Monthly Archives: April 2012

Berjuanglah Kerana Tuhanmu Wahai Mujahidin SAM Bestari

Ahad 29/4/2012, jam 9.45 pagi hingga 11.45 pagi saya telah berada di SAM Bestari, Subang Jaya kerana memenuhi jemputan untuk menyampaikan tadzkirah kepada pelajar-pelajar sekolah menengah tingkatan 4.

Ma sha’ ALLAH, kagum juga saya melihat betapa gahnya sekolah ini.  Banyak kemudahan.  Dan kawasan sekolahnya lebih luas berbanding sekolah-sekolah SAM yang pernah saya lawati.  Sepatutnya para pelajar yang berpeluang belajar di sini bersyukur kepada ALLAH atas rezeki mereka yang mendapat tarbiyyah dalam suasana bi’ah yang solehah beserta kemudahan yang baik begini.

Kehadiran saya disambut oleh saudara Redha yang merupakan fasilitator program yang diadakan.  Lebih kurang jam 10 pagi, saya telah memulakan sesi saya dan masa yang diperuntukkan ialah 1 jam 45 minit.  Tajuk yang diminta untuk saya sampaikan ialah ‘Al-Quran dan As-Sunnah Entiti Mujahidin’ atau singkatannya ‘AWSEM’, dengan menyebutnya ‘awesome’.  Kepada ALLAH saya pinta agar hati-hati mereka mendapat hidayah dan taufiqNYA melalui ceramah ini, amin. Continue reading

Advertisements

Bersih

Semua orang suka bersih,
Semua orang mahu bersih,
Tiada orang yang bersih tidak suka bersih,
Malah orang yang tidak bersih juga sukakan bersih,
 
Pelik jika ada orang yang tidak sukakan bersih,
Malah dihalang pula orang yang hendakkan bersih,
Dikerahkan tenaganya untuk menghalang orang yang mahukan masyarakatnya bersih,
Dikutuk dan diugut orang yang berjuang untuk sesuatu yang bersih,
 
Agaknya… Continue reading

[An-Nasihah] Milikilah Sifat Malu

Muka surat 1

Muka surat 2

Jika ada manfaatnya risalah ini, silalah sebarkan dan tampal di papan-papan kenyataan masjid/surau/pejabat atau rumah tuan/puan.  Semoga ALLAH membalasi kebaikan tuan/puan semua dengan ganjaran yang banyak, amin.

Untuk memuat turun (download) dalam versi PDF, sila klik pautan (link) berikut, insyaALLAH:

Tuan/puan boleh memuat turun lain-lain terbitan An-Nasihah di pautan ini:

Semoga ada manfaatnya, insyaALLAH.

Sekadar menyampaikan,

Shahmuzir Nordzahir
muzir.wordpress.com
26 April 2012.

Akibat Tidak Merujuk Manual Terlebih Dahulu

Pagi tadi saya telah membeli alat penyangkut kecil dengan tujuan untuk menyangkut beberapa anak kunci.  Apabila sampai di rumah, saya terus membuka bungkusan lalu menampal penyangkut tersebut ke dinding.

Hmm, janggal pula kelihatannya…

Kelihatan hodoh setelah saya cuba menariknya agar tercabut…!

Apabila melihat manual ringkas di kulit belakang, ternyata rupa-rupanya saya telah terbalik menampalnya.  Saya cuba menarik semula penyangkut tersebut dengan harapan ia tanggal dengan mudah.  Hah, kuat sungguh ia melekat.  Saya tidak teruskan menariknya kerana khuatir pelekatnya tidak lagi kuat seperti asal.  Saya biarkan sahaja ia begitu.  Memang nampak tidak cantik.  Hmm, hendak buat macam mana.  Sudah terlanjur.  Jika cabut dan buang, membazir pula.  Biar sahajalah begitu…

“Inilah akibatnya tak rujuk manual terlebih dahulu…!”  dengus hati saya. Continue reading


Kaedah Untuk Mendapatkan Khusyu` Dalam Solat

Telah berkata Sheikh Dr Abu Anas di dalam kuliahnya tentang khusyu` dalam solat, beliau mengatakan ada 5 kaedah untuk mendapat khusyu` di dalam solat, iaitu: Continue reading


Paksa Diri Untuk Biasakan Diri

Kadang-kadang kita berasa kagum dengan kehebatan seseorang yang boleh istiqamah yakni berterusan dalam melakukan amal-amal soleh.  Rasa cemburu pun ada juga.

Kita tertanya-tanya bagaimana seseorang lelaki itu boleh setiap waktu mendirikan solat fardhunya di masjid?  Bagaimana lelaki itu boleh setiap malam bangun untuk mendirikan solat-solat sunat?  Bagaimana dia boleh istiqamah dengan puasa sunat hari Isnin dan Khamis?  Hairan macam mana dia boleh setiap hari menghabiskan berjuz-juz lembaran dari al-Quran?  Kagum bagaimana dia boleh berterusan dapat hadir ke majlis-majlis ilmu setiap kali diadakan?  Pelik bagaimana seseorang wanita itu boleh istiqamah dan tahan dengan pakaian yang tebal, bertudung labuh, malah berniqab pula?

Dari mana mereka dapat kekuatan untuk istiqamah ini??!

Continue reading


Jadual Kuliah Sheikh Dr Abdul Basit Di Lembah Klang (14 & 15/4/2012)

Jadual kuliah Sheikh Dr Abdul Basit Abdul Rahman di Lembah Klang, in sya’ ALLAH:

14/4/2012 (Sabtu):

1.
Waktu:  Kuliah Subuh
Tempat: Masjid Mu’az Bin Jabal, Setiawangsa, KL.
Tajuk: Fiqh Berinteraksi Sesama Muslim.
 
2.
Waktu:  Jam 9-11 pagi
Tempat:  Dewan Syarahan Utama, Masjid Negara KL. 
Tajuk:  Munyatul Musolli Siri 6, “Khusyu’ Dalam Solat”.
 
3.
Waktu:  Jam 3-4.30 petang
Tempat:  Surau Kuaters Guru, Kg. Jawa Klang.
Tajuk: Syarah Kitab Tasauf “Penawar Bagi Hati”. Continue reading

Siapakah Anda Yang Melawat Blog Ini?

Assalamu`alaikum warahmatullahi wabarakatuh…

Mohon saudara/i yang melawat ke laman blog ini agar sudi mengisi borang kaji-selidik ini.  Sekali-sekala saya mahu juga dapat beberapa input dari saudara/i supaya saya dapat memperbaiki dan menyesuaikan persembahan dari laman blog ini, insyaALLAH.

Kerjasama saudara/i saya ucapkan “Terima kasih” 🙂

muzir.wordpress.com

Cara Rasulullah SAW Tertawa & Bergurau

Imam at-Tirmidzi di dalam kitabnya yang masyhur, Syama’il Muhammadiyyah telah menyenaraikan beberapa hadith yang menggambarkan cara Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam tertawa dan bergurau.  Berikut adalah beberapa hadith yang dipetik dari kitab tersebut:

Cara Rasulullah Tertawa

`Abdullah bin al-Harith berkata yang maksudnya:

“Aku tidak pernah melihat seseorang yang tersenyum lebih banyak daripada Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam.”  (HR at-Tirmidzi) – Hadith ini bertaraf sahih.

`Abdullah bin al-Harith berkata yang maksudnya:

“Tidaklah ketawa Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam melainkan hanya tersenyum.”  (HR at-Tirmidzi) – Hadith ini bertaraf sahih.

Abu Dzar berkata bahawa Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda yang maksudnya: Continue reading


[Video] Luahan Hati Seorang Pemuda Kepada Ulama

Seorang pemuda yang kebetulan dapat hadir ke majlis seorang ilmuan Islam di Morocco telah meluahkan perasaan kepada ulama tersebut serta hadirin.  Tajuk yang disentuh dalam majlis tersebut ialah bagaimana para pemuda dapat bergerak memberikan sumbangan dalam keadaan masyarakat yang kini jauh dari ajaran Islam yang sebenar.  Luahan pemuda ini benar-benar menyentuh hati saya dan saya rasa mungkin kalian juga.  Ia sangat signifikan untuk dakwah.

Mesti tonton video ini:

Berikut adalah luahan beliau: Continue reading


%d bloggers like this: