertarik pula saya nak tinggalkan komen dekat sini 🙂 harap tak da masalah kot.

    Sedara Shahmuzir, yang pasal fatwa dekat atas tu sedara kena lah faham.. tiada lagi fatwa mengatakan tarikat/jalan sufi itu haram.

    kalau sedara perasan di belakang e-fatwa tu mesti ada al-hasaniah, yang-dibawa-oleh-hamzah-bin-embi, al-aliyyah-syeikh-nazim-al-haqqani..

    jadi ini lah guru-guru mereka yang mungkin terpesong atau tersasar dari ajaran islam.

    cuma, saya setuju nasihat sedara shahmuzir, elok mereka bertanya kepada yang lebih arif, tetapi adakah orang di masjid itu arif? Bagaimana nak mengenal org yang arif? Zaman sekarang memang sukar nak bezakan yang alim, yang palsu, yang bertopeng, mereka semua kelihatan sama jer.

    cuma tips saya.. kalau minat atau di ajak ke tarikat atau sufi, ingat lah syariat, tinggalkan jika ia melencong dari syariat.. seperti tak yah solat, mengucap cara lain, dan sebagainya.

    Like

    • Shahmuzir

      wa`alaikumussalam warahmatullah…

      Terima kasih kerana memberikan komen. Saya sangat menghargai komen sesiapa sahaja yang sudi berkongsi buah fikiran dan pendapat. Sekurang2nya saya tahu reaksi pembaca.

      Saya tidak mengatakan keseluruhan tareqat dan sufi itu sesat. Saya kata kebanyakannya sesat. Antaranya beberapa fatwa yang saya lampirkan di atas. Sebenarnya banyak lagi fatwa kesesatan kumpulan tareqat dan sufi telah dikeluarkan oleh para ulama. Senarai di atas cuma sedikit yang saya ambil dari laman e-fatwa JAKIM sebagai contoh kumpulan2 tareqat dan sufi yang sesat di Malaysia. Sekadar membuka jalan untuk para pembaca sedar.

      Disebabkan terlalu banyak kesesatan berlaku kepada kumpulan2 tareqat dan sufilah maka saya nasihatkan agar jauhilah ia. Sudah saya sebut di dalam artikel di atas dan di beberapa komen di atas juga. Inilah sebabnya.

      Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wasallam telah meninggalkan kita dengan sunnah-sunnahnya untuk kita ikuti. Cara hidupnya boleh dibaca di dalam kitab2 hadith seperti kitab Syamail Muhammadiah susunan Imam at-Turmudzi dan kitab Riyadhussolihin susunan Imam an-Nawawi. Dzikir2 pula boleh diperolehi dari kitab2 seperti al-Adzkar susunan Imam an-Nawawi dan juga Hisnul-Muslim susunan Said bin Ali bin Wahaf Al-Qahtani.

      Bacalah kitab2 hadith, nescaya kalian akan merasakan pada sunnah Nabi sudah mencukupi buat diri kita ikuti. Tidak perlu lain2 lagi seperti kumpulan tareqat, sufi dan seumpamanya. ALLAH sendiri telah mengesahkan bahawa “sungguh bagi kamu, Rasulullah adalah contoh ikutan terbaik”.

      Kenapa kita mahu mencuba2 cara yang belum pasti dan di sana telah terbukti banyak kesesatan telah berlaku? Bukankah sunnah2 Nabi sallAllahu `alaihi wasallam adalah suatu yang lebih terjamin untuk kita ikuti? Atau bagaimana pendapat kalian semua? ALLAHU A`LAM.

      Like

      • azmaniy

        Cuba tuan teliti ulasan tuan ini….
        Bacalah kitab2 hadith, nescaya kalian akan merasakan pada sunnah Nabi sudah mencukupi buat diri kita ikuti. Tidak perlu lain2 lagi seperti kumpulan tareqat, sufi dan seumpamanya. ALLAH sendiri telah mengesahkan bahawa “sungguh bagi kamu, Rasulullah adalah contoh ikutan terbaik”.

        Kenapa kita mahu mencuba2 cara yang belum pasti dan di sana telah terbukti banyak kesesatan telah berlaku? Bukankah sunnah2 Nabi sallAllahu `alaihi wasallam adalah suatu yang lebih terjamin untuk kita ikuti? Atau bagaimana pendapat kalian semua? ALLAHU A`LAM.

        Beginilah cara tuan ‘belajar’ ilmu. Walaupun Kitab yg tuan sebut memang menjadi rujukan para ulama, tapi sayang tuan hanya belajar dengan membaca sahaja. Tuan tidak ambil sanad ilmu dari para ulama. Seperi Syamail MUhammadiyyah…dgn siapa Tuan ambil bacaannya dan juga sanadnya? atau main faham-faham terjemahan sahaja? Inilah satu bentuk kesesatan yang nyata yang menjadikan Tuan suka menyalahkan tareqah dan sufi secara sembrono sahaja…tulisan dan nasihat tuan ini bukan untuk kebaikan, namun lebih kepada kesesatan, menyesatkan orang awam yang memang jauh dgn tareqah dan tasawwuf ini…harap tuan mengadap dengan para Murabbi Mursyid dulu sebelum berkata karut…

        Like

        • Shahmuzir

          Nasihat untuk mengajak masyarakat kembali kepada al-Quran dan as-Sunnah dengan membaca dan belajar dari kitab2 hadith adalah seruan mulia dan baik. Saya tak faham kenapa tuan tidak menyetujuinya. Dan saya tak faham tujuan tuan yang lebih memuliakan tuan2 syaikh2 tareqat dan sufi dengan menyuruh saya dan masyarakat mengadap mereka dahulu…

          Baca kembali tulisan di atas dan beberapa komen saya sebelum ini. Dan jangan lupa tonton video di atas sekali lagi. Dan cubalah muhasabah diri, adakah itu ajaran Nabi sallAllahu `alaihi wasallam? ALLAHU A`LAM.

          Like

  • bans

    sotoy lo,,,,, ilmu baru sejengkal,,, brani koreksi agama orang lain,,, agama lo agama lo,, agama gue agama gue,,, usil aja jadi orang,,, live is choice,,, silakan pilih,,, macem tau aja jalo lo dah bener,,, dasar lebay

    Like

    • Shahmuzir

      Tuan, kita manusia ni mesti hidup saling tegur dan menasihati. ISLAM ni jadi cantik dan subur kerana perbuatan ummatnya yang saling nasihat-menasihati. Pernah dengar kan, “Agama itu nasihat”. Kita tak boleh bersikap seperti yang tuan cakap di atas, iaitu “live is choice” dan “asal saja jadi orang”. Bahaya minda seperti ini. Kalau kita berfikiran begini, nescaya rosaklah masyarakat kerana masing-masing pentingkan diri sendiri.

      Di dalam surah al-`Asr, ALLAH mengatakan semua manusia rugi kecuali yang beriman, beramal soleh, nasihat-menasihati dengan kebenaran dan kesabaran. Dan di dalam surah ali `Imran pula, ALLAH kata berjayalah orang yang mengajak kepada kebaikan, menyuruh kepada ma`ruf dan mencegah kemungkaran. Justeru, kita mesti ambil peranan untuk memperbaiki berdasarkan saranan ALLAH Ta`ala. ALLAHU A`LAM.

      *Sila perbaiki cara tuan menulis 😉

      Like

  • azmaniy

    Tuan jangan tohmah Tarekat dan sufi andai tuan jahil tentang kedua-duanya. memang ada tipudaya dalam apa jua ‘lapangan’ agama. termasuk tuan juga, tidak akan terlepas dari kesesatan andai tuan senang-senang aja memahami alquran tanpa guru secara bersanad. Tuan jgn jadi antara ‘alamat kiamat’ yang cuba menyalahkan generasi sahabah, Tabiin, Tabi’ tabi’in dan seterusnya yang sinonim dengan amalan tareqah/aurad/zikir yang diterima dari Rasulillah dan para Murabbi Mursyid yang maqasidnya untuk menyucikan hati ‘anma siwallah….Allah Allah Allah Allah…

    Like

    • Shahmuzir

      Yang disentuh di dalam tulisan ini ialah tentang kumpulan sufi dan tareqat yang sesat. Dan berhati2 terhadap kumpulan2 sufi dan tareqat yang lain. Sila baca semula untuk faham.

      Like

  • ridzuan nauzdir

    Artikel dah lama rupanya… baru sempat jenguk. Semoga Allah kurniakan ketabahan pada tuan rumah dalam menghadapi “salah persangkaan” dari para pengunjung.

    Poin utama artikel ialah “menjauhi aliran yang sesat”. Sayangnya poin ini tak diterima terlebih dulu, kerana emosi sudah tak terkawal. Sebahagian pengunjung yang bersetuju dengan aliran tarekat-sufi semacam menggelabah pula, seakan-akan keyakinan mereka tidak boleh digoncang-goncang sama sekali.

    Satu poin yang diperolehi ialah : apabila seseorang menyertai satu aliran tarekat-sufi, ada 2 kemungkinan samada ia menyertai aliran tarekat-sufi yang bermasalah ataupun aliran yang benar. Seandainya dikurniakan dia menempuh aliran yang masih berada dalam ruang lingkup syarak, Alhamdulillah. Namun jika sebaliknya, dia bakal berada dalam satu aliran yang mana dia merasakan dia sedang mendekatkan diri kepada Allah, tetapi hakikatnya dia sedang bergelumang dengan kesesatan. Semoga Allah jauhkan kita semua daripada keaddan ini.

    Semoga kita semua bersedia untuk mendengar hujah & pandangan yang mungkin berlawanan dengan keyakinan kita selama ini. Renungkanlah firman Allah SWT berkenaan hamba-hamba-Nya yang mendengar hujah-hujah dan memilih secara adil setelah ditimbang dengan neraca al-Qur’an & Sunnah (bukannya neraca sangkaan atau nafsu):

    “Yang berusaha mendengar perkataan-perkataan yang sampai kepadanya lalu mereka memilih dan menurut akan yang sebaik-baiknya (pada segi hukum ugama); mereka itulah orang-orang yang diberi hidayah petunjuk oleh Allah dan mereka itulah orang-orang yang berakal sempurna.” (az-Zumar 39:18)

    Like

  • Uwais Al Qarani

    Allah,Allah,Allah

    Like

    • Uwais Al Qarani

      Ya Allah terangkanlah mata hati kami,dekatkanlah kami kepadaMu Ya Allah, bukakanlah hijab pada mata hati kami, tunjukkanlah kami kepada jalan kebenaran dan limpahkanlah rahmat MU dan redhailah Kami Ya Allah, Ya Rahman Ya Rahim.

      Like

  • Shahmuzir

    Beberapa pandangan Imam asy-Syafi`i, rahimahullah:

    Apabila disebut nama Imam Syafie, rata-rata umat Islam mengenalinya. Apatah lagi di negara seperti Malaysia, yang majoriti umat Islam bermazhab Syafie. Pun begitu, ada pendapat atau pegangan Imam besar ini yang tidak popular di negara kita, atau sengaja tidak dipopularkan. Antaranya:

    1) Imam Syafie berakidah Allah Taala berada di atas Arasy.

    Imam Syafie berkata: “Pegangan dalam sunnah yang aku berada di atasnya, dan dipegang oleh mereka yang aku temui seperti Sufian, Malik dan lain-lain ialah menyaksikan bahawa tidak ada Tuhan yang sebenar selain Allah dan Muhammad adalah pesuruh Allah, dan Allah berada di atas arasyNya di langitNya, mendekati makhlukNya sebagaimana Dia kehendaki, turun ke langit dunia sebagaimana Dia kehendaki”. Al-Uluw oleh Al-Zahabi (hlmn: 165), Ijtima’ Al-Juyusy Al-Islamiyyah (hlmn: 165).

    2) Imam Syafie menegaskan kewajipan beriman dengan segala sifat Allah, dan sifat Allah hendaklah dipelajari melalui syarak, bukan dengan akal.

    Kata Imam Syafie: “Allah Taala mempunyai nama-nama dan sifat-sifat. Tidak boleh seseorang pun menolaknya. Sesiapa yang menyalahi selepas tertegak hujah di hadapannya, maka dia menjadi kufur. Manakala sebelum tertegaknya hujah, dia dimaafkan dengan alasan jahil. Kerana ilmu tentangnya tidak dapat diperolehi dengan akal, pandangan, dan fikiran”. (Fathul Bari 20/494)

    3) Imam Syafie berpendapat pahala bacaan Al-Quran tidak sampai kepada si mati.

    Firman Allah Taala yang bermaksud:
    “Dan bahawa sesungguhnya tidak ada (balasan) bagi seseorang melainkan (balasan) apa yang diusahakannya”. (Al-Najm: 39).

    Ibn Katsir berkata, “Daripada ayat yang mulia ini, Imam Syafie -rahimahullah- dan mereka yang mengikutinya mengeluarkan hukum bahawa pahala hadiah bacaan (Al-Quran) tidak sampai kepada orang-orang yang mati”. (Tafsir Ibn Katsir: 7/465).

    4) Imam Syafie melarang bersembahyang berimamkan orang Syiah.

    Al-Buwaitiy (murid Imam Syafie) bertanya kepada Imam Syafie, “Bolehkah aku bersembahyang di belakang orang Syiah?”

    Imam Syafie berkata, “Jangan bersembahyang di belakang orang Syiah, orang Qadariyyah, dan orang Murjiah”

    Al-Buwaitiy bertanya pula tentang sifat-sifat mereka. Lalu Imam Syafie menyifatkan, “Sesiapa yang mengatakan Abu Bakr dan Umar bukan imam, maka dia Syiah”. (Siyar A’lam Al-Nubala 10/31).

    5) Imam Syafie mencela kumpulan sufi.

    Imam Syafie berkata: “Kalau seorang lelaki bertasauf pada awal pagi, tidak sampai waktu Zohor kamu akan mendapati dia sudah menjadi bebal”. (Manaqib Al-Syafie 2/208)

    Kata beliau lagi: “Tidak ada seorang pun melazimi golongan sufi selama 40 hari, kemudian akalnya boleh kembali (seperti sediakala)”. (Talbis Iblis: 371)

    Kata beliau lagi: “Seorang sufi tidak menjadi sufi melainkan ada padanya empat sifat:
    – sangat malas
    – banyak makan
    – banyak tidur
    – banyak cakap kosong”.
    (Manaqib Al-Syafie 2/208).

    Antara kata-kata Imam Syafie lagi tentang tasauf: “Tasauf diasaskan di atas kemalasan”. (Hilyatul Awliya).

    Beliau juga berkata: “Aku mendampingi golongan sufi selama tiga puluh tahun, aku tidak melihat seorang pun dalam kalangan mereka berakal kecuali Muslim Al-Khawwash”. (Talbis Iblis: 447).

    6) Imam Syafie mencela orang yang mendalami ilmu kalam.

    Kata Imam Syafie: “Hukumanku terhadap ahli kalam ialah mereka hendaklah dipukul dengan pelepah-pelepah, diusung di atas unta, dan bawa mengelilingi kabilah-kabilah. Dilaungkan kepada mereka: Inilah balasan orang yang meninggalkan Kitab dan Sunnah, dan mempelajari ilmu kalam”. (Tawali al-Ta’sis: 64).

    7) Imam Syafie mewajibkan tunduk kepada dalil, bukan taksub kepada imam.

    Kata Imam Syafie: “Ulama telah berijmak (sepakat) bahawa sesiapa yang telah nyata baginya sunnah Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam, tidak halal dia meninggalkannya kerana mengikut pendapat seseorang”. (Madarij al-Salikin 2/335).

    *Dipetik dari: http://abuumair1.wordpress.com/2009/04/29/beberapa-pendapat-imam-syafie/

    Like

  • Anonymous

    salam saudara..
    saya adalah hamba allah yang sangat kerdil ingin berkongsi pendapat sendiri. perjalanan sufi dan tariqat ini merupakan satu jalan yang benar, cara ahli sufi ini hidup hanya kerana allah…namun ada juga diantara mereka yang tersilap langkah. pekara begini terjadi kerana seketul daging kecil dalam diri manusia yang tidak dapat melawan jiwa mereka. pernahkah tuan-tuan berfikir sejenak siapa yang bergelar sufi? sufi merupakan seorang ahli ibadat (abid) dimana mereka ini mencari jalan ketuhanan. namun ada dikalangan mereka telah sampai kepada tuhan dan ada yang jauh dari rahmat tuhan, mereka yang sampai kepada tuhan ini yang dikatakan wali. segala apa yg dikatakan mereka itu adalah ilham dari tuhan. tidak ada nabi dan rasul selepas nabi muhammad s.a.w namun tidak ada mana-mana sumber sahih yang mengatakan tidak wujud wali selepas rasulullah. pada masa ini kita hanya bergantung pada fatwa ulama terutamanya di malaysia. ulama2 kita banyak mengutarakan fatwa tentang larangan-larangan berkenaan sufi dan tariqat yang salah. adakah kita pernah berfikir bahawa ulama kita lebih dasyat dari mereka? adakah fatwa di negara kita ini yang mengharamkan seperti pertandingan ratu cantik? pernah kah ada fatwa yang melarang perkara yang menunjukan aurat di dalam tv? rata2 jabatan agama islam menangkap orang-orang tidak berpuasa…tuan-tuan cuba ingat semula dalam al- quran yang menyatakan bahawa solat itu mencegah dari perbuatan keji dan mungkar. jadi kenapa penguatkuasa kita tidak menangkap mereka yang tidak solat?
    kenapa mereka tidak menangkap perempuan2 yang mendedahkan aurat? sedangkan aurat itu haram… para sufi dan tariqat yang sebenar dikatakan menjalankan ibadah dhalala, sedangkan ulama2 kita membiarkan perkara haram berlaku disana ini….

    saudara,…fikir2 dan renung2kan siapa yang kita perlu ikut? adakah golongan tariqat sufi yang mencari jalan Allah itu atau golongan yang dikatakan ilmuan islam yang sanggup besekongkol dengan perkara2 haram sedangkan mereka ada kuasa (fatwa) untuk menghalangnya?

    saudara.. ilmuan kini hanya berfikir secara logik akal sahaja. cuba saudara kaji balik perjalanan diantara nabi musa dan nabi khidir..apa yg telah dilakukan oleh nabi khidir sesuatu yang diluar pemikiran akal manusia namun semuanya ilham dari Allah s.w.t.

    saudara… sebagai penganut agama suci allah, alquran dan sunnah merupakan pegangan kepada semua umat islam. tapi allah jadikan akal untuk kita berfikir tentang alam. soalan saya pada saudara, manusia dijadikan dari tanah, haiwan, tumbuhan dari apa? begitulah pemikiran ahli sufi….mereka merungkai perkara yang tersirat yang saudara sendiri tidak pernah terfikir.

    Like

    • Shahmuzir

      wa`alaikumussalam.

      Terima kasih kerana memberi komen dan nasihat. Saya hargai tulisan sebegini. Walaupun saya tidak bersetuju dengan sebahagian yang diutarakan, namun nasihat yang diberi dengan tulisan yang baik in sha’ ALLAH bermanfaat sesama muslim.

      Respon saya dari perenggan 1 saudara:
      – perkara yang jelas haram seperti pertandingan ratu cantik, pendedahan aurat yang saudara senaraikan itu tidak perlukan fatwa dari ulama. Ia jelas haram. Fatwa dikeluarkan bagi menjelaskan kekeliruan awam mengenai sesuatu hukum, contohnya aliran2 atau kumpulan2 yang sesat seperti yang telah saya senaraikan dalam artikel. Masyarakat yang keliru perlukan kepada fatwa sebegini.
      – Soal penguatkuasaan itu terserah kepada pemerintah.
      – Sebagai individu kita jalankanlah peringatan demi peringatan. Tulisan ini juga berbetuk peringatan agar tidak terjebak dengan aliran sufi dan kumpulan tareqat yang sesat. Fadzakkir, innama anta mudzakkir.

      Respon saya dari perenggan 2 saudara:
      – Kita hanya ikut ulama dan kumpulan2 yang tepat dengan ajaran Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam. Bukan ulama kerajaan, bukan juga ulama sufi/tareqat yang menjadi ukuran.

      Respon saya dari perenggan 3 saudara:
      – Kisah yang disebut di dalam surah al-Kahfi iaitu antara Nabi Musa dan Khidir itu selalu dijadikan sandaran oleh kumpulan2 tareqat dan aliran sufi bagi mengesahkan tindakan mereka benar. Kita muslim hanya hukum pada yang zahir sahaja. Tidak wajar kita mengambil kisah tersebut lalu meletakkan kisah tersebut pada diri kita kononnya kita tahu apa yang tersirat dan akan datang. Jika begitu, maka banyaklah sampan yang dibocorkan, banyaklah dinding usang tidak boleh dirobohkan dan banyaklah juga anak yang kena bunuh dengan alasan mereka mengikut Khidir.

      Respon saya dari perenggan 4 saudara:
      – Ya, `aqal sewajarnya dimaksimumkan penggunaannya. Ia anugerah besar dari ALLAH kepada manusia. Darinya manusia kenal Penciptanya. Contohnya Nabi Ibrahim dan Nabi Muhammad, `alaihumussolatu wassalam, mereka membezakan baik dan buruk berdasarkan `aqal yang fitrah suci sebelum wahyu datang.
      – Gunakanlah `aqal sebaik mungkin, tapi al-Quran dan as-Sunnah sewajarnya menjadi petunjuk buat kita agar tidak terpesong dari jalan ALLAH. Dan melalui `aqal yang sihat jugalah, in sha’ ALLAH, kita boleh membezakan mana baik dan buruk.

      Allahu A`lam.

      Like

  • hafiz

    Org yg ada ilmu tau mne nk pilih yg mne btol dn mne yg salah.xperlulah smpai kata ‘jgn msuk tareqat’..gunalah ilmu.

    Like

    • Shahmuzir

      Orang yang berilmu in sha’ ALLAH tiada masalah. Mereka mungkin dapat bezakan antara haq dan batil dengan izin ALLAH. Tulisan ini ditujukan kepada orang awam yang selalu bertanya samada wajarkah mengikut kumpulan tareqat dan aliran sufi.

      Saya katakan, “Tak perlulah. Jauhi perkara-perkara yang tidak pasti seperti kumpulan tareqat dan aliran sufi ini. Ramai telah terperosok ke dalam kesesatan lantaran tidak mengenali yang mana benar dan mana yang salah. Kita ada al-Quran dan ada as-Sunnah, ikutlah yang itu dulu. Utamakanlah yang itu dulu. In sha’ ALLAH, orang yang benar-benar ikut al-Quran dan as-Sunnah akan berasa cukup.”

      Allahu A`lam.

      Like

  • penyokong sufi

    X blh ckp cm 2.nmpk sgt wahabi2.kt malaysia ni byk tarikat .bekas mufti negeri 9 org tarikat.wali songo.kiai salleh rmai lgi org tarikat.insaf la.x de ilmu bljar bg habis dlu.igt tnah melayu ni byak jasa pada org 2 sufi.wahabi tau dok mna.ni la wahabi dok sesatkan org

    Like

  • mohd hafizuddin bin abd shukor

    Assalamalaikum..
    ini berbeza manhaj nih… salafi VS kholafi… kedua-dua pihak sememangnya boleh bagi hujah berasaskan dalil-dalil daripada Hadith, Al-Quran, Kitab, Ulama dan ijma’. Benda ni TIDAK akan selesai kerana masing-masing ada perbezaan dalam menentukan SUMBER-SUMBER hujah yang sahih dan authentik. Masing-masing kata ini daripada Quran dan Sunnah dan tidak bercanggah dengan kedua-duanya… Korang sedar ke tak ni? Stops fooling each other. Sangat sedikit manfaatnya kalau nak cerita pasal isu tarekat atau sufi ni. Ia perlu kajian yang mendalam. Saya CABAR, sesiapa yang berada dalam lapangan ilmu ISLAM, hasilkan THESIS kajian dalam isu ini. Sumber rujukan adalah daripada sumber-sumber yang pro, kontra dan neutral dalam isu sufi.

    p/s: dengan qudrat ilmu yang sedikit ini dan sangat daif dalam ilmu Islam, saya cadang, ubah la sedikit tajuk post ni. Tambah ayat: “Yang Sesat” pada akhir tajuk tu. Baru la adil dalam medan ilmu. Ayat tu kena spesifik, tidak boleh pukul rata pada mana-mana pihak. Nak jaga syariat, bukan setakat jauhkan orang ramai pada hal yang syubhah. Kena bagi ilmu pada masyarakat, berinteraksi dengan mereka, baru lah tahu apa persoalan dan cara nak ‘handle’ pemkiran masyarakat. Anda perlu ada sikap tanggungjawab dalam MEMBAHAS ilmu dan MENYAMPAIKAN ilmu. Dua perkara yang berbeza. Syukran.

    Like

    • Shahmuzir

      Wa`alaikumussalam warahmatullah. Terima kasih atas nasihat dan cadangan.

      Saya tetap dengan tajuk di atas. Cadangan supaya ditambah ‘yang sesat’ sangat tak relevan. Sudah tentu yang sesat untuk dijauhi. Ia dimaklumi semua.

      Ada sebabnya ditulis tajuk begitu. Yang dipinta dalam tajuk ini ialah ‘jauhi’. Anda faham perkataan ‘jauhi’? Saya telah tulis ayat2 yang cerah untuk dibaca oleh semua bagi memahamkan pembaca. Siap dengan contoh dan perumpamaan lagi.

      Kalau saudara tak boleh faham, saya tak dapat tolong lebih lagi. Saudara baca tulisan lain sahajalah… Yang ini skip.

      Like

      • sang.hitam

        Sebenarnya…tarekad dan sufi ni sekaligus diamalkan dengan fiqah syariat serta usuluddin di zaman Rasulullah S.A.W

        cuma bezanya…selepas zaman tabi’in…ianya dikenali sbg tarekad dan sufi…sepertimana nama ilmu fiqah…usuluddin…asbab an nuzul…dan lain lain…semuanya dulu dijalankan secra bersama.

        So….kalaulah penulis masih berkeras dgn tajuk pena…maksudnya….penulis sendiri tidak memiliki ilmu yang cukup untuk mentafsirkan Tarekad dan Tasawuf…dengan kata lain…penulis tidak memiliki point yg melayakkanya membentang tajuk diatas.Secara x langsung…penulis telah menyusahkan dirinya sendiri…dan secara langsung…tulisan penulis diatas adalah sekadar artikel…yang tidak memiliki kekuatan untuk dianggap betul….sudah pasti penulis akan back up dirinya sendiri…kerana persoalan ini sudah jelas mentafsirkan sendiri…bahawa penulis masih khilaf ilmu…dan tulisanya tida boleh diguna pakai. tq.

        Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: