Utamakan APA Yang Diucap, Bukan SIAPA Yang Berucap

Pernah beberapa kali saya menulis di Facebook mengajak kita semua agar jangan menilai sesuatu hal melalui personaliti orang itu.  Nilailah apa yang dicakap oleh orang itu, jangan terpengaruh dengan cara dia berpakaian, pangkatnya, gelarannya, fahamannya dan kumpulan mana dia.

Dengarlah dari semua orang.  Jangan kerana dia berpangkat, maka kata-katanya dianggap bernilai.  Jangan kerana dia tidak ternama, maka kata-katanya dibuang begitu sahaja.

Memang lumrah masyarakat apabila seorang Dr / PhD/ Ustadz / Dato’ / Tan Sri / Selebriti / Majikan / Ketua Jabatan mengeluarkan kata-kata, maka ramailah yang menyambut kata-kata itu.  Ramai juga yang terpegun dengan kata-kata itu.  Lalu diambil sebagai pedoman hidup.

Tetapi apabila seorang lelaki biasa / si tukang sapu / pakcik tua / kanak-kanak / penjaga stor / pelajar / individu berpangkat rendah yang bercakap dengan kata-kata yang hampir sama dan intinya memang sama, ramai pula tidak mengendahkannya.  Dibuang begitu sahaja kata-kata itu.  Dengar tak dengar sahaja…

Pelik!  Ternyata manusia selalu tersilau dengan rupa, nama dan pangkat.

Sahabat-sahabat sekalian, dengarlah apa yang diucap, bukan siapa yang berucap.  Luangkanlah sedikit masa untuk mendengar.

Walaupun tindakan memilih-milih untuk siapa didengar dan tidak itu ada baiknya, tetapi jika terlalu memilih kita akan terlepas beberapa perkara penting yang mungkin dapat meningkatkan ilmu, pengetahuan dan iman kita.  Hidayah dan taufiq boleh boleh masuk dalam hati kita melalui pelbagai penjuru dan jalan, dan melalui sesiapa sahaja.

Sungguh, semua yang ada di sekitar kita mempunyai manfaat untuk agama dalam diri kita jika kita mahu berfikir dan meluangkan masa dengannya untuk mendengar, melihat dan berfikir.

Saya tertarik dengan eksperimen berikut, dan ia mungkin dapat membawa contoh yang jelas kepada mesej di atas.  Sama-sama kita fikirkan:

“A man sat at a metro station in Washington DC and started to play the violin; it was a cold January morning. He played six Bach pieces for about 45 minutes. During that time, since it was rush hour, it was calculated that 1,100 people went through the station, most of them on their way to work.


Three minutes went by, and a middle aged man noticed there was musician playing. He slowed his pace, and stopped for a few seconds, and then hurried up to meet his schedule.

A minute later, the violinist received his first dollar tip: a woman threw the money in the till and without stopping, and continued to walk.

A few minutes later, someone leaned against the wall to listen to him, but the man looked at his watch and started to walk again. Clearly he was late for work.

The one who paid the most attention was a 3 year old boy. His mother tagged him along, hurried, but the kid stopped to look at the violinist. Finally, the mother pushed hard, and the child continued to walk, turning his head all the time. This action was repeated by several other children. All the parents, without exception, forced them to move on.

In the 45 minutes the musician played, only 6 people stopped and stayed for a while. About 20 gave him money, but continued to walk their normal pace. He collected $32. When he finished playing and silence took over, no one noticed it. No one applauded, nor was there any recognition.

No one knew this, but the violinist was Joshua Bell, one of the most talented musicians in the world. He had just played one of the most intricate pieces ever written, on a violin worth $3.5 million dollars.

Two days before his playing in the subway, Joshua Bell sold out at a theater in Boston where the seats averaged $100.

This is a real story. Joshua Bell playing incognito in the metro station was organized by the Washington Post as part of a social experiment about perception, taste, and priorities of people. The outlines were: in a commonplace environment at an inappropriate hour: Do we perceive beauty? Do we stop to appreciate it? Do we recognize the talent in an unexpected context?

One of the possible conclusions from this experience could be:

If we do not have a moment to stop and listen to one of the best musicians in the world playing the best music ever written, how many other things are we missing?”  (Source)

Eksperimen di atas menunjukkan kepada kita orang ramai yang lalu lalang tidak mengendahkan gesekan biola seorang pemuzik terkenal apabila beliau berpakaian biasa dan tidak menonjolkan personalitinya.  Sedangkan jika beliau mewar-warkan tentang siapa dirinya, tentulah ramai orang akan memberikan perhatian dan berduyun-duyun untuk mendengarnya.  Malah, gesekan biola yang tersilap pun akan dianggap seni dan berharga.

Itulah masalah kita semua.  Kita selalu tidak mengendahkan nilai-nilai baik seperti nasihat, teguran, petua, peringatan, panduan, pengalaman dan ilmu yang diberikan oleh orang-orang biasa.  Walhal pada itu semua tentu ada hikmah yang tersurat dan tersirat yang dapat diambil manfaat bagi orang-orang yang berfikir.  Kita akan rugi dan kehilangan banyak hikmah sekiranya nasihat, teguran, petua, peringatan, panduan, pengalaman dan ilmu diambil hanya dari orang-orang yang berpangkat, ternama dan segak sahaja, dan meremehkan jika ia keluar dari mulut-mulut orang biasa.

Saya dan anda tentu pernah mendengar mesej yang mengetuk minda dan hati dari mulut seorang kanak-kanak kecil, dari mulut seorang miskin yang tua, dari mulut makcik tukang sapu dan sudah tentu juga dari para ustadz dan tokoh-tokoh hebat.

Yang penting; bersabar dan dengarlah.  Dan jangan terlalu beza-bezakan manusia untuk kita dengar dan beri perhatian.  Kelak kita yang rugi.  Pasanglah pancaindera kita untuk mendengar, melihat, menghidu, merasa dan berfikir.

Utamakanlah pada inti.  Bukan pada kulit atau rupa.

Utamakanlah apa yang diucap.  Bukan siapa yang berucap.

ALLAHU A`LAM.

Shahmuzir Nordzahir
muzir.wordpress.com
16 Februari 2012

9 responses to “Utamakan APA Yang Diucap, Bukan SIAPA Yang Berucap

  • Anonymous

    macam ni la. kita tengok ahli hadis yang menipu binatang pun tak diambil hadis darinya. Ini bukan zaman hang tuah, cakap budak pun diambil sebagai sandaran mempertahankan negara. Kita kena lihat kepakaran orang yang bercakap tu, kalau dia pakar sains tentulah dia bercakap atas persepsi sains tak persepsi lain.kalau pakar motivasi ddia bercakap atas persepsi motivasi.

    Like

    • Shahmuzir

      Tulisan anda yang bernama ‘Anonymous’ ini tetap saya baca dan terima sebab saya tak kisah siapakah anda walau anda seorang yang berlindung di sebalik nama ‘Anonymous’. Pada kata2 anda ada kebenaran dan ada juga baran. Terima kasih kerana sudi memberi komen…

      *Jika saya tidak mengamalkan ajakan artikel di atas, tentu sahaja saya meremehkan komen anda, sebab anda bukan siapa-siapa. Tapi tidak. Kerana saya utamakan inti….

      Like

  • Anonymous

    Saya mohon maaf andainya terlajak nampak macam baran komen saya tu. Tetapi saya kena tarik diri dari terus interaksi dengan awak sebab saya sarjana islam yang memang tarbiah secara tradisi dan birokrasi( sarjana universiti). Perkataan kalau nabi dipanggil hadis. Jadi saya tak dapat terima kalau orang gunakan perkataan secara emosi.

    Like

    • Shahmuzir

      Dimaafkan.

      Seseorang tak perlukan kelayakan seperti sarjana Islam untuk nasihati saya. Cukup dia mengatakan sesuatu yang bermanfaat dan dekat kepada Taqwa, lalu saya menerimanya, walau dia hanya tukang cuci kereta. Kita punya akal untuk saring mana benar dan salah. Tapi yang pertama, kesediaan untuk mendengar mesti ada…

      Like

    • Shahmuzir

      Apa yang saya maksudkan ini ialah nasihat-nasihat umum. Adapun ilmu-ilmu khas yang memerlukan kemahiran dan kepandaian, tentulah bukan dari seseorang yang tidak dikenali di tepi jalan untuk kita mengambilnya. Tentulah perlu lebih teliti. Apatah lagi kalau ia ilmu al-Quran. Dan juga hadith kerana terdapat amaran ‘tertempah tempat duduknya di dalam api neraka’ jika menipu atas nama Nabi sallAllahu `alaihi wasallam dengan sengaja…

      Mungkin saudara terlalu ‘laju’ (sampai hampir terbabas) tatkala memilih reaksi selepas membaca artikel ini. Bersangka baiklah terhadap saudara2 seagamamu, wahai saudaraku…

      Like

  • iftiqal

    Assalamualaikum..
    Semoga sihat hendaknya ustaz shah… perkenalan kita hampir 5 tahun. dan sepanjang itu banyak yang bermanfaat dari ust, semoga sentiasa diredhai Allah duniawi dan ukhrawi…selalu membaca tapi jarang sekali nak komen..saya sangat menyokong artikel ini..dan itu juga pandangan saya sejak di bangku sekolah lagi…sebab perkara yang sama pernah berlaku dalam hidup saya.namun masyarakat hari ini memandang sebaliknya.golongan cerdik pandai memang perlu dicontohi,tetapi andai berbuat silap perlu juga dinasihati..tidak bermakna golongan yang kurang cerdik pandainya perlu dipinggir kerana mereka juga mempunyai pandangan dan akal waras untuk memberi pandangan pada kaca matanya..Tidak perlu seorang sarjana islam atau pakar motivasi mana hebat untuk menegur melainkan diri ini bersedia untuk melakukan perubahan kearah yang lebih baik maka siapa pun yang menegur akan diterimanya.dan percayalah teguran yang berkesan sebenarya teguran dari dalam diri kita,dari hati kecil kita kepada hati besar kita..Semoga masyarakat terbuka mindanya untuk menerima yang baek tidak kira dari siapa pemilik bicara itu..`nasihat berhikmah umpama permata yang berkilau walaupun di dalam lumpur tetapi tetap bercahaya` (iftiqal)

    1. ~kita ibaratkan manusia itu umpama lumpur dan nasihat itu permata,
    walaupun hakikat lumpur itu kotor tetapi dek kerana permata yang berharga yang ada pada lumpur itu membuatkan kita sanggup menrimanya walaupun asalnya lumpur yang kotor.begitu juga dengan manusia, walau siapapun,apa rupanya pun pemberi nashat/ucapan itu dek kerana berharganya permata a.k.a nasihat/ucapan itu maka kita tetap menerimanya kan???

    2. saya percaya tiada sesiapapun yang tidak akan mengambil permata andai ia ter jumpa di lumpur yang kotor,kerana apa???kerana sifat asal permata tadi kan yang berkilau berharga dan bernilai…saya pasti ustaz shah juga akan mengambilnya persoalan selepas itu hendak di apakan dengan permata itu tepuk dada tanya hati jawab iman…

    3.saya juga percaya diantara 10 manusia hanya 4 sahaja yang hendak dan mampu mebeli permata di kedai permata.Ini sama halnya dengan manusia yang sanggup membayar untuk dinasihat dan dimotivasi oleh perunding profesional…

    Oleh itu, dengarlah ucapan atau nasihat yang baik lagi berguna untuk diri kita walaupun datang dari siapapun..dahlah nak ikut program motivasi,beli buku agama,buku motivasi payah..jangan pulak ketegak nak dengar nasihat orang lainya yang mendatangkan manfaat pada diri kita..Fikir~fikirkan…percuma pulak..salam

    Berkunjunglah ke blog saya Iftiqalfoodscatering.blogspot.com ,masih dalam proses tak sepenuhnya siap..Follow taw.

    Like

    • Shahmuzir

      wa`alaikumussalam warahmatullah…

      Betul. Nasihat ni dari sesiapa pun kita patut terima. Jangan lekehkan nasihat seseorang hanya kerana dia orang biasa dan tidak punya apa2 pangkat. Sungguh, peringatan itu sangat bermanfaat buat orang2 yg beriman.

      Selamat berjaya dalam bisnes yang diceburi. Semoga ALLAH berkati, amin 🙂

      Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: