Bersih

Semua orang suka bersih,
Semua orang mahu bersih,
Tiada orang yang bersih tidak suka bersih,
Malah orang yang tidak bersih juga sukakan bersih,
 
Pelik jika ada orang yang tidak sukakan bersih,
Malah dihalang pula orang yang hendakkan bersih,
Dikerahkan tenaganya untuk menghalang orang yang mahukan masyarakatnya bersih,
Dikutuk dan diugut orang yang berjuang untuk sesuatu yang bersih,
 
Agaknya…
Mungkin hatinya tidak bersih,
Mungkin anggotanya tidak bersih,
 
Bukankah agama menyuruh kita bersih?
Kenapa mereka tidak sukakan bersih?
Mungkinkah kepada Syaitan dia sudah jatuh kasih?
Mungkinkah dia terhasut dek Dajjal al-Masih?
 
Aduhai rakan-rakan yang aku kasih,
Janganlah sertai orang yang tidak bersih,
Janganlah sokong orang yang tidak bersih,
Kelak nanti engkau pula jadi tidak bersih,
Sana-sini dicalit kotor, tidak bersih.
 
Mari kita sama-sama usahakan untuk jadikan diri kita ini bersih,
Jadikanlah ahli keluarga kita bersih,
Jadikanlah persekitaran kita bersih,
Jadikanlah masyarakat kita bersih,
Jadikanlah negara dan dunia ini bersih,
Hati juga, usahakanlah supaya ia turut sama bersih.
 
Yang lebih utama…!
Yang lebih penting…!
Jadikanlah aqidah mu suci bersih,
Jadikanlah ibadah mu suci bersih,
Jadikanlah akhlaq mu suci bersih,
Suci dan bersih sebagaimana yang disuruh TUHAN Yang Maha Pengasih,
Suci dan bersih sebagaimana yang disunnahkan Muhammad sallAllahu `alaihi wasallam yang batin dan zahirnya suci dan bersih,
 
Agar dirimu jadi manusia yang terpilih,
Agar dari TUHAN mu, engkau mendapat kasih,
Agar di dunia dan di akhirat, nasibmu tidak tersisih.
 
muzir.wordpress.com
28 April 2012
Advertisements

12 responses to “Bersih

  • Anonymous

    berani buat…berani tanggung

    Like

  • konfius

    Sorilah bro, sy tidak menyokong. ‘Mungkinkah kepada Syaitan dia sudah jatuh
    kasih? ‘ Apa maksud ayat ini? Kalau x menyokong maknanya menyokong syaitan. Jika itu tanggapan anda, tidak mengapa. Antara sy dan mungkin ramai lagi, biarlah ALLAH yg mengadili. ‘ Janganlah sertai orang yang tidak bersih’ Nasihat yg baik. Sy juga ada penilaian sendiri terhadap org2 yg xbersih ini dan itulah yg menentukan pendirian sy tapi xperlulah kot utk sy khabarkan kepada sesiapa pun takut menjadi fitnah. Doa sy supaya suatu hari kebenaran itu ditunjukkanlah sejelas2nya utk kita semua. Anyway i love ur blog. Keep writing, dan moga dirahmati ALLAH sentiasa. Wassalam.

    Like

    • Shahmuzir

      “Mungkinkah kepada Syaitan dia sudah jatuh kasih?” bermaksud orang yang tidak sukakan bersih atau kebersihan adalah dekat dengan Syaitan. Kerana bersih dan kebersihan adalah sebahagian daripada iman dan ciri2 orang yang beriman.

      Saya harap tuan jelas.

      Terima kasih kerana mendoakan saya. Saya doakan agar tuan juga dirahmati, amin…

      Like

  • Aisya

    Assalamualaikum, sekadar ingin bertanya… adakah perjuangan BERSIH ini dilaksanakan secara BERSIH? matlamat tidak menghalalkan cara…

    Like

    • Shahmuzir

      wa`alaikumussalam warahmatullah…

      Bersih yang dimaksudkan di dalam tulisan ini ialah bersih. Bersih yakni tidak kotor. Bersih yakni tidak najis. Bersih yakni suci hati. Bersih yakni suci minda. Bersih yakni suci fitrah.

      Bersih sebegini diajar Rasul untuk kita mengamalkannya. Hati yang bersih melahirkan kata-kata yang bersih. Dan juga melahirkan sangka-sangka yang bersih. Perjuangan untuk membersihkan aqidah, ibadah dan akhlaq adalah dituntut. Bersih itu sifat orang-orang yang beriman…

      Dan untuk melaksanakan tuntutan bersih ini, memang benar niat tidak menghalalkan cara…

      Like

  • Anonymous

    ini takde kaitan dgn bersih 3.0 kan?

    Like

  • Aisya

    Alhamdulillah kalau itu yang dimaksudkan. Maafkan saya kalau saya berburuk sangka.., saya sebenarnya sangat kecewa dan sedih melihat keadaan di luar sana.., apa yang dikatakan perjuangan BERSIH sememangnya jelas tidak BERSIH dan SUCI. Tidak perlu saya terangkan 1 per 1.. mungkin anda lebih sedia maklum dari saya.., kesan perjuangan yang kononnya dikatakan BERSIH sebenarnya hanyalah perjuangan untuk kepentingan sesuatu pihak atau dengan kata lain hanyalah perjuangan politik semata-mata dan ini pun telah terbukti. Bukankah Islam itu agama sempurna.., dan bukankah Islam melarang umatnya dari melakukan sesuatu perkara yang lebih mendatangkan lebih banyak keburukan daripada kebaikan.., dan bukankah Islam telah mengajar kita adab dalam semua perkara dan keadaan??. Walau bagaimanapun semua ini telah berlaku.., saya sangat-sangat berharap dan berdoa agar perkara ini tidak berulang lagi dan tidak menjadi budaya kita teerutamanya kepada generasi muda.., Allah sangat mengasihi setiap hamba-Nya.. sama-samalah kita muhasabah dan merenung kembali serta melihat semula ajaran islam sebenar yang suci dan murni ini.. Insya-Allah.

    Like

  • Anonymous

    saya amat sokong BERSIH straight meaning or double meaning,

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: