Berjanggutlah Wahai Lelaki Kerana Ia Sunnah Nabi

Klik untuk besarkan.

Saya ada mendengar beberapa saranan dan galakan oleh beberapa kenalan agar berjanggut, kerana berjanggut itu dapat mendatangkan banyak manfaat.  Antara manfaat yang selalu diwar-warkan ialah:

a)  Nampak kelelakian

b)  Lebih ‘macho’

c)  Lebih hensem dan berkarisma

d)  Nampak soleh dan beragama

e)  Untuk membezakan lelaki sejati dengan lelaki yang tidak berapa sejati

f)  Akan lebih diminati wanita

g)  Mempunyai manfaat kesihatan

h)  Ia ciri fizikal tokoh-tokoh pemimpin dahulu

Abaikanlah semua tujuan berjanggut yang disebutkan di atas.  Kerana semuanya tidak penting.  Sungguh, ia tidak penting!

(Walaupun begitu, berjanggut tetap lebih baik dari tidak berjanggut…)

Luruskanlah niat kalian agar berjanggut kerana mahu ikut sunnah Nabi yang mulia, sallAllahu `alaihi wasallam.  Ia sebaik-baik tujuan.  Dan besar ganjarannya di sisi ALLAH.  Jika kalian berjanggut kerana mahukan manfaat-manfaat di atas, ya kalian akan memperolehinya barangkali.  Tetapi sayang sekali jika itu sahaja yang kalian dapat.

Berjanggutlah kerana mahu mengikuti suruhan Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wasallam.  Bukan sebab lain.

Sabdaan Nabi sallAllahu `alaihi wasallam yang menjadi pegangan kita dalam hal yang berkaitan dengan berjanggut ialah sabda Baginda yang bermaksud:

“Tipiskanlah misai kamu dan peliharalah janggut kamu.”

(HR al-Bukhari)

Juga Baginda sallAllahu `alaihi wasallam bersabda yang maksudnya:

“Janganlah kamu menyerupai orang-orang Musyrikin dan peliharalah janggut kamu.”

(HR al-Bukhari dan Muslim)

Dan sabda Nabi sallAllahu `alaihi wasallam yang bermaksud:

“Janganlah kamu meniru (menyerupai) orang-orang Majusi (penyembah berhala) kerana mereka itu memotong (mencukur) janggut mereka dan memanjangkan (memelihara) misai (kumis) mereka.”

(HR Muslim)

Di dalam hadith-hadith di atas, bukan sahaja Nabi sallAllahu `alaihi wasallam menyuruh kita agar berjanggut, malahan Baginda melarang kita dari menyerupai orang kafir iaitu mereka memelihara misai, tetapi mencukur janggut mereka.

Buat kalian yang berjanggut dengan niat lurus kerana mahu ikut Nabi sallAllahu `alaihi wasallam, bukan kerana lain, maka ketahuilah kejayaan dan kebaikan bakal menyusul  menemui kalian, insyaALLAH.

Buat sahabat-sahabat yang dagunya sukar ditumbuhi bulu janggut tetapi sangat rindu mahu amalkan sunnah berjanggut, bersabarlah.  Jika ia tumbuh cuma sehelai pun, biarlah.  Walaupun ia nampak tidak cantik dan tidak elok, namun di sisi ALLAH, moga ia dikira hasanah kerana kesungguhan kalian melaksanakan sunnah lantaran cintanya kalian terhadap Baginda sallAllahu `alaihi wasallam.  InsyaALLAH, mudah-mudahan lama-kelamaan ia bisa melebat berkat dari kesungguhan kalian yang mahu ikut sunnah Nabi sallAllahu `alaihi wasallam.

Berjanggutlah.

Dan ingat, kita berjanggut kerana mengikuti sunnah Baginda sallAllahu `alaihi wasallam.  Bukan kerana selain itu!

Allahumma solli `ala Muhammad, wa `ala ali Muhammad.

Sekadar menyampaikan,

Shahmuzir Nordzahir
muzir.wordpress.com
13 Januari 2012.
Advertisements

7 responses to “Berjanggutlah Wahai Lelaki Kerana Ia Sunnah Nabi

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: