Abah, Apa Itu Kun-yah?

“Abah, apa itu ‘kunyah’?”  Tanya Husna tiba-tiba.

“Husna baca kat mana?”  Tanya saya kepada Husna tanpa menoleh kepadanya sebab saya sedang memandu kereta ketika itu.

“Ni ha, dalam buku Abah ni ada tulis”  Husna menjawab sambil mengangkat buku kepunyaan saya yang menyenaraikan kisah-kisah para sahabat Nabi.

“Cuba Husna baca.  Abah nak dengar.”  Saya memintanya baca ayat yang di dalamnya terdapat perkataan ‘kunyah’ itu.  Walaupun saya sudah tahu apa yang dia maksudkan, tetapi sengaja saya minta dia baca semula dengan tujuan untuk meng’highlight’kan ayat dan keadaan.

Husna lalu membacanya dengan jelas dan sungguh-sungguh.

“OK, itu bukan ‘kunyah’ tapi ‘kun-yah’.  Kaf-nun-ya-ta marbutoh.  Kun-yah.  Cuba baca balik ayat tu”  Respon saya sambil meminta Husna mengulang ayat tersebut.

“Apa maknanya Abah?”  Tanya Husna selepas dia selesai membaca ayat yang dimaksudkan.

“Kun-yah ni adalah nama gelaran seperti gelaran Abu atau Ummu.  Kun-yah biasa digunakan oleh masyarakat Arab dulu.  Nabi pun ada kun-yah juga iaitu Abu al-Qasim sedangkan nama Nabi ialah Muhammad”  Saya menjelaskan.

“Ooo…”  Semua anak-anak saya memberikan perhatian terhadap jawapan saya.

“Macam Abah ni, nama Abah kan Shahmuzir, tapi kun-yah yang Abah pakai ialah Abu Sofea sempena nama kakak kan.  Kadang-kadang Abah pakai juga gelaran atau kun-yah Abu Husna dan Abu Faisal.”  Tambah saya lagi.

“Jannah??!”  Tiba-tiba Jannah yang berumur 2 tahun bersuara kuat dari belakang kereta meminta namanya juga disebut.

“Jannah?  Oh, OK.  Abu Jannah… Abu Jannah”  Saya menjawab sambil ketawa.

“Abu Jannah!”  Jannah mengulangnya, menjerit gembira dengan suara comelnya itu.  Saya tertawa mendengar telatahnya.  Semua di dalam kereta turut tertawa.

Anak-anak saya sudah mendapat ilmu baru pasal suatu sunnah yang pernah Nabi sallAllahu `alaihi wasallam amalkan iaitu menggunakan ‘kun-yah’ sebagai gelaran, alhamdulillah.

Buat pengetahuan semua, kun-yah bukan hanya digunakan mengikut nama anak.  Nabi sallAllahu `alaihi wasallam pernah memanggil `Ali dengan kun-yah Abu Turab (‘turab’ maknanya tanah) kerana ketika itu `Ali sedang berbaring di atas tanah dan menyebabkan tubuhnya bertanah dan berdebu.  Dan sahabat Baginda ada yang digelar dengan nama Abu Hurairah (‘hurairah’ maknanya anak kucing) kerana cintanya dia kepada anak-anak kucing.

ALLAHU A`LAM.

Sekadar berkongsi,

Shahmuzir Nordzahir
muzir.wordpress.com
10 Januari 2012.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: