Nurin Jazlin, Sharlinie, Nurul Nadirah dan Kita

Semoga ALLAH memberikan kasih sayangNYA kepada ruh anak gadis kecil ini, amin…

Inna lillahi wa inna ilaihi raji`uun.  Sungguh, kita ini milik ALLAH dan sungguh kita ini kepadaNYA pasti akan kembali.  Seorang anak gadis kecil bernama Nurul Nadirah telah kembali bertemu dengan TUHANnya dan mudah-mudahan beliau mendapat kasih sayang yang melimpah-limpah daripada TUHANnya yakni ALLAH, amin…

Apa yang berlaku kepada adik Nurul Nadirah betul-betul membingungkan kita semua.  Beliau meninggal dunia dalam keadaan yang tragis (baca berita).

Hal ini meningatkan saya akan artikel lama dan beberapa nama lain yang turut hilang seperti Nurin Jazlin dan Sharlinie.  Baca di sini:

Dalam tulisan di atas, saya telah memuatkan satu video yang sangat baik untuk dijadikan peringatan dan pengajaran buat kita semua:

Sekuat mana pun kita menjerit bagi melahirkan kekesalan, jika tanpa tindakan, itu semua agak kurang bermakna.  Ini bukan kali pertama atau kedua atau ketiga, tetapi entah kali ke berapa dilaporkan media.  Mungkinkah ia tidak terjadi lagi pada masa akan datang?  Kita tak tahu.  Mudah-mudahan kita semua dilindungi dari musibah ini, amin…

Saya tertarik dengan respon saudara Ali Abu di dalam Facebooknya apabila beliau menyentuh isu yang menyedihkan ini.  Saya harap kita semua dapat mengambil manfaat hasil daripada ketukan beliau kepada kita semua.  Berikut respon beliau:

“Simpati kpd Nurul Nadirah shj tidak cukup & Amber Alert

Nasib yg menimpa kpd famili adik Nurul Nadirah amat malang. Hilang dan kemudian dibunuh dgn kejam. Sapo pun tak tertanggung beban yg amat dahsyat tu geng. Tetapi peristiwa ini adolah episod ulangan kpd kehilangan adik Nurin Jazlin, Sharlinie dan kanak-kanak yg lain. Persoalannya mengapo episod malang ini sering berulang?

1] Prevent is better than cure. Kebanyakan kanak-kanak hilang dan diculik kerana ketiadaan ibubapo/penjago bersamo mereka. Nurin Jazlin hilang di pasar malam, adik Sharlinie hilang di padang permainan dan terkini adik Nurul Nadirah diculik semaso poie momboli megi kek kodai. Cubo kalau bebudak ni poie dgn bapak ey, agak-agak korang sapo yg teringin nak culik budak tu? Pecayo lah ckp den xdo sapo pun yg berani.

2] Sebagai langkah pencegahan, jago lah anak memasing. Biar bebudak tu sentiaso kek dopan mato. Zaman sekarang tak macam zaman dulu. Zaman sekarang orang jahat makin bijak dan makin gilo. Diorg dapek pendedahan drpd internet dan astro. Bijak krn pandai hapus bukti2 kejahatan pado si mangso. Sampai sekarang pembunuh Nurin Jazlin masih bebas di luar sano. Dulu ado ‘lelaki kucing’ yg dikaitkan dgn adik Sharlinie. Mano lelaki kucing tersebut? Gilo sobab gilo seks. Gilo seks krn dipengaruhi dvd, vcd lucah dan laman2 web pornographi. Kebanyakan yg hilang dan diculik ialah budak perempuan. Lihat apo jadi pado arwah Nurin Jazlin.

3] Zaman dulu pun bahayo. Itu sobab den maso kokocik dulu kono ikat kek omak den. Maso kocik dulu den ni doge dan tak makan nasihat. Pantang lepa je den dah mengembara jauh drpd rumah. Last-last omak den ikat kaki den kek ruang tamu. Sampai jiran-jiran rumah simpati dgn den marah omak den. Omak den sound balik, “Kalau anak den hilang sapo nak ganti?!”. Takkan la omak den suko-suko hati tambat den. Tontu ado sobab ey. Mungkin zaman tu dah ramai org jahat. Den kono ikat pado waktu pagi time omak den komeh rumah dan waktu potang. Den takdo pun memori kono ikat tu sobab den kono ikat pado umur 4-5 tahun. Yang crito ni pun omak saudara den. Dio sendiri cakap, “Payah nak menjago kau, kau ni lasak bona”.

4] Tidak lah den mencadangkan kpd para ibu bapo utk ikat kaki anak memasing. Tetapi umur 4-5 tahun bebudak adolah umur aktif diorg utk meneroka dunio dipersekitaran mereka. Menjadikan mereka jauh drpd penjago dan amat mudah hilang atau diculik. Kito tak bulih nak control para penjahat kek luar sano tapi kito bulih ubah diri sendiri dgn menjago anak memasing. Jago sampai jgn terleka. Dan sebelum itu ajar anak kito menggunokan telefon. Biar anak kito hafal alamat rumah dan nombor telefon kito.

5] Jago punyo jago tetibo kito terleka dan anak kito hilang. Ini takdir tuhan. Kito dah tak bulih nak elak. Apo lagi poie la report Polis dgn segera! Ramai je yg cakap Malaysia ni maju tetapi sistem kito usang. Sistem semboyan kito lombab. Anak hilang pukul 1.00 tongah hari dan infonya kluar Buletin Utama tv3 pukul 8.00 malam. Seminggu kemudian muko budak itu dicetak dan ditampal di stesyen komuter dan bas. Lewat dah tu. Kajian menunjukkan kalau 3 jam pertamo xdo lead atau pembayang, mako budak itu akan hilang terus.

6] Cubo budak yg hilang tu cucu Tun mahathir? Habis seluruh kontijen Bukit Aman dikerahkan join misi menyelamat cucu bekas PM. No wonder lah kalau cucu Mahathir jumpo balik tak sampai 24 jam. Bayangkan cucu Presiden Seumur Hidup FAM hilang pulak? Dgn askar-askar dikerah utk misi mencari dan menyelamat. Kono trimo hakikat la yg anak kito tidak berdarah Sultan dan Mahathir. Terpakso la kito sesamo hadapi sistem pund*k ni geng.

7] Skrng bilo anak hilang kek Msia, kito payah nak jumpo krn red tape. Jadi skrng kito ubah. Kito tiru Amber Alert. Amber Alert ialah America’s Missing: Broadcasting Emergency Response. Mmg bondo ni drpd Amerika. Apo salah ey meniru bondo yg baik. Sistem ini terbukti mengembalikan bebudak yg hilang di Amerika. Tidak lah 100% berjayo tetapi terbukti berkesan dan ditiru oleh byk negara lain.

8] Amber Alert ini mudah. Buang red tape dan menganggap semuo anak orang adolah anak kito jugak. Contoh :

a. Seorang budak hilang di dopan pintu sekolah pd pukul 2.00 tgh
b. Disedari oleh bapanya dan trus buek report Polis
c. Polis minta gambar dan pakaian terakhir anak
d. Polis MMS gambar pd seluruh jabatan Polis. Tidak lupo jugo kpd stesyen tv, radio, celcom, maxis dan PLUS.
e. Pada pukul 2.17 tgh, rancangan telenovela tv3 tergendala utk memberi laluan kpd berita terkini pasal budak hilang.
f. Pukul 2.19 tgh, berita kecil Astro Awani menyiarkan gmbr dan info2 budak hilang tadi. Ia disiarkan seharian dgn kaler merah berkelip menunjukkan kecemasan sdg berlaku.
g. Nashita bukak Awani pd pukul 2.56 tgh dan perasan bhw budak yg hilang tadi adolah rakan anaknya. Dio perasan time dio amik anaknya di sekolah, budak tu dilihat menaikki van toyota kaler putih. Nashita trus hubungi nombor yg tertera di skrin.
h. Pukul 3.00 tgh Awani update info bhw budak yg hilang tadi kali terakhir dilihat menaikki van kaler putih. 3.05 tgh tv3 menghentikan siaran dan update berita terkini ttg budak tadi.
i. 3.15 tgh Polis dihujani ratusan panggilan bhw pemanggil ternampak van toyota kaler putih di pelbagai tempat. Polis trus isu 17 roadblock jalan di Kuala Lumpur.
j. Pukul 8.00 malam Buletin Utama menyiarkan kejayaan PDRM menemui kembali budak yg dilaporkan hilang pd pukul 5.13 ptg serta menangkap 2 lelaki yg didakwa telah menculiknya di sekatan Jalan Kuching, KL.

9] Ringkasnya Amber Alert adolah kepantasan menyalurkan maklumat kpd publik dan publik tadi menjadi mato-mato kpd pihak berkuaso. Tak guno jugak pakai Amber Alert kalau masyarakat tidak peka, sensitif dan empati. Lihat shj peristiwa yg menimpa kpd seorang budak di China. Kono langgar 2 kali kek dalam pasar. Ado 17 org yg lalu lalang nmpk budak tu tapi buek dek je. Mujur lah seorg wanita tuo alih an budak tu ketopi. Dlm ramai-ramai tu xdo sorang pun kol hospital atau polis. Selepas berjam-jam takdo sapo pun yg peduli dgn budak tu geng. Last2 mak budak tu jugak perasan dan hantar ke hospital. Komunis mmg L*NC*U!

10] Peristiwa Nurin Jazlin amat menyayat hati. Dan ia berlaku 3-4 bulan sblm pru-12 2008. Den ingat lagi geng2 blogger yg ado namo gunokan isu ini utk diskredit Pak Lah. Slogannya ‘Pak Lah tido dan para penjenayah berkeliaran’. Itu sobab semuo kerusi parlimen KL jatuh ke tangan pembangkang krn isu keselamatan. Kawasan kejiranan tidak selamat krn Polis tido. Polis tido sobab Pak Lah tido. Bilo Pak Lah tido, penjenayah bermaharajalela dan rakyat menjadi mangso. Malang siot jadi rakyat Msia.

11] Infact, maso kes Nurin Jazlin lah para blogger melancarkan Nurin Alert yg cubo meniru Amber Alert. Nurin Alert adolah singkatan kpd Nationwide Urgent Response Information Network Alert. Kalau tak salah den ia dipelopori oleh blogger Nuraina A. Samad. Utk kes Nurin Jazlin, Nurin Alert sudah terlewat dilancarkan. But better late than never. Tetapi utk kes-kes budak hilang slps itu seperti Sharlinie Nurin Alert langsung tak berkesan.

12] Nurin Alert tak berkesan salah satu faktornya ialah krn info-info terkini budak hilang hanyo bergantung melalui internet iaitu blog, fb, twitter dan email. Itu pun dapek info melalui paper esok pagi dan berita tv malam tadi. Sudah 24 jam lewat. Dan tak semuo org di Malaysia ni baco blog dan berfacebook. Tetapi semuo org tgk tv dan dgr radio.

13] Sharizat Jalil tahu pasal Nurin Alert tetapi tidak membawanya setanding seperti Amber Alert. Mungkin bz tolong suami bolo lombu agak ey. Sepatutnya Sharizat bawa Nurin Alert ke parlimen dan gubal akta khas dalam dewan rakyat supaya mewajibkan stesyen penyiaran tv dan radio bekerjasamo dgn pihak polis utk menyiarkan info-info terkini budak hilang. Amber Alert pula bukan akta parlimen tetapi kerjasamo sukarela antara pihak polis dgn badan-badan penyiaran. Itu yg den respek dgn rakyat Amerika krn semangat kekitaan mereka tinggi. Di Malaysia kono dijadikan akta yg diluluskan di parlimen utk memakso stesen tv dan radio utk implimen Amber Alert. Kalau tidak tunggu lah sampai babi bulih terbang bai.

14] Utk kes Nurul Nadirah, Sharizat drpd kementerian berkaitan tidak prihatin dgn famili si mangso. Sudah lah Nurin Alert dipandang sepi, kebajikan famili mangso diabaikan begitu shj. Member bulih relax toman suami poie mahkamah. Bangsat punyo betino. Mmg layak lah si Sharizat ni dikahakkan muko ey. Kau berhenti 8 April bai. Itu pasal mano-mano Montori yg korup, terus dilucutkan jawatan dan diganti dgn yg lain. Kalau tidak kepalo otak ey hanyo fikir mcm mano nak lopehkan diri drpd tuduhan dan bukan lagi memikirkan masalah2 rakyat dan memajukan mereka. Najib Tun Razak mmg PUND*K!

15] Penggal baru sidang dewan rakyat di parlimen sdg bermulo. Kpd ahli-ahli parlimen, plis jgn jadikan dewan rkyt sbg gelanggang sarkis atau pasar borong. Kalau setakat nak tunjuk j*bo, parlimen bukan tempatnya. Sila berambus kpd yg tak paham bhs. Jadikan dewan rakyat sbg tmpt utk selesaikan masalah rakyat. Apa yg rakyat Malaysia mahu kan sekarang ialah anak-anak mereka selamat di luar rumah!”

* Maaf, jika bahasa beliau tidak menepati selera tuan/puan…

Saya setuju 100% semua pandangan yang diutarakan.  Bukan sahaja pandangan beliau saya setuju, malah perasaan yang dilontarkan melalui tulisan di atas turut dikongsi saya.  Harap-harap saudara Ali Abu terus menulis dan menulis tentang isu-isu rakyat macam ini supaya kami semua dapat menyokong dan mencontohi keprihatinan yang ada dlm diri beliau.

Beberapa tindakan yang akan saya buat setelah membaca tulisan di atas ialah:

  1. Sentiasa berwaspada dengan keselamatan anak.  Think for the worst case scenario, always..!
  2. Melaksanakan Nurin Alert (Nationwide Urgent Response Information Network Alert) apabila kes ini berlaku lagi.  Semoga ALLAH lindungi kita semua agar tidak berlaku lagi kes sebegini, amin…
  3. Menyokong dan mengundi pemimpin-pemimpin yang layak dan lebih prihatin terhadap masalah rakyat.  Barisan Nasional sangat kurang pemimpin-pemimpin sebegini.  Pakatan Rakyat nampaknya ramai pemimpin-pemimpin yang prihatin dalam isu-isu rakyat.

Sampai bila lagi kita hendak sedar??!

Shahmuzir Nordzahir
muzir.wordpress.com
14 Mac 2012

5 responses to “Nurin Jazlin, Sharlinie, Nurul Nadirah dan Kita

  • konfius

    Sy tidak sekali2 membenarkan anak2 di bwh 12 tahun bermain di halaman rumah sendiri tanpa pengawasan, apatah lg di luar kawasan rumah. Jadi sy memang amat2 pelik bagaimana ibu bapa blh membenarkan seorang anak berumur 5 tahun pergi ke kedai berseorangan, memang x tercapai dek akal sy ni. Kisah arwah Nurin dulu pun begitu juga. Seorang anak perempuan dibenarkan ke pasar malam seorang diri. Tak terbayang sy dugaan yg ditanggung kedua ibu dan bapa anak2 ni tapi hakikatnya tetap mereka gagal menjalankan tanggungjawab mereka sebgai penjaga kepada anak2 ni. Di kawasan rumah mana2 pun, saya blh melihat anak2 yg bermain2 di padang tanpa pengawasan. Di waktu malam gelap, sy lihat anak2 kecil berumur 5-6 tahun menaiki basikal berseorangan atau berdua bertiga tanpa lampu. Apa sahaja blh terjadi. Utk dilanggar kereta rasanya amat mudah sekali nak berlaku. Utk diculik dan dibunuh rasanya sy sendiri blh buat sebelah mata. Inisiatif seperti NURIN ALERT tu sebenarnya menggambarkan kerosakan masyarakat kita sendiri dpd pihak plg tggi sampailah kita dibwh2 ni. KITA MUDAH LUPA!! Kita x peduli! Bila dah berlaku sesuatu kita ‘hangat2 tahi ayam’. Kemudian kita lupa balik. Mudah je sebenarnya. Kalau kita nak mengubah masyarakat kita then kita ubahlah diri kita dahulu dan jagalah keluarga dan anak2 kita dahulu. Kemudian kita lihat pula jiran2 kita dan sama2 membantu. Selagi kita sendiri x mampu buat ini, xperlulah kita nak salahkan org lain pula lepas ni. Tanggungjawab diri kita sendiri akan dipersoalkan kelak di akhirat nanti.

    Like

  • syuhada and donghae

    saya kesian dengan kak nurin jazlin jazmin
    cian semoga roh nya dirahmati oleh allah al fatihah

    Like

  • Ridzuan Zukifly

    Artikel yang baik utk diketengahkan semula sempena musim membuat keputusan sekarang ni..

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: