Monthly Archives: December 2011

Bagaimana Menghafal Al-Quran?

Saya bukanlah di kalangan orang yang bagus hafalannya.  Namun di dalam hati tidak pernah lekang rasa ingin menghafal banyak ayat-ayat al-Quran.  Supaya apabila dapat menghafal ayat-ayat al-Quran yang banyak, maka dapatlah mencontohi Nabi sallAllahu `alaihi wasallam, para sahabat Baginda, tabi`in, tabi`ut tabi`in dan orang-orang yang soleh selepas mereka yang berdiri lama tatkala mereka mendirikan solat malam seorang diri kerana membaca kalam-kalam mulia dari ALLAH Jalla wa A`la.

Semoga saya dan kalian semua dikurniakan keazaman, kesungguhan dan dijauhkan dari sifat malas dan putus asa selepas mendengar perkongsian yang disampaikan oleh Sheikh Wahid Abdus-Salam Bali (semoga beliau dipelihara ALLAH) berikut: Continue reading


Tiba-tiba…!

Saya pernah memandu kereta bersama keluarga, tiba-tiba sebuah motorsikal terjatuh lalu melanggar pintu kereta saya.  Memang terkejut kerana secara tiba-tiba keadaan yang pada asalnya santai-santai berbual dengan keluarga di dalam kereta, bertukar menjadi ngeri sekelip mata.

Saya juga pernah secara tiba-tiba dikunjungi oleh keluarga dari kampung tanpa pemberitahuan awal.  Terkejut tiba-tiba sudah berada di pagar rumah.  Rumah belum berkemas.  Tak sempat nak buat apa-apa.  Cuba bayangkan apa perasaan saya.  Malu dan resah datang menyerang perasaan.

Pernah juga semasa remaja dulu sedang menunggang motorsikal, tiba-tiba sahaja saya terlanggar sesuatu.  Blanked sekejap kepala saya.  Sedar-sedar saya sudah ada atas tanah dengan fering motor pecah, handle patah, fork lari dan lain-lain kerosakan.  Cuai!  Masa tu dah tak guna nak berkalau itu kalau ini lagi.  Dah terjadi.  Masa dah tak boleh nak patah balik.  Sakit dapat, rugi pun dapat! Continue reading


Hukum Menyertai, Meniru & Membesarkan Perayaan Orang Kafir

Beberapa pautan untuk dibaca bagi meningkatkan kefahaman tentang bagaimana memilih sikap kita sebagai ummat Islam terhadap perayaan agama lain: Continue reading


3 Perkara Suami & Isteri Mesti Beri Perhatian

Hangat berkasih sayang hingga ke Syurga!

Ada 3 perkara penting yang selalu diberi pesan oleh para penceramah kepada para suami isteri dalam menjaga kerukunan rumahtangga.  Dan 3 perkara itu adalah berbeza bagi suami terhadap isteri dan isteri terhadap suami.  Berikut adalah 3 perkara tersebut:

3 perkara yang suami mesti jaga dalam hal menjaga hubungan dengan isterinya ialah: Continue reading


Bagaimana Mahu Berjumpa Nabi Di Dalam Mimpi?

Masjid Nabi, Madinah al-Munawwarah.

Seorang remaja lelaki menghantar mesej SMS kepada saya bertanya soalan bagaimanakah untuk berjumpa dengan Nabi sallAllahu `alaihi wasallam di dalam mimpi?  Ma Sya ALLAH, memang bagus betul soalan tersebut.  Ia biasanya ditanya oleh orang-orang yang soleh yang rindukan Nabi sallAllahu `alaihi wasallam.

Saya tidak mampu untuk menjawabnya.  Soalan itu berat untuk saya menjawabnya kerana saya sendiri pun belum lagi direzekikan oleh ALLAH Ta`ala untuk mengalami mimpi yang mulia itu.  Beruntunglah sesiapa yang dapat bertemu dengan Nabi sallAllahu `alaihi wasallam di dalam mimpi semasa hayatnya.

Dari Abu Hurairah radhiAllahu `anhu, bahawa Nabi sallAllahu `alaihi wasallam pernah bersabda:

“Sesiapa yang melihatku dalam mimpi, bererti dia benar-benar melihatku. Sesungguhnya Syaitan tidak mampu menjelma rupaku.”  (HR Muslim)

Saya pernah mendengar jawapan yang sangat cantik yang pernah dijawab oleh Sheikh Muhammad Hassan (semoga ALLAH memelihara beliau) apabila ditanya soalan yang sama.  Beliau telah menjawabnya dengan menyampaikan suatu kisah yang beliau perolehi dari seseorang yang beliau kenali.  Kisahnya seperti berikut:- Continue reading


Berjaya: Penilaian Siapakah Yang Kita Utamakan?

“Beruntunglah badan.  Wajahnya cantik, dipujai ramai pula!”

“Hebat sungguh dia.  Sudah pakai kereta BMW…!”

“Kau dah tengok rumah dia?  Dahsyat!  Besar betul rumah dia.  Bangga aku jadi kawan dia!”

“Kau nak tahu tak, gaji dia sekarang sudah 5 angka!  Pangkat besar dia sekarang ni.  Berjaya betul dia!”

“Bahagia betul dia tu kan.  Asyik melancong je.  Tiga bulan lepas ke Australia.  Minggu lepas ke London pula”

Begitulah penilaian manusia kepada manusia lain.  Hebat, berjaya atau beruntungnya seseorang semuanya dinilai pada rupa, wang, pangkat dan harta.   Makin cantik rupa, makin banyak wang, makin tinggi pangkat dan makin melimpah harta, maka berjayalah seseorang itu pada pandangan manusia.  Jika tidak mempunyai salah satu darinya, maka akan dinilailah seseorang itu sebagai orang yang rugi dan tidak berjaya.  Itulah kejayaan definisi kebanyakan manusia.

Continue reading


Aduhai Remaja Yang Berdilema, Inilah Ubatmu!

Aduhai remaja yang dikasihi ALLAH, saya tahu kalian selalu dalam dilema.  Kalian keliru bagaimana mahu diwarnakan diri kalian.  Sekejap begini, sekejap begitu kalian mempersembahkan diri kalian.  Sekejap fesyen A, sekejap fesyen B.  Sekejap rambut C, sekejap rambut D.  Sekejap artis E, sekejap artis F yang kalian puja dan ikuti.

Ibarat sesumpah yang mengikut warna persekitaran, begitulah kalian boleh diumpamakan.  Kalian selalu terikut-ikut dengan apa yang diperbuat rakan.  Kalian juga selalu terbawa-bawa dengan apa yang dibawa oleh para selebriti melalui kaca-kaca TV dan majalah.  Malah iklan-iklan pun kalian turut terpengaruh.

Maaf jika kalian terasa jika saya katakan demikian.  Saya juga pernah melalui saat seperti kalian.  Beza di antara kita semua adalah saat bilakah kita mulai sedar dan bangkit keluar dari dilema yang membelit itu?  Cepat atau lambat?  Sempat atau sudah terlambat?  Sekarang atau karang? Continue reading


SMART Tunnel

Banjir kilat di KL, Disember 2011.

Dahsyat banjir kilat yang berlaku di Kuala Lumpur baru-baru ini.  Saya terbayangkan kenderaan-kenderaan yang terperangkap dan tenggelam di tempat parking bawah tanah.  Huh, habis!  Inna lillahi wa inna ilaihi raji`uun.

Terbaca di internet beberapa komen yang mengaitkan ia dengan kelemahan SMART Tunnel.  Terowong sepanjang 9.7km yang menelan belanja pembinaan sebanyak RM1.9 bilion itu sepatutnya menjadi penyelesaian yang ampuh untuk masalah banjir kilat yang kerap berlaku di Kuala Lumpur.  Malah itulah tujuan utama pembinaannya, selain membantu menyurai kesesakan trafik di bahagian selatan Kuala Lumpur.  Is SMART Tunnel isn’t that smart? Continue reading


Konvensyen Fiqh Ummah 2012

Melihat kepada senarai ilmuan yang bakal terlibat dengan program di atas sudah cukup membuatkan seseorang berasa teruja untuk menghadirinya.  Justeru makluman ini adalah sebagai makluman awal buat saya dan tuan/puan sekalian supaya bersedia untuk menyertainya, insyaALLAH.

Berikut adalah beberapa maklumat asas yang saya telah saya petik dari laman web rasmi program tersebut:  Continue reading


Solat Gerhana Matahari Dan Bulan

Hukum mengerjakan solat gerhana matahari (al-kusuf) dan gerhana bulan (al-khusuf) ialah sunat mu`akkad.  Ia lebih utama dikerjakan secara berjama`ah dan diseru “as-solatu jami`ah” ketika ingin mengerjakannya.

Solat gerhana matahari telah disyariatkan pada tahun ke-2 hijrah.  Manakala solat gerhana bulan pula disyariatkan pada tahun ke-5 hijrah.

Cara Mendirikan Solat Gerhana

Solat sunat gerhana matahari dan bulan dikerjakan dengan 2 rakaat.  Dan setiap rakaat mempunyai 2 kali rukuk.  Orang yang melakukannya hendaklah berniat samada mengerjakan solat sunat gerhana matahari atau solat sunat gerhana bulan.

Bagi solat gerhana matahari, bacaan al-Fatihah dan ayat al-Quran dibaca secara sirr (perlahan).  Manakala bagi solat sunat gerhana bulan, bacaan al-Fatihah dan ayat al-Quran dibaca secara jahar (kuat).

Mengenai cara melakukan solat gerhana, Imam al-Bukhari (947) dan Imam Muslim (901) meriwayatkan dari `A’isyah radhiAllahu `anha katanya: Continue reading


%d bloggers like this: