PAS Bukan Syiah! – Ketua Pemuda PAS Pusat

Akibat dari tuduhan-tuduhan liar dari pihak yang tidak bertanggungjawab yang mengaitkan Parti Islam SeMalaysia (PAS) dengan aliran Syiah, maka Ketua Pemuda PAS Pusat iaitu Ustadz Nasrudin Hassan al-Tantawi bangkit memberikan penjelasan seperti yang tertulis di ruangan Nota Facebook beliau::

Adusss…. parok – parok puak demo hentam PAS weih, saya nak jawab pun tak tahu nak jawab hok mana. Ginilah sahabat semua….

Mudah sahaja perbahasan kita ni. Saya kata PAS bukan Syiah ! tapi kalian kata tidakkk, PAS telah diserapi Syiah ! saya selaku pimpinan PAS, selaku tuan rumahlah bagi PAS, saya kata tidakkkk, PAS bukan Syiah! kalian masih juga kata , Tidakkk ! PAS menerima Syiah ! Letih laaa lagu nih 🙂

Sahabat ! saya tahu kalian semua sayangkan PAS sebagaimana saya juga sayangkan PAS. Kita semua tidak mahu PAS jadi syiah. Saya ucapkan syabas dulu buat kalian semua. Pakat – pakat kita jaga agar PAS tidak diresapi oleh Syiah apatah lagi jadi syiah.

Jgn salah sangka dan salah faham terhadap PAS. Sayakan salah seorang pimpinan PAS dan saya telah tegaskan bahawa PAS tidak terima Syiah. Mrk yg terbukti amalkan syiah atau menganut syiah, PAS telah ambil tindakan.

Kaedah untuk menuduh si polan si polan itu syiah, saya dan pimpinan PAS perlukan bukti jelas. Saya memahami aqidah syiah salah. PAS dasarnya Islam dan mazhab Ahlis Sunnah wal Jamaah.

Saya sebut orang syiah boleh masuk PAS dengan syarat terima dasar PAS iaitu Islam dan bermazhab Ahlis Sunnah wal Jamaah, maksudnya: mereka kena tinggal kan syiah dulu, terima ahli sunnah wal jamaah sbb itu dasar PAS, terima dasar PAS baru boleh masuk PAS.

Samalah kalau saya kata, non muslim boleh jadi ahli PAS tapi syarat mestilah mereka terima dasar PAS iaitu Islam. Kalau mereka terima atau menganut Islam, buang syirik dan bersyahadah, maknanya layaklah mrk jadi ahli PAS.

adapun isu Taqiyyah samalah juga dengan berpura – pura atau menipu, apa boleh kita buat. Sebab kita tidak tahu. Kita hukum yang zahirnya. Selebihnya kita serahkan kepada Allah swt. Sbg contoh, mungkin dalam ramai – ramai yang menyerang saya ini, adalah orang syiah sendiri yg berpura – pura mengaku salafi atau mengaku anti syiah walhal mereka adalah syiah, mrk hanya bertaqiyyah … boleh tak gitu …. mana saya tahu ? so… yang tidak kita tahu, jgnlah kita hukum.

Maksudnya tidak adillah kita nak hukum atas kes taqiyyah atau menipu ni. Malah orang melayu yang mengaku Islam dan bermazhab Syafiee sekalipun, sewaktu mereka menyokong PAS, mana kita tahu dia sokong sungguh atau dia menipu [bertaqiyyah jugak :)]

Soal menipu dan berpura – pura ni kita serah kepada Allah swt. Kita berhukum berasaskan syariat dan zahir perlakuannya. Kalau pengakuannya, ibadahnya, penampilannya, cara fikirnya dan lain – lain jelas dan zahir mengikut manhaj Ahli sunnah wal Jamaah, maka kita terimalah dia.

Sebagai contoh datang seorang individu, tidak kira siapalah dia dan mungkin ada back ground syiah, datang bertaubat depan kita dan berjanji nak amalkan Islam yang benar, dia buktikan melalui amalannya, maka kita terimalah dia.

Soal dia menipu, apa boleh kita buat… kita tidak boleh tolak orang semata – mata kita anggap dia menipu sebagaimana saya tidak boleh kata…. tak payah layan semua kritikan ini, ni semua puak – puak syiah ni yang berpura – pura jadi salafi laa, jadi golongan anti syiah laa untuk memecah belahkan PAS …. saya tidak boleh kata begitu. salah ! sebab itu saya perlukan bukti, tanpa bukti, tidak boleh nak bertindak atau menghukum.

Saya mempunyai latar belakang pengajian dari kedua – dua manhaj salaf dan khalaf. Sebab itu saya cenderung untuk tidak mengheret perbalahan antara salaf dan khalaf. Jadi tidak berbangkita
ah isu salafi atau tidak.

Adapun hadir saya bersama Tuan Guru Presiden PAS ke majlis Taqrib Mazahib bersama ramai lagi ulama’ besar sunni yang lain termasuk Dr Yusuf al Qaradhawi, Dr Mahmud Siyam, Dr. Burhanudin Rabbani dan ramai lagi termasuk ulama’ sunni dari kalangan salafi saudi dan lainnya. Mereka semua tidak syiah. Mrk hadhir juga bukan krn iktiraf kebenaran syiah. Malah Tok Guru Presiden dalam ucapan beliau di dalam majlis taqrib mazahib seringkali mengingatkan agar jangan disebarkan fahaman syiah ke negera – negara sunni. Hadir kami utk menasihati dunia agar jgn tajam dan kesat permusuhan mereka terhadap sunni sebagaimana kita ahli sunnah juga tidak menyerang negara syiah.

Apabila kita bergerak ke arah membentuk sebuah kerajaan, kita mesti bersedia dengan dasar – dasar luar sebegini dan bagaimana mahu menghadapi situasi seperti di peringkat antarabangsa. Ininsoal dalaman PAS lah untuk mempersiapkan parti mengemudi masa depan. Apa yang penting sahabat semua, PAS tidak syiah. usah bimbang.

Tapi kalau nak serang jugak PAS, nak kata jugak PAS syiah sedang dinafikan oleh pimpinan PAS sendiri, terpulang… insyaallah PAS tetap ahli sunnah wal jamaah dan tidak akan menjadi syiah walau sejuta manusia kata PAS syiah. Aqidah kita tidak bertukar dengan sebab orang kata, fitnah dan tohmah. Asal saja tetap di atas landasan Ahli Sunnah wal Jamaah. Insyaallah.

Ya Allah selamatkan kami dan jamaah kami dari terjerumus atau terseleweng dari landasan Islam yang benar dan perjuangannya.

Salam persahabatan dari saya buat semua.

Semoga dengan penjelasan ringkas ini, dapatlah kiranya para penuduh dan masyarakat yang mudah termakan tuduhan mengambil kenyataan ini sebagai iktibar.  Semoga semua kita lebih berhati-hati dengan tindakan dan hasutan yang memburuk-burukkan dan memusuhi gerakan-gerakan Islam seperti PAS.  Memang ada usaha jahat ingin merosakkan gerakan-gerakan Islam sepanjang zaman.

Marilah kita bertolong-tolongan dalam hal kebajikan dan Taqwa.  Sama-sama memperjuangkan Islam dengan cara dan kemampuan masing-masing.

ALLAHU AKBAR!

www.muzir.wordpress.com

Advertisements

7 responses to “PAS Bukan Syiah! – Ketua Pemuda PAS Pusat

  • Anonymous

    nie politik nie

    Like

  • Anonymous

    Syiah adalah berTUHANkan ALI…. seperti JESUS….. Mereka MUSUH ISLAM yang munafiq dan mengelirukan ajaran ISLAM…

    Like

  • free

    Cuba Ust Nasarudin buat ceramah berkaitan “Tolak Fahaman Syiah dalam Parti PAS”. Acu buat ceramah gitu sekali. Bukan apa, dgn kaedah ini merupakan 1 kaedah tindakan awal menentang penularan syiah. Takkan nak tunngu melarat dan berakar umbi syiah dlm parti baru nk bertindak. Orang2 bawahan sudah memberi isyarat ttg kegelisahan, kegusaran ttg fahaman syiah dlm parti. Bukan sekadar membalas dgn teks di web dan FB, kita mahukan tindakan. Tindakan. Ramai syiah dlm parti berdasarkan siasatan saya pada org2 syiah di laman FB mereka.

    Like

  • free

    Ya benar Pas bukan Syiah, sy sokong 200%. Sy sokong Pas bukan Syiah. Utk makluman ramai pendokong syiah Melayu di Msia telah meresap( memberi sokongan) kepada parti berasaskan Islamik khususnya PAS (supaya mereka dpt sembungyi fahamannya dan mudah bertakiyah) kerana mereka mahukan “wilayah” spt Rukun Iman Syiah yg terakhir iaitu Beriman kepada Wilayah.

    Like

  • free

    boleh dilihat disini, aqidah aswj jauh dari aqidah syiah. mungkin tidak dan mustahil akan bergabung. tp syiah semakin bongkak utk menyebarkan fahaman syiah yang mana amalan syiah adalah “melaknat sahabat Rasulullah saw” walhal mereka ini telah dijamin syurga oleh Allah swt. saya boleh berikan cth pendokong Pas yg berfahaman syiah, jika sempat baca komen2 dalam “photos” di FB nya. ada lagi sy beri 1.

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: