Monthly Archives: March 2012

Tatkala Diberi Keputusan…

Tentu kalian pernah menghadapi suatu peperiksaan yang penting bukan?

Tidak kiralah samada kalian menghadapinya semasa di bangku sekolah, kolej, universiti ataupun semasa dalam dunia pekerjaan.  Pokoknya hampir semua kita berpeluang menghadapinya mengikut tahap umur masing-masing.  Jika di peringkat sekolah, tentulah UPSR, PMR, SMA dan SPM adalah yang terpenting.  Di universiti pula ialah ujian-ujian semester.  Manakala di peringkat pekerjaan ialah ujian-ujian kenaikan pangkat atau yang seumpama dengannya.

Apa perasaan kalian apabila menunggu keputusan peperiksaan penting tersebut?  Tentu berdebar-debar bukan?  Semua perasaan datang bertandang ke dalam hati.  Bikin sakit jiwa dibuatnya.

Tatkala Diberi Keputusan… (1)

Apabila tiba saat keluarnya keputusan, macam-macam reaksi akan kelihatan.  Ada yang menangis gembira.  Ada yang menangis kecewa.  Ada yang ketawa suka.  Ada yang ketawa mentertawakan diri sendiri.  Dan yang murung pun ada.  Macam-macam…

Apa hendak buat?  Memang sudah tidak boleh buat apa-apa lagi.  Pasrah sahaja.  Keputusan diberi berdasarkan usaha masing-masing.

Yang mendapat keputusan cemerlang, tentu berasa gembira lalu mahu dikongsi kegembiraan itu dengan semua.  Mungkin ini antara dialog mereka: Continue reading


Doa Agar Diberi Ketetapan Hati

Dalam kehidupan yang penuh ranjau ini, kita selalu dibisik oleh nafsu dan syaitan agar selalu melakukan perkara-perkara yang lalai dan dosa. Tentunya hati yang bertatahkan iman yang kukuh merupakan benteng yang ampuh bagi menangani godaan-godaan itu.

Masalahnya ialah hati kita selalu berbolak-balik dan iman kita pula selalu turun dan naik. Itulah sifat hati dan iman.  Ia berbolak-balik dan turun-naik.

Di bawah ini adalah suatu do`a yang selalu diamalkan Nabi sallAllahu `alaihi wasallam supaya hati kemas dan tetap di atas agamaNYA dan ketaatan kepadaNYA:

Pintalah sungguh-sungguh dengan ALLAH dengan do`a ini.

Hafallah ia dan bacalah selalu samada dalam solat atau luar solat:

َاَللَّهُمَّ مُصَرِّفَ الْقُلُوْبِ, صَرِّفْ قُلُوْبَنَا عَلَى طَا عَتِك

(Allahumma musorrifal-quluub, sorrif qulubana `ala to`atiKA)

“Ya ALLAH, Tuhan yang mengarahkan hati-hati, arahkanlah hati-hati kami untuk taat kepadaMU”

اَللَّهُمَّ يَا مُقَلِّبَ الْقُلُوْبِ, ثَبِّتْ قَلْبِيْ عَلَى دِيْنِك

(Allahumma ya Muqollibal-quluub, thabbit qolbi `ala diniKA)

“Ya ALLAH, Tuhan yang membolak-balikkan hati-hati, tetapkanlah hatiku pada agamaMU”

Doa di atas selalu diamalkan oleh orang-orang soleh zaman berzaman sebagai mengikuti sunnah Nabi sallAllahu `alaihi wasallam yang selalu membacanya.  Dan in sha’ ALLAH, ia benar-benar mujarab dalam menetapkan hati kita di atas agama dan jalan ALLAH seandainya dibaca dengan penuh tulus dan istiqamah.

Hayati makna doa tersebut dan pintalah sungguh-sungguh dengan ALLAH.  KepadaNYA lah kita pinta akan hidayah dan taufiq.

Semoga hati-hati kita diarahkan untuk taat kepada ALLAH dan diteguhkan hati-hati kita semua pada agamaNYA, amin…

Sebarkan dan kongsilah dengan semua.

Sekadar menyampaikan,

Shahmuzir Nordzahir
muzir.wordpress.com

3 Tingkatan Ilmu

`Abdullah bin al-Mubarak mengatakan bahawa:

“Belajar ilmu itu mempunyai 3 tingkatan:

1)  Barangsiapa yang sampai ke tingkatan pertama, dia akan menjadi seorang yang sombong.  

2)  Barangsiapa yang sampai ke tingkatan kedua, dia akan menjadi seorang yang tawadhu`.

3)  Barangsiapa yang sampai ke tingkatan ketiga, dia akan merasakan bahawa dia tidak tahu apa-apa.”

ALLAHU AKBAR!  Kata-kata ini cukup dapat mengetuk jiwa ini!  Betapa terzahirnya di sekeliling kita akan kelompok-kelompok manusia sesuai dengan apa yang disebut di dalam kata-kata di atas. Continue reading


[An-Nasihah] Muhasabah Cinta

Muka surat 1

Muka surat 2

Jika ada manfaatnya risalah ini, silalah sebarkan dan tampal di papan-papan kenyataan masjid/surau/pejabat atau rumah tuan/puan.  Semoga ALLAH membalasi kebaikan tuan/puan semua dengan ganjaran yang banyak, amin.

Untuk memuat turun (download) dalam versi PDF, sila klik pautan (link) berikut, insyaALLAH:

Tuan/puan boleh memuat turun lain-lain terbitan An-Nasihah di pautan ini:

Semoga ada manfaatnya, insyaALLAH.

Sekadar menyampaikan,

Shahmuzir Nordzahir
muzir.wordpress.com
26 Mac 2012.

IKHLAS Medic Assist Takaful

Apabila tuan/puan tertimpa musibah sehingga terpaksa dimasukkan ke wad hospital, pernahkah tuan/puan terfikir akan kos perubatan yang terpaksa dibayar?  Kos perubatan pada hari ini bukanlah murah dan ia boleh menjadi beban kepada seseorang apabila terpaksa berhadapan dengan situasi ini.

Dengan sebab itulah Takaful IKHLAS Sdn Bhd memperkenalkan IKHLAS Medic Assist Takaful (IMAT).  Tujuannya ialah supaya peserta yang menyertai pelan ini dapat berasa tenang dan tidak khuatir akan kos perubatan tersebut kerana pelan ini menyediakan perlindungan kepada kos-kos perubatan dan pembedahan hospital.

Pelan ini terbuka untuk disertai oleh semua dari umur 30 hari hingga yang berumur 60 tahun.  Maklumat pelan secara terperinci beserta kadar caruman/bayaran boleh dirujuk ke sini: Continue reading


99 Buku Tebal Penuh Dosa VS Sekeping Kad Tauhid

SURUH yang paling besar ialah menyuruh kepada mentauhidkan ALLAH, yakni mengajak manusia kepada inti kalimah tauhid, لا اله الا الله, tiada tuhan yang layak disembah melainkan hanya ALLAH!

Hanya ALLAH lah satu-satunya Tuhan yang layak disembah.  Hanya ALLAH sahajalah tempat ditujukan ibadah dan permintaan.  Hanya ALLAH satu-satunya yang menjaga, mentadbir, mengawasi dan menentukan seluruh makhluq dan alam ini.  Dan hanya ALLAH sahajalah yang memiliki nama-nama dan sifat-sifat yang maha baik dan sempurna.  Hanya DIA.  DIA satu-satunya!

Dan JANGAN yang paling besar ialah jangan syirikkan ALLAH.  Perbuatan mensyirikkan ALLAH adalah sebesar-besar perbuatan zalim dan dosa.

Ya, itulah SURUH yang terbesar dan JANGAN yang terbesar.

Mengetahui hakikat ini, maka hendaklah kita berusaha sungguh-sungguh terhadapnya.  Jaga ia sungguh-sungguh kerana ia adalah suatu yang paling besar dalam kehidupan kita.

Saya tertarik dengan satu hadith yang apabila membacanya saya tergambar akan besar dan luasnya rahmat ALLAH terhadap sesiapa yang menjaga tauhidnya hanya kepada ALLAH.  Berikut hadith yang saya maksudkan:  Continue reading


Tuhanmu Juga Mempunyai Sifat Garang & Keras

Sedang saya duduk di ruang tamu, Faisal yang sedang bermain dengan adiknya tiba-tiba mengajukan soalan kepada saya:

“Abah, mana lebih hebat?  ALLAH atau Abah?”  Faisal, anak lelaki saya yang berumur 4 tahun bertanya.

“ALLAH lah lebih hebat…”  Jawab saya.

Faisal berpuas hati dengan jawapan itu.  Dia tersenyum sambil tangannya bermain dengan permainan.

“OK, Abah, mana yang lebih kuat?  ALLAH ke, atau Abah?”  Tanya Faisal lagi.

“Tentulah ALLAH yang kuat.  ALLAH sangat kuat.”  Saya menjawab.

“ALLAH tinggi ke atau Abah?”  Bertubi dia bertanya.

“ALLAH lah tinggi.  ALLAH Maha Tinggi.”  Jawab saya. Continue reading


Nurin Jazlin, Sharlinie, Nurul Nadirah dan Kita

Semoga ALLAH memberikan kasih sayangNYA kepada ruh anak gadis kecil ini, amin…

Inna lillahi wa inna ilaihi raji`uun.  Sungguh, kita ini milik ALLAH dan sungguh kita ini kepadaNYA pasti akan kembali.  Seorang anak gadis kecil bernama Nurul Nadirah telah kembali bertemu dengan TUHANnya dan mudah-mudahan beliau mendapat kasih sayang yang melimpah-limpah daripada TUHANnya yakni ALLAH, amin…

Apa yang berlaku kepada adik Nurul Nadirah betul-betul membingungkan kita semua.  Beliau meninggal dunia dalam keadaan yang tragis (baca berita).

Hal ini meningatkan saya akan artikel lama dan beberapa nama lain yang turut hilang seperti Nurin Jazlin dan Sharlinie.  Baca di sini:

Dalam tulisan di atas, saya telah memuatkan satu video yang sangat baik untuk dijadikan peringatan dan pengajaran buat kita semua: Continue reading


Lamarlah Lelaki Itu…

Antara ciri lelaki yang baik dan berkualiti ialah tidak pernah meninggalkan solat.

“Bolehkah wanita melamar lelaki?”

“Tidak jatuhkah maruah seorang perempuan jika mereka melamar lelaki?”

“Bagaimana cara hendak melamar lelaki?”

“Bukankah perbuatan ini menyalahi adat ibarat perigi mencari timba?”

Itulah antara persoalan-persoalan yang berlegar di dalam fikiran para wanita apabila timbul di dalam hati mereka perasaan minat yang sungguh-sungguh kepada seseorang lelaki sedangkan lelaki tersebut tidak mengetahui.  Sebelum saya menjawab persoalan-persoalan itu, ingin saya menyentuh beberapa perkara dahulu. Continue reading


Facebook Oh Facebook…! (Poster)

This slideshow requires JavaScript.

Dihasilkan dari posting lama: https://muzir.wordpress.com/2010/12/23/facebook-oh-facebook/

Semoga bermanfaat 🙂

Shahmuzir Nordzahir
muzir.wordpress.com
11 Mac 2012

%d bloggers like this: