Majalah Dian – Ihya’ As-Sunnah

Ada berita gembira buat pencinta ilmu Islam!

Alhamdulillah, tahun 2012 ini, telah lahir satu lagi majalah baru yang insyaALLAH dapat menggalakkan lagi usaha ke arah mentajdidkan ummat Islam di Malaysia.  Dengan bermotokan Ihya’ As-Sunnah, majalah dengan 100 muka surat dan berwarna-warni ini bakal mencuri hati para pembaca, khususnya para pencinta ilmu Islam, kerana di dalamnya sarat dengan kupasan ilmiah dan menyentuh isu-isu terkini ummat Islam.

Majalah yang dimaksudkan ialah Majalah Dian.

Kulit depan keluaran pertama Majalah Dian - Ihya' As-Sunnah, Januari 2012.

Kandungan Majalah Dian keluaran Januari 2012

Tidaklah hati ini tertarik untuk membelinya melainkan setelah melihat barisan penulis yang menulis di dalamnya.  Mereka adalah tokoh-tokoh yang saya sangat hormati dan telah beberapa kali saya mengambil mutiara ilmu dari mereka.  Selain mendapat manfaat dari ke`aliman mereka, hati saya juga selalu tersentuh dengan akhlaq yang mereka pamerkan.  Selalu ego yang bersarang di dalam hati tersungkur apabila melihat betapa tawadhu`nya mereka.  Mereka yang saya maksudkan ialah:

  1. Dr Johari Mat
  2. Dr Fauzi Deraman
  3. Dr Abdullah Yasin
  4. Dr Mohd Radzi Othman
  5. Dr Abdul Basit Abdul Rahman

…hafizohumullah, semoga mereka dipelihara ALLAH, amin.

Terdapat juga lain-lain penulis yang juga berkaliber dan berkeahlian di dalam bidang ilmu masing-masing menulis di dalam majalah ini.

Berikut adalah sebahagian helaian yang terkandung di dalam majalah ini:

Pegangan Hidup oleh Dr Johari Mat

Fikrah oleh Dr Fauzi Deraman

Bimbingan Solat oleh Dr Abdullah Yasin

Fiqh Sunnah oleh Dr Mohd Radzi Othman

Maqasid Syariah oleh Dr Abdul Basit Abdul Rahman

Saya secara peribadi merekomen sahabat-sahabat sekalian agar cuba mendapatkan majalah ini dan kutiplah segala yang bermanfaat daripadanya.

Harga majalah ini bagi Semenanjung ialah RM9.50, manakala bagi Sabah/Sarawak ialah RM11.50.  Untuk mengenali lebih lanjut mengenai majalah ini, kalian boleh juga melawat  http://www.majalahdian.com.my/

Jika sahabat-sahabat sekalian sukar untuk mendapatkannya, silalah hubungi Penerbitan Dian Darulnaim Sdn Bhd di 03-40237045 atau boleh juga faks 03-40237048.  Atau boleh juga menelefon en Mohamad Sukri Abdullah di 019-6190145.  Mungkin kalian boleh mengambil bahagian mengedarkan majalah yang bagus ini di tempat kalian, insyaALLAH.

Semoga ALLAH memberkati usaha penerbitan majalah ini dan semoga kita semua diberikan hidayah dan taufiq dariNYA, amin…

Sekadar berkongsi,

Shahmuzir Nordzahir
muzir.wordpress.com
24 Januari 2012.
Advertisements

6 responses to “Majalah Dian – Ihya’ As-Sunnah

  • hamba allah

    assalamualaikum…

    alhamdulillah…amat jarang majalah sebegini dijual di malaysia..semoga dakwah sunnah tersebar dan di pelajari dan dinikmati oleh rakyat Malaysia…

    Like

  • Wan

    Assalamualaikum..

    Sy seorang pelajar universiti di perak jadi bagaimana utk melangga majalah ni? Kerana agak sukar utk mendapatknya di tronoh ini. TK

    Like

    • Shahmuzir

      wa`alaikumussalam warahmatullah…

      Alhamdulillah. Tahniah buat saudara kerana diberi nikmat oleh ALLAH dapat belajar di universiti.
      Berkenaan dengan kesukaran untuk mendapatkan majalah ini, ya memang benar kerana ia masih baru. Keluaran pertama ialah Januari 2012. Penyebarannya masih belum meluas.
      Mungkin saudara boleh hubungi no yang telah saya sebut di dalam tulisan di atas supaya pihak Majalah Dian dapat membawa majalah tersebut ke kawasan saudara, insyaALLAH.

      Like

  • izzulislam

    assalamualaykum wbt..sy berminat dgn majalah terbaru ini. mudh2han ALLAH memberkati usha murni ini. Bahkan ada sebahagian penulis2nya adalah guru sya dhulu…cuma, bolehkah sy dpatkan emel ketua editor bagi majalah ini. terima kasih.

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: