Hukum Menyertai, Meniru & Membesarkan Perayaan Orang Kafir

Beberapa pautan untuk dibaca bagi meningkatkan kefahaman tentang bagaimana memilih sikap kita sebagai ummat Islam terhadap perayaan agama lain:

1)  Islamqa.info – Koleksi fatwa tentang perayaan bukan Islam

2)  Fatwa negeri Perak – Hukum Menyerupai / Merayakan Perayaan Orang Kafir

3)  Dr Abdul Basit – Hukum Menyerupai / Merayakan Perayaan Orang Kafir

4)  Salafy.or.id – Sikap Seorang Muslim Terhadap Hari Raya Orang Kafir

Saya secara peribadi menjauhkan diri dari terlibat dengan mana-mana perayaan bukan Islam samada dalam bentuk memberikan ucapan dan tahniah, apatah lagi menghadiri dalam perayaan mereka.  Ini kerana di dalam ISLAM, hanya `Eidul-Adha dan `Eidul-Fitri sahajalah yang wajar kita menunjukkan rasa kegembiraan dan merayakannya.

Anas bin Malik radhiAllahu `anhu berkata yang maksudnya:

“Nabi sallAllahu `alaihi wasallam pernah datang ke Madinah sedangkan penduduknya memiliki dua hari raya yang mana mereka bermain-main (bergembira) di masa jahiliah pada kedua-dua hari itu.  

Lalu Baginda berkata:  “Aku datang kepada kamu semua sedangkan kamu memiliki dua hari (raya) yang menjadi medan permainan kalian pada masa jahiliyyah.”

Sabda Baginda lagi:  “Sesungguhnya ALLAH telah menggantikan kedua-dua hari itu dengan yang lebih baik, iaitu hari raya `Eidul-Adha dan `Eidul-Fitri.””

(Hadis riwayat al-Nasaai di dalam Sunannya, no: 959)

Malahan pula terdapat perkataan dari ALLAH `Azza wa Jalla yang menyuruh Nabi sallAllahu `alaihi wasallam mengatakan:

لَكُمْ دِينُكُمْ وَلِيَ دِينِ

Maksudnya:  “Untukmulah agamamu dan untukkulah agamaku”

(Surah al-Kafirun, 109:6)

Melalui ayat pendek dan tegas ini, sepatutnya kita ummat ISLAM menggariskan sempadan yang jelas memisahkan antara agama ISLAM yang kita sama-sama anuti dengan agama lain.  Tidak boleh bercampur.

Ummat ISLAM boleh bertoleransi malah digalakkan berbuat baik sesama manusia tidak kira siapa mereka, tetapi dalam bab agama, tiada toleransi terhadapnya.  Mereka dengan jalan mereka sendiri.  Dan kita dengan jalan kita sendiri.  Dan jalan yang ditunjuki RasulNYA lah jalan yang benar dan selamat.

ISLAM Agama Benar

ISLAM adalah agama yang benar dan tinggi.  Dan tidak ada yang lebih benar dan tinggi dari ISLAM!  Tidak perlu kita mencari sesuatu di luar dari lingkungan ajaran ISLAM.  Cukuplah ISLAM menunjuki jalan hidup kita.

Seharusnya ummat ISLAM hidup di dalam lingkungan cara yang ditunjuki oleh Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam.  Sungguh, tidak ada apa yang tertinggal di dalam ajaran yang Baginda tunjukkan.  Semuanya ada di dalam ISLAM, tidak ada apa yang kurang.

ALLAH, TUHAN Sekalian Alam telah berfirman:

الْيَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ وَأَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِي وَرَضِيتُ لَكُمُ الإسْلامَ دِينًا

Maksudnya:  “Pada hari ini telah KUsempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah KU-cukupkan kepadamu nikmat-KU, dan telah KU-redhai ISLAM itu jadi agama bagimu.”

(Surah al-Ma’idah, 5:3)

ALLAH Subhanahu wa Ta`ala berfirman:

إِنَّ الدِّينَ عِنْدَ اللَّهِ الإسْلامُ

Maksudnya:  “Sesungguhnya agama (yang diredhai) di sisi ALLAH hanyalah ISLAM.”  

(Surah ali-`Imran, 3:19)

Hanya ISLAM lah agama yang selamat dan diterima oleh ALLAH, TUHAN Sekalian Alam.  Dan kita mesti beristiqamah berjalan di atasnya jika mahu selamat.

Jangan Tasyabbuh

Ummat ISLAM juga mesti awas dengan hadith Nabi sallAllahu `alaihi wasallam berikut:

من تشبَّهَ بقومٍ فَهوَ منهم

“Barangsiapa yang menyerupai suatu kaum maka dia termasuk kaum tersebut.”

(HR Abu Daud dengan sanad hasan.  Dari `Abdullah bin `Umar radhiAllahu `anhuma).

Lalu bertanya ke dalam diri, siapakah yang mahu kita serupai?  Di manakah kita mahu letak diri kita?  Di dalam kelompok bersama dengan Nabi sallAllahu `alaihi wasallam atau di dalam kelompok selain Baginda?

Bukan sedikit ummat ISLAM yang leka dan meniru-niru dalam menghidupkan kehidupan mereka.  Banyak!  Dan kita khuatir peniruan ini yang akan akhirnya menjerumuskan ummat ISLAM ke lembah yang dimurkai ALLAH.

Nabi sallAllahu `alaihi wasallam pernah bersabda yang maksudnya:

“Kamu akan mengikut jejak langkah orang-orang sebelummu sejengkal sejengkal dan sehasta sehasta sehingga kamu akan menuruti mereka walaupun mereka memasuki lubang-lubang biawak.”

Sahabat bertanya: “Siapakah mereka itu ya Rasulullah?”

Nabi menjawab: “Yahudi dan Nasara, siapa lagi.”

(HR Muslim)

Prinsip al-Wala’ & al-Bara’

Prinsip al-Wala’ (setia, ikut) dan al-Bara’ (berlepas diri) mesti difahami sungguh-sungguh oleh ummat ISLAM dalam mendepani banyak isu di hadapan mereka.  Iaitu ummat ISLAM mesti setia dengan agama ISLAM, ikut semua ajaran yang disyariatkan, berkasih sayang, memberi pertolongan dan perlindungan sesama Muslim.  Manakala dalam hal yang tidak berkaitan dengan agama ISLAM malah bertentangan pula, ummat ISLAM mesti berlepas diri, menolak dan tidak mengaitkan diri mereka dengannya.

Ummat sebelum kita iaitu para salafussoleh dan juga golongan yang mengikuti mereka sentiasa pahatkan prinsip ini di dalam kehidupan mereka.  Dengan sebab itulah agama mereka terpelihara, kehidupan mereka terpelihara dan kehidupan di akhirat mereka juga terpelihara.

Justeru, ummat ISLAM seharusnya berhati-hati dalam hal ini.  Ia berkaitan aqidah.  Dan garisannya mesti kita jaga-jaga.  Ditakuti tanpa sedar, kita tergolong di kalangan orang-orang dimurkai ALLAH.  Na`udzu billahi min dzalik, kita berlindung dengan ALLAH dari itu terjadi.

Hidup Di Dalam Masyarakat Majmu`

ISLAM menyuruh kita berbuat baik terhadap semua makhluqNYA, apatah lagi sesama manusia.  Apabila hidup di dalam masyarakat yang majmu`, maka kita tidak boleh lari dari hakikat bahawa ummat ISLAM juga banyak mengambil manfaat dari masyarakat belum ISLAM.

Justeru, sebab itulah ada juga beberapa pandangan dari ilmuan ISLAM yang mengharuskan perbuatan mengucapkan tahniah kepada masyarakat belum ISLAM semasa perayaan mereka dengan tujuan menjalinkan hubungan sosial.  Tuan/puan boleh membaca pandangan-pandangan tersebut di sini:

1)  Majlis Fatwa & Kajian Eropah – Mengucapkan Selamat Kpd Non-Muslims pada Hari Perayaan Mereka

2)  Al-Ahkam.net – Perayaan Masyarakat Bukan Islam

3)  Dr Asri – Hukum Ucapan Sempena Perayaan Agama Lain

Disebabkan ada para ulama yang mengatakan “Harus (TETAPI BERSYARAT) dalam hal mengucapkan tahniah dan menyertai perayaan orang bukan Islam, maka saya tetap akan meraikan pandangan-pandangan mereka yang juga alim dan amanah dalam agama.  Jadi, saya tidak akan berkeras dalam hal ini terhadap orang lain melainkan hanya kepada diri saya dan orang-orang yang hampir dengan saya dengan tujuan untuk lebih berhati-hati.  Kerana ALLAH Subhanahu wa Ta`ala telah berfirman:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا

قُوا أَنْفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَارًا

وَقُودُهَا النَّاسُ وَالْحِجَارَةُ

عَلَيْهَا مَلائِكَةٌ غِلاظٌ شِدَادٌ

لا يَعْصُونَ اللَّهَ مَا أَمَرَهُمْ

وَيَفْعَلُونَ مَا يُؤْمَرُونَ

Maksudnya:  “Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.”

(Surah at-Tahrim, 66:6)

ALLAHU A`LAM.

Shahmuzir Nordzahir
muzir.wordpress.com
24 Disember 2011
Advertisements

3 responses to “Hukum Menyertai, Meniru & Membesarkan Perayaan Orang Kafir

  • Mohd. Khairuddin

    Askum Tuan Ustaz, sya sedang berbual-bual bersama kawan-kawan (kafir).. mereka sedang minum arak..walaubagaimanapun mereka juga ada membelikan saya sebotol coca-cola..sewaktu minum..mereka menyuruh saya supaya “cheers” (menghentakan gelas ke gelas saya). Adalah itu termasuk dalam meniru perbuatan kafir? adakah saya berdosa? sila tolong berikan penjelasan Tuan Ustaz.

    Like

    • Shahmuzir

      wa`alaikumussalam…
      Ya, ia termasuk dalam tasyabbuh (meniru-niru perbuatan orang kafir) yang dilarang. Apatah lagi perbuatan tersebut biasa oleh peminum2 arak.

      Jangan diulangi lagi perbuatan itu. Semoga ALLAH mengampuni dosa2 kita semua, amin…

      Like

  • Kenapa Mesti Tiru Mereka? « Kerana DIA…

    […] Hukum Menyertai, Meniru & Membesarkan Perayaan Orang Kafir […]

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: