Monthly Archives: February 2012

Baucar Buku 1Malaysia: Cadangan Buku Untuk Dibeli

Buat individu-individu yang layak menerima Baucar Buku 1 Malaysia, bersyukurlah kepada ALLAH kerana kalian mempunyai RM200 lebih dari orang lain untuk membeli buku.

Apa yang hendak dibeli dengan baucar bernilai RM200 ini?

Ia terpulang kepada kalian.  Nikmat yang dikurniakan ALLAH ini hendaklah kalian manfaatkan sungguh-sungguh.  Belilah buku-buku yang mempunyai manfaat buat kalian mengikut bidang, kecenderungan dan tahap masing-masing.

Jika ditanya kepada saya, berikut adalah senarai cadangan buku yang ingin saya cadangkan kepada individu-individu yang mendapat baucar tersebut: Continue reading

Advertisements

Surah al-Kahfi & Kelebihannya

Terdapat beberapa kelebihan khusus yang telah disebut oleh Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bagi sesiapa yang membaca surah al-Kahfi.  Antara kelebihannya ialah pengampunan dosa di antara Jumaat dengan Jumaat jika dibaca pada hari Jumaat dan dijauhi fitnah al-Masih ad-Dajjal jika menghafal 10 ayat terawalnya.

1.  Abu Sa`id al-Khudri radhiAllahu `anhu beliau berkata bahawa Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda:

“Barangsiapa membaca surat al-Kahfi pada hari Jumaat, maka ALLAH terangi ia dengan cahaya di antara dua Jumaat.”  

(HR al-Hakim dan Baihaqi, disahihkan oleh al-Albani)

2.  Daripada Ali yang meriwayatkan daripada Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam, Baginda bersabda yang maksudnya:

“Barangsiapa membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat, nescaya dirinya terpelihara hingga lapan hari, daripada segala fitnah yang melanda, dan jika keluar Dajjal sekalipun, dia akan terpelihara daripadanya.” 

(Al-Dhurr al-Manthur oleh al-Suyuti 5:355)

3.  Daripada Abu al-Darda’ bahawa Nabi sallAllahu `alaihi wasallam telah bersabda yang maksudnya:

“Barangsiapa yang menghafaz sepuluh ayat daripada awal surah al-Kahfi, pasti terlindung daripada dajjal.” 

(HR Muslim 809)

*Baca di sini untuk ketahui sebahagian usaha bagi melindungi diri dari fitnah Dajjal:

Surah al-Kahfi

Surah al-Kahfi mempunyai 110 ayat.  Ia merupakan surah Makkiyah.  Di dalamnya terdapat mesej-mesej aqidah yang didatangkan sebahagiannya dalam bentuk cerita. Continue reading


Utamakan APA Yang Diucap, Bukan SIAPA Yang Berucap

Pernah beberapa kali saya menulis di Facebook mengajak kita semua agar jangan menilai sesuatu hal melalui personaliti orang itu.  Nilailah apa yang dicakap oleh orang itu, jangan terpengaruh dengan cara dia berpakaian, pangkatnya, gelarannya, fahamannya dan kumpulan mana dia.

Dengarlah dari semua orang.  Jangan kerana dia berpangkat, maka kata-katanya dianggap bernilai.  Jangan kerana dia tidak ternama, maka kata-katanya dibuang begitu sahaja.

Memang lumrah masyarakat apabila seorang Dr / PhD/ Ustadz / Dato’ / Tan Sri / Selebriti / Majikan / Ketua Jabatan mengeluarkan kata-kata, maka ramailah yang menyambut kata-kata itu.  Ramai juga yang terpegun dengan kata-kata itu.  Lalu diambil sebagai pedoman hidup.

Tetapi apabila seorang lelaki biasa / si tukang sapu / pakcik tua / kanak-kanak / penjaga stor / pelajar / individu berpangkat rendah yang bercakap dengan kata-kata yang hampir sama dan intinya memang sama, ramai pula tidak mengendahkannya.  Dibuang begitu sahaja kata-kata itu.  Dengar tak dengar sahaja… Continue reading


Jawapan Kepada Isi Twitter Yang Menghina Rasulullah SAW

Status Facebook hari ini saya mulakan dengan menyentuh hal yang ditimbulkan oleh seorang wartawan muda dari Arab Saudi bergelar Hamzah Kashghari:

Bukan semua yang ada di dalam hati kita boleh kita zahirkan.  Kerana ia boleh menimbulkan natijah apabila ia dikeluarkan samada dalam bentuk tulisan atau kata-kata.  Natijahnya boleh jadi samada baik atau buruk.  Sebab itu, kita tidak boleh dengan sewenang-wenangnya mengeluarkan kata-kata mengikut hawa nafsu kita.  Kena fikir dahulu.  Dan fikir tentang akibatnya.

Apa yang diluahkan Hamzah Kashghari ini mengingatkan saya kepada seorang remaja lelaki dari aliran menengah agama yang belajar tauhid, fiqh, hadith, bahasa Arab dan belajar pula dalam bi’ah yang solehah, tetapi beliau mempersoalkan kewujudan Tuhan.  Beliau menangis tatkala meluahkan kerisauannya.  Namun, disebabkan apa yang berpusing di dalam fikirannya itu ditanya dengan ikhlas dan bertemu pula dengan seseorang dengan tujuan untuk mendapat pencerahan, maka tujuannya dapat difahami.  Setelah diberikan nasihat, maka legalah beliau. Continue reading


Rasulullah SAW Ketika Di Makkah – Bahagian 4

Bersambung dari:  https://muzir.wordpress.com/2012/02/06/rasulullah-saw-ketika-di-makkah-bahagian-3/

Da`wah Islam ke Luar Kota Makkah

Ta’if

Setelah semakin kuat penentangan oleh orang-orang kafir Makkah, Baginda kemudiannya pergi ke Ta’if dengan harapan untuk menyampaikan da`wah.  Baginda telah ke Taif pada bulan Syawwal tahun ke-10 kenabian.  Jarak Ta’if dari Makkah ialah sejauh 60 batu.  Baginda pergi dan balik berjalan kaki dengan ditemani pembantunya, Zaid bin Harithah.

Setiap kali Baginda berjumpa dengan kabilah di jalan, maka Baginda akan mengajak mereka kepada Islam.  Namun tidak satu pun kabilah yang menyahut ajakan Baginda.  Apabila sampai di Ta’if, Baginda berjumpa dengan 3 orang bersaudara dari bani Thaqif.  Ketiga-tiga mereka telah mengejek dan menghina Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam.

Baginda tinggal di Ta’if selama 10 hari.  Sepanjang tempoh itu, semua orang kenamaan telah Nabi jumpa.  Tetapi semua mereka telah menghina Nabi.  Malah mereka menyuruh khadam-khadam mereka membaling batu kepada Nabi ketika Nabi hendak keluar dari Ta’if.  Tumit Nabi terkena batu sehingga kasut Baginda dipenuhi darah.  Zaid bin Harithah yang cuba melindungi Nabi, telah terkena batu di kepalanya.  Continue reading


Rasulullah SAW Ketika Di Makkah – Bahagian 3

Bersambung dari:  https://muzir.wordpress.com/2011/02/14/rasulullah-saw-ketika-di-makkah-bahagian-2/

Pemulauan

4 peristiwa penting iaitu keIslaman Hamzah, kemudiannya keIslaman Umar, penolakan Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wasallam terhadap tawaran orang kafir Quraisy dan kesepakatan Bani al-Muttalib dan Bani Hashim yang terdiri daripada yang Muslim dan yang kafir untuk melindungi Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wasallam benar-benar mencabar para pembesar Musyrikin Makkah.  Kesemua itu berlaku berturut-turut dalam masa kurang dari empat minggu.

Mereka tidak boleh membunuh Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam kerana mereka tahu akan berlaku pertumpahan darah yang besar disebabkan oleh Bani al-Muttalib dan Bani Hashim telah bersepakat untuk melindungi Baginda.  Justeru, kafir Quraisy mesti mencari jalan lain untuk membantutkan dakwah Nabi sallAllahu `alaihi wasallam. Continue reading


Mesti Baca Buku Ini Sebelum Ke Makkah & Madinah

Saya tidak dapat menahan diri dari ingin segera merekomen dua buku ini setelah mendapat tahu ada beberapa sahabat saya akan melakukan ziarah ke Makkah dan Madinah tidak lama lagi.

Makkah al-Mukarramah – Kelebihan & Sejarah

Kulit depan buku 'Makkah al-Mukarramah - Kelebihan & Sejarah'

Maklumat ringkas buku: Continue reading


[Video] Indahnya Rupa Rasulullah SAW

Untuk versi artikel, silalah klik sini.

Sekadar berkongsi,

Shahmuzir Nordzahir
muzir.wordpress.com
2 Februari 2012.

%d bloggers like this: