Konvensyen Fiqh Ummah 2012

Melihat kepada senarai ilmuan yang bakal terlibat dengan program di atas sudah cukup membuatkan seseorang berasa teruja untuk menghadirinya.  Justeru makluman ini adalah sebagai makluman awal buat saya dan tuan/puan sekalian supaya bersedia untuk menyertainya, insyaALLAH.

Berikut adalah beberapa maklumat asas yang saya telah saya petik dari laman web rasmi program tersebut: 

1.  Pengenalan

Penghayatan terhadap Islam semakin dirasai kini dengan wujudnya pelbagai saluran media dan bahan-bahan yang berorientasikan Islam. Walau bagaimanapun, berlaku kekeliruan di kalangan umat Islam tentang pendekatan yang terbaik dalam menjalani kehidupan sebagai seorang muslim.

Oleh kerana itu, satu usaha untuk mengumpulkan pakar-pakar agama (ilmuan) supaya mereka dapat memberi panduan yang komprehensif dan mapan perlu dilakukan. Melalui Konvensyen Fiqh Ummah  2012 ini, panduan yang disediakan oleh mereka dapat disebarluaskan kepada masyarakat.

2.  Objektif

Mendedahkan masyarakat kepada pendekatan sederhana (wasatiyyah) dalam kehidupan seorang muslim dari segala aspek.
Memberikan garis panduan asas dan menyeluruh kepada masyarakat dalam beragama.
Menjadikan program ini platform kepada masyarakat untuk berhubung langsung dengan para ilmuan.

3.  Hubungi

Farah Azwa (018-355 7237)

Elcy (017-395 9199)

Nazihah (012-387 0674)

Sekreteriat Liqa’ Ilmuan, 39-1, Jalan 11A, Taman Setiawangsa, 54200 KL

Hasil dari percakapan melalui telefon, saya diberitahu bahawa pendaftaran untuk program di atas telah pun dibuka.  Mengenai aturcara majlis, ia masih lagi disusun oleh pihak penganjur, jadi ia tidak dapat dikongsi lagi dengan umum.

Untuk menyertainya, yuran dikenakan bagi program bersama tokoh-tokoh ilmuan tempatan.  Manakala bagi program bersama tokoh-tokoh ilmuan antarabangsa, ia adalah percuma.

Berikut adalah maklumat yuran pendaftaran untuk program bersama tokoh-tokoh ilmuan tempatan:

  • Yuran promosi pendaftaran sebelum 15 Januari 2012:  RM100 seorang
  • Yuran pendaftaran selepas 15 Januari 2012:  RM300 seorang

Saya cuba bertanyakan tentang diskaun untuk penyertaan yang dilakukan secara berkumpulan, malangnya tiada peruntukan sebegitu.  Yuran tetap dikenakan sama sebagaimana yuran individu.

Berikut pula adalah maklumat pembayaran:

  • Nama akaun:  ILI DOT COM
  • Nama Bank :  Maybank Islamik
  • No. Akaun :  562188123350
  • Sisipan email:  kfiqh@iluvislam.com

Maklumat yang saya catitkan di atas adalah tertakluk kepada perubahan terkini oleh pihak penganjur.

Untuk makluman lanjut, tuan/puan boleh terus menghubungi nama-nama di atas atau boleh juga ke laman web rasmi program tersebut di:  http://k-fiqh.com/

Nabi sallAllahu `alaihi wasallam bersabda:

“Barangsiapa menempuh suatu jalan mencari ilmu, nescaya ALLAH akan memudahkan baginya jalan menuju ke Syurga.”  (HR Muslim)

ALLAHU A`LAM.

Shahmuzir Nordzahir
muzir.wordpress.com
12 Disember 2011

8 responses to “Konvensyen Fiqh Ummah 2012

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: