[Video] Saya Tidak Pernah Pindahkan Jin Dengan Bas – Dr Haron Din

Kisah Dato’ Dr. Haron Din memindahkan sekumpulan jin menggunakan beberapa buah bas pernah hangat dulu dan masih diperkatakan sehingga sekarang.  Ketika saya belajar di UKM pada tahun 1995-1999, kisah ini selalu dijadikan buah mulut para penceramah agama, apatah lagi peristiwa tersebut dikatakan berlaku di sebuah fakulti di UKM dan dekat pula dengan kamsis tempat saya tinggal.

Mungkin beliau pernah membuat penjelasan sebelum ini.  Kini dengan adanya teknologi internet, penjelasan lebih mudah disebarkan kepada ramai.  Berikut adalah penjelasan Dato’ Dr. Haron Din tentang kisah tersebut:

“Adalah amat tidak benar saya pernah membuat satu usaha memindahkan jin dengan menggunakan bas. Tidak pernah berlaku dan tidak pernah saya buat kerja yang macam itu.”  – Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din

Semoga dengan penjelasan ini, masyarakat yang mengagumi dan menyayangi Dato’ Dr. Haron Din tidak lagi menggunakan kisah tersebut untuk dijadikan modal ceramah dan perbualan.  Berpada-padalah dalam mengagumi manusia selain Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam.

Dan buat sebahagian ahli masyarakat yang tidak menyenangi beliau, harapnya penjelasan ini memberhentikan tohmahan dan kutukan berkaitan kisah ini.  Semoga kalian dapat mempelajari pengajaran bahawa memeriksa sesebuah cerita itu dari tuan punya badan adalah penting sebelum kalian ingin membantai dan mengkritik.

Shahmuzir Nordzahir
muzir.wordpress.com
23 November 2011

10 responses to “[Video] Saya Tidak Pernah Pindahkan Jin Dengan Bas – Dr Haron Din

  • wansiti

    salam,
    memang sejak kecik saya dengar cerita ni..
    rupanya memang tak benar ye?

    Like

  • APAN

    salam tuan blog…saya telah kongsikan artikel ni dlm blog saya…boleh ye… 🙂

    Like

  • yua

    slm. sy student UKM jugak. pernah dgr cerita hal ni dari lec saya. baru beberapa mggu yg lepas lec sy cakap yg Dato’ haron din pernah mggunakan bas utk membawa keluar ‘benda2 tu’ dari UKM. haha maknanya selama ni kami tertipu laa.. adoiii. x benar rupanya. hmmm

    Like

  • Khaider Bustami

    AAH … rupa rupanya cite nie tak betul rupa nya .. ish ish ish .. dari darjah 2 ustaz kat sekolah cite pasal benda nie

    Like

  • Anonymous

    klau sy x silap kisah dato’harun din pndk jin dg bas ada disiar dlm akhbar puluhn thn yg lalu.sthu sy smua org mmprcyai pd masa itu.sy x prnah dngr mngta kn crta itu x bnar.smua ny mmuji mynjung kagum kebatn d’ h din sdh tntu pulisiti yg ckup hebat.sdh tntu pst rwatn islm drul syifa brtmbh trknal?hny skrng bru kita dgr ada yg brkta jk lh bnr crita itu?sudh tntu unt cari pulisti murahan?.knpa sdh pluhn thn baru skrg d’ ust hron din baru buat pnapian.apa kah krna dulu smua org mprcyai mmuji ust diam x buat pnpian.skrng org ramai mprtikai kisah itu baru ust buat pnafian.sy cadng kn agr sy dn org ramai x ragu2 harap sngt krana allah buat pnfian brsmpah dg nama allah.agr sy dn org ramai x ada lg yg burk sngka dg ust mohon ampun mmaf jk tulisan sy ini mnygung….

    Like

    • Shahmuzir

      Rakan saya yang mengikuti kelas Dr Haron Din di Bangi ada mengatakan bahawa telah ramai bertanya hal ini dengan beliau, dan beliau telah menafikannya. Menurut rakan saya itu, Dr Haron Din telah menafikannya juga di dalam kelas2 pengajian. Mungkin sekarang ini, dengan teknologi internet dan mula terima dengan efektifnya youtube sebagai medan penyebaran maklumat, sebab itulah video tersebut dibuat.

      Entahlah. Saya bersangka baik dengan tokoh ini. Terpulang dengan pendapat masing2…

      Like

  • Anonymous

    Dulu ada cerita pasal Dato’ Haron Din ‘membersihkan” atau bahasa mudahnya pindahkan jin-jin yang mengganggu di Jambatan Pulau Pinang. Ada beberapa siri dalam NST. Mungkin saudara berminat untuk cari dan kongsi semula… Wallahu ‘alam

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: