Monthly Archives: January 2012

Kuliah Syama’il Muhammadiyyah – oleh Ust Adlan

Dijemput kepada semua untuk hadir ke kuliah permulaan menggunakan kitab Syama’il Muhammadiyyah karangan Imam at-Tirmidzi.  Butiran kuliah adalah seperti berikut:

  • Tarikh:  3/2/2012 (Jumaat)
  • Masa:  Selepas solat fardhu Maghrib
  • Disampaikan oleh:  Ust Adlan Abd Aziz
  • Lokasi:  Surau Raudhatul Firdaus, Taman Alam Budiman, Seksyen U10 Shah Alam.
InsyaALLAH, kuliah ini akan diadakan secara bulanan.

Indahnya Rupa Fizikal Rasulullah SAW

Bismillah walhamdulillah.  Allahumma solli `ala Muhammad wa `ala ali Muhammad, kama sollaiTA `ala Ibrahim wa `ala ali Ibrahim.  InnaKA Hamidun Majid.

Berikut ini saya petik beberapa hadith yang menerangkan ciri-ciri fizikal insan yang kita telah banyak terhutang budi dengannya, insan yang kita cinta, insan yang kita kasih, insan yang kita ikut, iaitu Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam.

Hadith-hadith ini telah saya salin dari kitab yang sangat terkenal iaitu kitab Syama’il Muhammadiyah (kesempurnaan Nabi Muhammad) yang disusun oleh Imam at-Tirmidzi.  Kitab ini menyenaraikan sifat-sifat fizikal, sifat-sifat akhlaq dan cara kehidupan Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wasallam secara agak terperinci.

Hadith 1:

Jabir bin Samurah radhiAllahu `anhu berkata:

“Aku melihat Rasulullah pada suatu malam yang diterangi bulan purnama. Pada waktu itu, Baginda memakai pakaian berwarna merah. Aku memandang Baginda dan bulan silih berganti. Bagiku, Baginda lebih indah daripada bulan purnama”

(HR at-Tirmidzi)

Hadith 2:

Anas bin Malik radhiAllahu `anhu berkata: Continue reading


[An-Nasihah] Cinta & Ikut Sunnah Nabi SAW

Muka surat 1

Muka surat 2

Jika ada manfaatnya risalah ini, silalah sebarkan dan tampal di papan-papan kenyataan masjid/surau/pejabat atau rumah tuan/puan.  Semoga ALLAH membalasi kebaikan tuan/puan semua dengan ganjaran yang banyak, amin.

Untuk memuat turun (download) dalam versi PDF, sila klik pautan (link) berikut, insyaALLAH:

Tuan/puan boleh memuat turun lain-lain terbitan An-Nasihah di pautan ini:

Semoga ada manfaatnya, insyaALLAH.

Sekadar menyampaikan,

Shahmuzir Nordzahir
muzir.wordpress.com
27 Januari 2012.

Majalah Dian – Ihya’ As-Sunnah

Ada berita gembira buat pencinta ilmu Islam!

Alhamdulillah, tahun 2012 ini, telah lahir satu lagi majalah baru yang insyaALLAH dapat menggalakkan lagi usaha ke arah mentajdidkan ummat Islam di Malaysia.  Dengan bermotokan Ihya’ As-Sunnah, majalah dengan 100 muka surat dan berwarna-warni ini bakal mencuri hati para pembaca, khususnya para pencinta ilmu Islam, kerana di dalamnya sarat dengan kupasan ilmiah dan menyentuh isu-isu terkini ummat Islam.

Majalah yang dimaksudkan ialah Majalah Dian.

Kulit depan keluaran pertama Majalah Dian - Ihya' As-Sunnah, Januari 2012.

Kandungan Majalah Dian keluaran Januari 2012

Tidaklah hati ini tertarik untuk membelinya melainkan setelah melihat barisan penulis yang menulis di dalamnya.   Continue reading


Pelangi Terindah Yang Pernah Saya Lihat!

Segala puji bagi ALLAH yang telah merezekikan kami sekeluarga dengan pemandangan yang indah pada 23/1/2012, jam lebih kurang 8 pagi.  Saya telah merakam gambar ini semasa kami sekeluarga berada di Saujana Utama, Sungai Buloh.

Tidak pernah sepanjang hidup saya melihat pelangi sepanjang, sesempurna, sejelas dan seindah ini.  Semua itu adalah ciptaan ALLAH.  Memang teruja dan menginsafkan.

Rabbana ma khalaqTA hadza batila, subhanaKA, faqina `adzab an-nar, amin.

Wahai TUHAN kami, tidaklah dijadikan oleh ENGKAU semua ini dengan sia-sia, Maha Suci MU, maka jauhkanlah kami dari adzab api neraka, amin.

Sekadar berkongsi,

Shahmuzir Nordzahir
muzir.wordpress.com
23 Januari 2012.

Kemuncup Di Padang Dakwah

Berjalan di padang yang berkemuncup memang tidak dapat dielakkan dari kemuncup itu melekat di kaki seluar.  Adalah kurang bijak jika seseorang itu asyik berhenti di tengah padang untuk membuang kemuncup yang melekat kerana sudah tentu kemuncup-kemuncup akan melekat lagi di kaki seluarnya.

Yang lebih baik ialah abaikan dahulu kemuncup-kemuncup yang melekat itu dan teruskan langkah hingga sampai di tempat sesuai yang tiada kemuncup lagi.  Di situ cabutlah semuanya.  Perbuatan ini tentunya lebih produktif dan efektif.

Perumpamaan yang dikeluarkan oleh Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat (TGNA) di atas telah digunakan oleh Tuan Guru Dr Abdul Basit Abd Rahman sebagai selingan dalam memberikan nasihat kepada para hadirin di Yayasan Ta`lim pagi tadi yang menyentuh soal adab menuntut ilmu.  Ia ditujukan terutamanya buat para pendakwah dalam menangani kemuncup yang mungkin mengganggu di padang dakwah.  (Semoga ALLAH memelihara kedua-dua tuan guru, amin) Continue reading


Berjanggutlah Wahai Lelaki Kerana Ia Sunnah Nabi

Klik untuk besarkan.

Saya ada mendengar beberapa saranan dan galakan oleh beberapa kenalan agar berjanggut, kerana berjanggut itu dapat mendatangkan banyak manfaat.  Antara manfaat yang selalu diwar-warkan ialah:

a)  Nampak kelelakian

b)  Lebih ‘macho’

c)  Lebih hensem dan berkarisma

d)  Nampak soleh dan beragama

e)  Untuk membezakan lelaki sejati dengan lelaki yang tidak berapa sejati

f)  Akan lebih diminati wanita

g)  Mempunyai manfaat kesihatan

h)  Ia ciri fizikal tokoh-tokoh pemimpin dahulu

Abaikanlah semua tujuan berjanggut yang disebutkan di atas.  Kerana semuanya tidak penting.  Sungguh, ia tidak penting!

(Walaupun begitu, berjanggut tetap lebih baik dari tidak berjanggut…) Continue reading


“Ni Mesti Sebab Tak Bayar Zakat…”

Dikhabarkan bahawa ada sebuah keluarga ditimpa musibah iaitu dirompak dan menyebabkan berlakunya kerugian.  Seperti biasa orang-ramai akan terdorong untuk memberi respon apatah lagi berita itu dilaporkan di media.  Ada yang simpati lalu mengucapkan kata-kata yang mulia seperti mengajak beliau bersabar kerana ia adalah ujian daripada ALLAH.  Ada yang responnya negatif.  Antara yang biasa saya dengar ialah:

“Ni mesti sebab tak bayar zakat”

Biasa dengar?

Saya biasa dengar kata-kata seperti ini.  Malah saya sendiri pernah diucapkan kata-kata seperti ini oleh seorang wanita dikenali oleh rakan-rakannya sebagai ‘mulut tak makan saman’.  Saya ketika itu ditimpa musibah akibat kerosakan motorsikal.  Saya diam dan senyum sahaja mendengar ucapan tersebut walaupun di dalam hati rasa membara.  Tetapi kata-kata beliau tetap saya ambil sebagai peringatan buat diri sendiri.

Namun, wajarkah kata-kata seperti itu dilontarkan kepada orang yang ditimpa musibah?  Itukah cara terbaik kita merespon kepada seseorang yang sedang diuji ALLAH? Continue reading


Abah, Apa Itu Kun-yah?

“Abah, apa itu ‘kunyah’?”  Tanya Husna tiba-tiba.

“Husna baca kat mana?”  Tanya saya kepada Husna tanpa menoleh kepadanya sebab saya sedang memandu kereta ketika itu.

“Ni ha, dalam buku Abah ni ada tulis”  Husna menjawab sambil mengangkat buku kepunyaan saya yang menyenaraikan kisah-kisah para sahabat Nabi.

“Cuba Husna baca.  Abah nak dengar.”  Saya memintanya baca ayat yang di dalamnya terdapat perkataan ‘kunyah’ itu.  Walaupun saya sudah tahu apa yang dia maksudkan, tetapi sengaja saya minta dia baca semula dengan tujuan untuk meng’highlight’kan ayat dan keadaan.

Husna lalu membacanya dengan jelas dan sungguh-sungguh.

“OK, itu bukan ‘kunyah’ tapi ‘kun-yah’.  Kaf-nun-ya-ta marbutoh.  Kun-yah.  Cuba baca balik ayat tu”  Respon saya sambil meminta Husna mengulang ayat tersebut. Continue reading


Jadual Kuliah Bagi Ust Dr Abd Basit & Ust Halim Hasan (13-15/1/2012)

InsyaALLAH, berikut adalah jadual kuliah Ust Dr Abd Basit Abd Rahman dan Ust Halim Hasan pada tarikh 13, 14 dan 15 Januari 2012 di Lembah Klang:

13 Januari 2012 (Jumaat)

a)  Kuliah Maghrib Perdana:  Kesan Dosa Dalam Kehidupan

  • Oleh:  Ust Halim Hasan
  • Tempat:  Surau Taman Desa Gemilang, Kg Sungai Pusu, Gombak

14 Januari 2012 (Sabtu)

a)  Kuliah Subuh

  • Oleh : Ust Halim Hasan
  • Tempat : Surau Taman Melewar

b)  Kuliah Syarahan Kitab Munyatul Musolli Siri ke-3

  • Oleh:  Ust Dr Abd Basit Abd Rahman
  • Tempat:  Masjid Negara, KL
  • Masa:  9 pagi – 11 pagi

c)  Kuliah Zohor

  • Oleh:  Ust Halim Hasan
  • Tempat:  No.8 Ampang Water Front, KL
  • Masa:  2petang

d)  Kuliah Maghrib

  • Oleh:  Ust Dr Abd Basit Abd Rahman
  • Tempat:  Surau at-Taqwa, Seksyen 8, Shah Alam.

e)  Kuliah Maghrib Perdana

  • Oleh:  Ust Halim Hasan
  • Tempat:  Surau Darul Muhajirin, Taman Selaseh, Fasa 2, Batu Caves.

15 Januari 2012 (Ahad) Continue reading


%d bloggers like this: